Showing posts with label label drawer murid-murid prasekolah. Show all posts
Showing posts with label label drawer murid-murid prasekolah. Show all posts

Sudah mula sibuk



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Entri pendek je hari ni. Pagi tadi ada taklimat bersama ibu bapa murid-murid Prasekolah sesi 2013. Habis taklimat je terus bergegas ke mesyuarat guru kali pertama sesi 2013. Selesai mesyuarat dalam pukul sebelas lebih turun ke kelas pra untuk menyiapkan kerja seperti menampal nama pada buku-buku aktiviti dan buku-buku tulis murid. Sambil-sambil tu menampal label nama pada drawer mereka. Dah siap yang tu tampal nama pada rak kasut. Lepas tu siapkan tag nama dan butiran penting murid untuk diletakkan di satu sudut. Sibuk betul hari ni. Kerja yang terakhir tu tak sempat nak siap. Nak sambung esok je lepas mesyuarat kurikulum, ko-kurikulum dan HEM. 


Malam ni pulak ada makan malam akhir tahun bersama kelab guru dan staf di Hotel Equatorial, Bangi. Cikgu Faiz pergi dengan kawan je. Abah dan Faqih tinggal. Huhu. Minta maaf sekiranya Cikgu Faiz belum membalas jejak korang ye. In Shaa Allah, balik dari makan malam nanti Cikgu Faiz akan blogwalking satu persatu. Yang dah follow tu, terima kasih diucapkan. Nanti Cikgu Faiz terjah dan follow blog anda pula ye.


Okey, masa betul-betul tidak mengizinkan. Cikgu Faiz mintak diri dulu ye. Jumpa lagi :)


KAMPUNG WELLINGTON


Yang benar,

Label Drawer Murid Prasekolah / Lelaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru online tiba-tiba je bekalan elektrik terputus. Tet... ! Nasib baik bateri masih penuh. Oh ya, sekarang ni Cikgu Faiz telah pun berada nun jauh di kampung halaman. Bentong je pon. Macam la jauh sangat. Hehehe. Bila ada di kampung ni suasananya lain macam sikit tak macam di Puchong. Sebelum menaip entri ni Cikgu Faiz baru je selesai memasak lauk untuk hidangan tengahari sekejap sahaja lagi. Masakan biasa-biasa je pun. 


Tak dan nak letak watermark. Huhu. Menarik tak?? Sambal udang petai Bentong. Hehe.



Berbalik kepada tajuk entri. Minggu lepas Cikgu Faiz ada tunjuk label drawer murid-murid Prasekolah bagi perempuan sahaja. Senang cerita TENGOK NI. Kali ni Cikgu Faiz nak tunjuk pula label nama untuk murid lelaki. Macam biasa doodle dari APIT. Cikgu Faiz cuma taip nama je. Comel tak? Cuba komen sikit :)








Nota : Bila dah print warna dah kurang cantik macam dekat atas ni :( Takpe la. Tetap comel.




With love..,

Label Drawer Murid Prasekolah 2013

Assalamualaikum.


Selamat bercuti buat semua yang bergelar pelajar sekolah. Akhirnya cuti panjang telah bermula. Mesti seronok kan? Minggu depan keputusan UPSR akan keluar. Diharapkan semua akan beroleh keputusan yang cemerlang. Amin.


Hari ni Cikgu Faiz nak tunjuk sikit la hasil kerja Cikgu Faiz yang tak seberapa ni. Ihiks. Tapi sebelum itu Cikgu Faiz nak bagi kredit pada blogger APIT kerana beliaulah yang telah melukis doodle yang comel ni. Terima kasih Apit. Cikgu Faiz sebenarnya nak buat label untuk drawer murid-murid Prasekolah tahun 2013. Yang tahun lepas punya boleh tengok KAT SINI.








Ini versi perempuan. Yang lelaki belum siap lagi. Nanti apa-apa hal Cikgu Faiz update. Sehingga berjumpa lagi dan selamat berhujung minggu.




With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...