Masak ke beli?

Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa pada hari yang ke 2. Salam sejahtera juga diucapkan kepada mereka yang bukan Islam.

Hey hey hey.. ! Lemaunya aku rasa hari ni. Mate pedih tanda tak cukup tido. Mane taknye, pagi tadi hp aku kejut aku seawal jam 4.45 pagi. Wow ! Lebih awal daripada biasa. Slalu bangun kul 5, ni lagi la awalnye. Tapi takpe. Demi bulan yang mulia ini aku tetap gagahkan diri untuk bangun walaupon berat sangat nak tinggalkan toto pink aku tu. Hahaha...

Sekarang jam baru menunjukkan ke angka 1.30 tengahari. Ada lebih kurang 6 jam je lagi untuk berbuka puasa. Hari ni aku masih berkira-kira samada mahu memasak atau beli di bazar. Tapi tapi tapi... aku rasa lebih baik aku masak je hari ni. Ntah... tibe2 je mood memasak tu datang.

Nak masak ape ek... ? My hubby kate semalam nak masak kari daging. Hmmm.... ok gak tu. Sayur kubis pon ade leh wat ulam... Huissshhh... menarik sangatla tu. Ulam pulak sejuk2 dari dalam peti ais. Goreng bergedil lagi. Heheh...

Air pulak? Hmmm... boleh pilih samada mau laici ataupon oren twister. Memang dah tersedia kat dalam peti ais jugak. Tinggal tuang dan letak ais je. Hah, ok la tu kan. Menu petang ni kari daging, bergedil, ulam kubis dan air oren / laici ais.

Fuhhh... ni yang wat tak soba nak berbuka ni.


Sila Tinggalkan Jejak Anda

Assalamualaikum dan selamat pagi sume2....


Wah, aku baru je bangun tido ni lepas anak aku kejut suruh wat susu. Hahaha. Ingat nak sambung tido balik tapi anak aku mesti tak bagi punye. Huhuhu....


By the way, ini adalah pengumuman khas untuk mereka2 yang telah follow blog aku yang tak seberapa ni. Korang2 yang dah follow tu aku ucapkan berbanyak2 terima kasih. Kamsamnida. Akan tetapi.... di manakah jejak anda wahai sahabat2 baruku? Please.... leave your link. I think u want me to follow u back, right? But, i can`t. Yang mana jejaknya aku dapat cari tu aku akan follow balik. Yang tak jumpe tu tak dapat la nak follow. So please... for those yang terbace entry ni akan meninggalkan jejak kamu di sini.


Makasih ya :)

Peringatan Untuk Diri Sendiri

Yang sebenarnya, aku sudah serik. Serik bila mengenangkan apa yang aku lakukan semacam tidak dihargai. Jadi, daripada aku berpenat lelah membantu apa yang mereka tidak pernah hargai, lebih baik aku membantu orang2 yang sepatutnya menjadi hak mereka. Hmm... hidup ini bukan mudah seperti yang disangkakan. Terlalu banyak cabaran yang harus ditempuh. Yang nak cari jalan mudah tu senang2 je kan... Manusia... Aku dah muak dengan janji2 yang susah nak ditepati. Sekali terkena aku akan ingat sampai bila2. Semua yang berlaku dulu aku halalkan tapi sekarang aku mesti berjaga2 berdasarkan pengalaman masa lalu.



* apa yang aku tak halalkan ialah duit dan barang aku yang hilang. memang dah jadi duit haram. kalau makan ia akan menjadi darah daging si pencuri. Kalau guna untuk keperluan lain hidup tak akan berkat sampai bila2. Tak akan senang sampai bila2. Bila hidup tak pernah senang tu kau pikir la balik apa yang kau dah buat. Dan aku berharap kebenaran akan datang dan masa tu kau akan malu besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...