Showing posts with label Bahasa dan Komunikasi. Show all posts
Showing posts with label Bahasa dan Komunikasi. Show all posts

English Proficiency for Preschool Teachers (EPPT) 2014



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 24 Jun 2014


Balik je dari sekolah tadi rasa macam tak sedap badan pulak. Rasa nak demam. Harap-harap jangan la demam dalam masa terdekat ini sebab hari Khamis ada Open Day dengan ibu bapa. Kalau tiba-tiba MC siapa pula nak menjawab dengan ibu bapa. Kena pulak tahun ni ibu bapa cengil cengil belaka. Pantang silap sikit mula la nak kecoh. Sabar je la. Asam garam kehidupan seorang guru macam tu la.


Hihi. Mukadimah panjang betul. Sebenarnya nak cerita tentang aktiviti di sekolah hari ini. Lepas habis kelas Prasekolah pada jam 12.00 tengahari bergegas pula ke SK Puchong Perdana untuk melaksanakan program mentor mentee untuk guru-guru Prasekolah. Program ini wajib dijalankan selama dua jam setengah.




Program ini akan berlangsung sehingga bulan September kalau tak silap. Dah lupa pula. Guru-guru pula diwajibkan untuk hadir pada setiap kali program ini dijalankan. Dalam sebulan tu ada la dua atau tiga kali perjumpaan. Program ini menyeluruh satu Malaysia. Khas untuk guru-guru Prasekolah sahaja. Hihi. Tujuannya untuk memantapkan lagi penggunaan bahasa Inggeris semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Best juga program ini sekurang-kurangnya dapat juga menambahkan ilmu pengetahuan serta dapat meningkatkan lagi penguasaan bahasa Inggeris di kalangan guru.




Untuk menghilangkan mengantuk jom kita bergambar sebentar. Hihi. Selepas program ini tamat akan ada peperiksaan dan mesti ada peningkatan sebanyak 30% tau. Huhu. Sebelum program ini bermula kami cikgu-cikgu prasekolah sudah menjawab soalan bahasa Inggeris ni. 40 objektif dan 1 soalan esei pendek. Hihi. Harap-harap nanti ada la peningkatan. Baru dapat kad hijau. Hihihi.


Sekian.


Yang menaip,

Mari Mengeja Suku Kata KVKVKV

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Selamat hari minggu semua. Harap anda semua sihat-sihat belaka. Cikgu Faiz baru je sihat daripada demam. Uhuk uhuk. Tak tau la kenapa semalam rasa sakit-sakit badan lepas tu sejuk semacam je. Hari ni baru okey. Alhamdulillah... 


Hari ni Cikgu Faiz ingin mengajar apa itu suku kata KVKVKV. Siapa tahu sila angkat laptop. Hehe. Jangan marah. KVKVKV itu ialah tiga suku kata terbuka. Seperti yang anda dapat lihat perkataan-perkataan di bawah ini. Standard pembelajaran dan standard kandungannya di akhir entri ini. Sesiapa yang tengah online dengan anak tu boleh la ajak diorang mengeja sekali.






Standard Kandungan : (BM3.5) Membaca perkataan.

Standard Pembelajaran : (BM3.5.4) Membatangkan tiga suku kata terbuka untuk menjadi perkataan.




With love..,

Mari Mengeja Suku Kata KVKVK

Assalamualaikum.


Selamat Hari Ahad semua.. ! Nikmatnya dapat bercuti dua hari ni. Tinggal lima hari saja lagi sebelum sesi persekolahan 2012 akan tamat. Masa tu barulah boleh menarik nafas lega. Baru dapat fokus pada assignment yang menimbun tu. Okey la. Sekarang ni mari kita sambung kembali pelajaran kita. Sebelum ni Cikgu Faiz dan buat entri fasal ABC, suku kata KVKV dan suku kata KVK. Ha..., kali ni Cikgu Faiz update tentang suku kata KVKVK.


Tapi sebelum itu meh tengok sini dulu --> FINDING NEMO


Apa itu suku kata KVKVK? Ianya merupakan suku kata terbuka dan tertutup. Contoh perkataan seperti di bawah.





Standard Kandungan : (BM3.5) Membaca perkataan.
Standard Pembelajaran : (BM3.5.7) Membatangkan suku kata terbuka dan suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.


p/s : Guru boleh bermain permainan dengan menggunakan kad imbasan ni. Contohnya, murid memilih satu kad dan mengeja perkataan pada kad tersebut. Kalau murid berjaya mengeja guru boleh berikan ganjaran :)



With ..,

Mari Mengeja Suku Kata KVK

Assalamualaikum.


Alhamdulillah hari ini telah berjaya ditempuh dengan sederhana dan yang penting hati mesti bersih daripada perasaan PHD. Sendiri mau ingat la. Pagi tadi Cikgu Faiz 'terbangun' lambat untuk ke sekolah. Tak pasti pulak sama ada handphone tak berbunyi atau Cikgu Faiz yang tak dengar. Huhuhu. Nasib la ada Faqih kalau tak dah selamat la hari ni . Eiii... ngerinya bila 'terbangun' lambat ni. Harap-harap esok akan lebih baik dari hari ini. InsyaAllah ...


Baiklah, hari ni Cikgu Faiz ingin berkongsi kad perkataan bagi suku kata KVK iaitu konsonan + vokal + konsonan (satu suku kata tertutup). Sekarang mari kita lihat Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran untuk mengajar suku kata ini.


Standard Kandungan : (BM3.5) Membaca perkataan.
Standard Pembelajaran : (BM3.5.5) Membatangkan satu suku kata tertutup untuk menjadi perkataan.




Macam biasa la kan. Kad imbasan ni boleh dijadikan hiasan dinding. Boleh juga diletakkan di sudut bacaan supaya murid boleh membaca bersama rakan-rakan mereka .




With ..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...