Assalamualaikum.
Hai !! Selamat Hari Kanak-Kanak buat semua kanak-kanak yang berada di muka bumi ini. Seronok bila kita berada di alam kanak-kanak ni. Tak payah nak fikir fasal masalah. Yang ada hanyalah gelak ketawa keriangan. Sedih sikit-sikit sebab kena marah tu biasalah. Hehehe...
Marah itu tandanya sayang. Apa-apa pun kanak-kanak di Malaysia ini bertuah kerana adanya sambutan Hari Kanak-Kanak di peringkat sekolah rendah.
Pagi tadi, SKPU1 telah mengadakan sambutan Hari Kanak-Kanak. Memang menarik sangat sebab ada bermacam-macam persembahan daripada bakat-bakat cilik ni. Ada yang menari, menyanyi dan berlakon. Tak sangka murid-murid SKPU1 ni ada bakat terpendam. Budak-budak la katakan.
Tadi sempat juga la Cikgu Faiz snap beberapa keping gambar. Ala, gambar murid-murid Prasekolah je pun. Ini fasal kes bateri kamera dah nak habis la ni ![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_tKbKHakRurtCgl8o3w6MQfZj7Sam2CI9yhwa1OfQPMBVbDuZ462_plmSwLbnSy40ff52J66Fta_kQh3cyEyK4eW8h7TI36-z39McNZcl-Ll8U9fFH0W11LKAbAkgpA=s0-d)
Jom layan gambar-gambar di bawah ini ![](https://lh3.googleusercontent.com/blogger_img_proxy/AEn0k_vIjr6HSyENdZ2rutoX5VafRtEIOUAgE_rNamhPBPnk1F_1uTqdhrqONDdo4r1Mb4ZWbyS-CaK9LTq4QzihGmQDdu8QpEeQn6mpyBI0rXLBlzTlAn2k9Dol1HxWmgFPkd0=s0-d)
Banner comel Hari Kanak-Kanak.
Kanak-kanak riang
Seronoknya dapat sambut Hari Kanak-Kanak.
Murid-murid Prasekolah Amanah dan Bestari.
Seramai 8 orang penari cilik Prasekolah yang terpilih untuk membuat persembahan.
FINDING NEMO
With
..,
5 comments:
mst meriahkn kak...shida plg suka tgk budak2 menari heheee ^_^
@shidaR
meriah jugak shida. macam-macam gaya ada.
comelnyeee depaa! gerammm!
sy bercita cita mahu jadi guru tadika..tpi yg dpt kerja kebajikan.huhu
@CikNana
Alhamdulillah.. ada juga kerja...
Post a Comment