Showing posts with label sambal udang petai. Show all posts
Showing posts with label sambal udang petai. Show all posts

Menu Cikgu Faiz Hari Ini



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 18 November 2017


Lamanya Cikgu Faiz tak bersiaran di blog ni. Banyak betul dugaan bila nak update blog. Kadang-kadang bila terasa nak update blog ada kerja la, tertidur la, internet slow la... Itu yang membantutkan hasrat Cikgu Faiz yang satu ni. Hihi. Cikgu Faiz baru je siap masak ni. Menu ringkas je hari ni. Ikan goreng, ayam goreng dan sambal udang petai. Hihihi.....




Korang dah masak ke tu?


Yang menaip,

Laptop Dah Okey, Menu Hari Ini



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Cikgu Faiz gembira sangat hari ni sebab laptop kesayangan telah kembali pulih. Bersyukur sangat-sangat sebab semua benda yang ada dalam laptop ni masih ada. Leganya... Harap lepas ni laptop ni tak meragam lagi. Susah la kalau takde laptop ni. Bukan sekadar untuk online suka suka je malah digunakan untuk kerja di sekolah. Faham-faham je la komputer yang ada di kelas pra tu bukannya okey sangat. Kena standby laptop sendiri kalau komputer buat hal.


Oh ya. Lupa nak tanya, korang semua dah makan malam ke? Cikgu Faiz dah makan petang tadi. Masak yang mudah-mudah aje. Nasib baik la Encik Suami jenis tak cerewet. Hehe. 





Menu hari ni ikan goreng, udang goreng dan sambal udang petai. Hehe. Apa pula menu korang malam ni? Jom la kongsikan dengan Cikgu Faiz ni. Mana tahu lain kali boleh masak pulak. Heheh.. Sekian.


Top up RM20 to get FREE 133 Minutes and 133 SMS! CLICK HERE.


Yang benar,

Label Drawer Murid Prasekolah / Lelaki

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Baru online tiba-tiba je bekalan elektrik terputus. Tet... ! Nasib baik bateri masih penuh. Oh ya, sekarang ni Cikgu Faiz telah pun berada nun jauh di kampung halaman. Bentong je pon. Macam la jauh sangat. Hehehe. Bila ada di kampung ni suasananya lain macam sikit tak macam di Puchong. Sebelum menaip entri ni Cikgu Faiz baru je selesai memasak lauk untuk hidangan tengahari sekejap sahaja lagi. Masakan biasa-biasa je pun. 


Tak dan nak letak watermark. Huhu. Menarik tak?? Sambal udang petai Bentong. Hehe.



Berbalik kepada tajuk entri. Minggu lepas Cikgu Faiz ada tunjuk label drawer murid-murid Prasekolah bagi perempuan sahaja. Senang cerita TENGOK NI. Kali ni Cikgu Faiz nak tunjuk pula label nama untuk murid lelaki. Macam biasa doodle dari APIT. Cikgu Faiz cuma taip nama je. Comel tak? Cuba komen sikit :)








Nota : Bila dah print warna dah kurang cantik macam dekat atas ni :( Takpe la. Tetap comel.




With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...