Header Baru Lagi ?



Assalamualaikum.


Hye bloggers. Gggrrrr.... Tengah geram ni. Sebab tak dapat nak blogwalking. Macam biasa la internet kembali melembapkan diri. Sabar je. Dalam pada bengang tadi sempat jugak buat satu header. Dah tengok ke header baru kat atas tu? Okey tak? Cuba komen sikit. Hihik.


Wording untuk header kali ni ialah :

Ini Bukan Ding Dong
Ini Ding Dang


Haha.. ada makna tu... Siapa Ding Dong? Dia ialah pelakon dari Filipina yang berlakon dalam drama Endless Love. Rujuk gambar di bawah.




Amacam? Hensem tak?


Ding Dang pula merujuk kepada model sedia ada iaitu Faqih. Hehe. Faham tak?


Kenapa Cikgu Faiz Bersedih ?



Assalamualaikum.


Good morning bloggers. Tadi korang tengok tak drama Cinta Buat Emelda episod akhir? Endingnya tak touching sangat la berbanding episod sebelumnya. Tiap kali tengok drama slot akasia mesti Cikgu Faiz jadi emosional. Apa-apa pon, drama ni memang best sangat.


Cikgu Faiz suka lakonan Almy Nadia dalam drama ni. Lakonannya sudah semakin baik dan nampak matang. Sedih sangat masa tengok Emelda kena maki hamun dengan Aril Fatah. Rasa nak pelempang je Aril Fatah tu. Disebabkan perempuan lain sanggup tuduh isteri sendiri kan ? Sobsob.... :'(


Dah la Emelda tu jaga anak dia dari kecik sampai besar. Tergamak buat macam tu. Sedih betul...



suka tengok montaj drama ni. romantik sangat sebab ada kepingan kelopak bunga yang jatuh berguguran, sama jugak macam hati Emelda yang hancur berkecai disebabkan Aril Fatah.




macam biasa la kan. Tiap kali ada drama adaptasi, Cikgu Faiz akan sedaya upaya untuk mendapatkan novel tersebut. yang kat atas ni tak beli lagi. mesti susah nak dapat ni sebab dramanya meletup-letup.


p/s : perasan tak lagu tema blog ni pon dah bertukar? ini memang sudah menjadi habit Cikgu Faiz semenjak dua menjak ni :)


Tolong KLIK SINI tanda anda support blog Cikgu Faiz :)


Korang memang terbaik... !!



Faqih Hakim di UPSI



Assalamualaikum.


Hye bloggers. Minta maaf banyak-banyak sebab Cikgu Faiz tak balas jejak anda yang berkunjung ke sini. InsyaAllah, lepas Cikgu Faiz submit tugasan yang terakhir untuk semester satu ni, Cikgu Faiz akan membalas jejak anda semua sampai lebam. HAHAHA. Melampau la pulak.


Entry kali ini Cikgu Faiz ingin berkongsi gambar-gambar Faqih Hakim sewaktu kami berkampung di UPSI beberapa minggu yang lalu. Gambar di bawah ini telah diambil oleh jurugambar yang tak bertauliah iaitu suami Cikgu Faiz sendiri. Huhu.


Jom lihat gambar Faqih yang ala-ala model rambut korea ni.




okey tak muka saya ?



tayang gigi dua batang jap.



menjeling-menjeling ku bertentang...



lihatlah alam yang indah ini...



ooooo......


Puas hati dengan model kat atas ni? Jom tengok hadiah Hari Ibu.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...