Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Cara Pakai Tudung Aidijuma White Label



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 15 September 2014


Baru sekejap ni belek-belek akaun nuffnang. Tengok dekat bahagian keywords ada la empat keywords tapi ada satu yang menarik perhatian Cikgu Faiz.




Haaa... nampak tak tu? 'Cara pakai tudung aidijuma white label'. Hihi. Cikgu Faiz tak pandai nak buat tutorial tudung ni sebab Cikgu Faiz pon baru je belajar sikit-sikit. Kepada yang nak tahu cara-cara nak pakai tudung aidijuma boleh la join group tutorial >JUST TUTORIAL #BAWAL AIDIJUMA< di facebook. Harap dapat membantu. Sekian.


Cikgu Faiz suka pakai hp jenama INI


Yang menaip,

Tutorial : Cara Untuk Komen Sesebuah Entri

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat malam semua. Esok keputusan UPSR akan keluar. Harap-harap para pelajar di luar sana akan beroleh keputusan yang cemerlang. Insyaallah. Malam ni Cikgu Faiz ingin berkongsi kepada cikgu-cikgu semua tentang cara untuk kita komen sesebuah entri. Yela, lepas baca mesti terasa nak bagi komen atau pendapat kan. Masa jalan-jalan dekat page UPSI aritu ternampak ada cikgu yang bertanyakan tentang hal ni.


Caranya mudah saja...




Pertama, bila cikgu-cikgu dah baca sesebuah entri tu, dekat bahagian bawah sekali ada tertulis perkataan NO COMMENTS / 2 COMMENTS (bergantung kepada bilangan komen di entri tersebut). Cikgu klik perkataan tu.



Lepas tu dia akan loading dan keluar pula macam ni. Cikgu komen la dan klik publish.



Lepas tu akan keluar macam ni pulak. Cikgu taip je apa yang ada dekat atas tu. Semua sekali tau. Akhir sekali tekan publish.


Dah siap :) Kredit untuk blog Cikgu.




With love..,

Tutorial : Cara Zip File Dalam Satu Folder

Assalamualaikum.


Malam ni Cikgu Faiz terpanggil untuk membuat tutorial berkaitan dengan program Pendidikan Jarak Jauh iaitu subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Cikgu Faiz baru je selesai submit assignment ni tadi. Malas dah nak simpan nanti mula la internet buat hal. 


Masa menghadiri kelas pada Sabtu lepas, ada yang bertanya macam mana kita nak zip kan file. Tapi masa tu Cikgu Faiz memang tak pandai langsung sebab tak pernah buat. Huhu. Jadi bila dah berjaya submit tu rasa lega sangat dan Cikgu Faiz ingin berkongsi dengan rakan-rakan PJJ cara untuk membuatnya. Tapi ini hanya cara untuk zip sahaja. Terima kasih kepada Rabizah kerana sudi mengajar tadi. Hehe.


Jom ikut langkah demi langkah...




Buat satu folder dekat desktop yang berkaitan dengan powerpoint cikgu. Macam Cikgu Faiz dalam satu folder tu ada powerpoint, video dan microsoft word. Jadinya ada tiga benda. Tengok gambar di atas. Klik gambar untuk lebih jelas.




Inilah file yang ada dalam folder tadi.




Lepas tu cikgu klik edit > select all > klik kanan > send to > compressed (zipped folder)




Lepas tu automatik akan jadi macam sebelah anak panah tu. Siap. Cuba cikgu klik file yang telah dizip tu tengok ada tak semua benda dalam tu. Kalau ada dah menjadi la tu :)




Lepas tu macam biasa cikgu kena upload dulu dekat siswa. Yang paling penting cikgu mesti upload file yang telah dizip tadi ye. Pastikan file tersebut diupload sebagai 'presentation' dan bukan 'document'.


Selamat menghantar tugasan !!




With love..,

Background Blog



Assalamualaikum. Hari ni cikgu Faiz nak berkongsi dengan mereka yang masih tercari-cari background yang sesuai untuk blog.


Cara nak masukkan kod :

1. Dashboard > Design > Page Element > Add Gadget > HTML/JAVASCRIPT


2. Copy kod CSS yang berkenan di hati, paste kat HTML/JAVASCRIPT


3. Klik SAVE.


(pilihan di SINI)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...