16 Mei kian tiba...






Syukur kerana masih diberi kesempatan untuk menghembuskan nafas di bumi yang bertuah ini. Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepada hambamu ini meneruskan kehidupan. Terima kasih juga kerana Engkau telah menghantar emak dan abahku datang untuk menjenguk aku yang sedang sakit beberapa hari yang lalu. Indah sungguh rasanya dapat bertemu dengan orang-orang yang paling aku sanjung. Aku insaf. Disaat aku sedang bertarung dengan kasakitan Engkau telah mengabulkan doaku untuk bertemu mereka. Aku betul-betul bersyukur dengan nikmat yang telah Engkau berikan.


Diam tak diam esok dah 16 Mei. Tarikh keramat itu merupakan tarikh yang amat dinanti-nantikan oleh semua warga pendidik termasuk aku. Pada hari itulah mereka yang bergelar guru akan diraikan dan bermacam-macam aktiviti akan diadakan pada hari tersebut. Namun, terdapat dua perkara yang aku nanti-nantikan pada 16 Mei iaitu Hari Guru dan Hari Lahir Faqih. Percaya atau tidak Faqih Hakim telah dilahirkan pada pagi 16 Mei. Sungguh tidak ku sangka aku akan melahirkan Faqih pada hari tersebut. Ianya sungguh bermakna. Faqih si comel Hari Guru hadiah daripadaNYA buat aku dan suami pada Hari Guru 2010.


Buat Faqih, Selamat Hari Lahir cayang 'mona'. Semoga cepat sembuh ya. Risau 'mona' tengok keadaan Faqih. Jangan nakal-nakal ya sayang. 'mona' dengan abah sayang Faqih.


kata kunci ---> mona = bonda

Penat, letih...



Assalamualaikum.


Letihnya la rasa.... Tadi balik sekolah jalan kaki je. Sampai rumah je rehat jap lepas tu terus mulakan operasi mengemas rumah. Mula-mula basuh baju. Lepas tu basuh pinggan (takde la banyak mana pon pinggan mangkuk yang tak basuh). Lepas tu sejukkan air panas dan masak air. Seterusnya, mengemas ruang tamu, lap habuk, buang kertas-kertas yang bersepah, lap meja makan. Lepas tu mengemas bakul mainan Faqih (sesi membuang mainan Faqih yang dah rosak sebab bakul mainan sudah terlalu padat dengan mainan). Siap je terus sapu lantai satu rumah. Fuhhh, lepas tu mop lantai. Letih giler rasanya. Siap je keje terus terbaring atas sofa sambil layan drama Endless Love. Ding Dong Dantes tu.....




gambar takde kaitan dengan entry ni.


Oh ya... Tak lama lagi Cikgu Faiz akan membuat transformasi pada blog Ding Dang ni. Sebabnya bagi memenuhi silibus Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang mewajibkan semua pelajarnya untuk membuat blog yang berunsurkan pendidikan. Hehe. Cikgu Faiz malas nak buat yang baru. Tukar yang ni je la. Rasanya entry je yang lain sikit kot. Jangan pulak korang pelik bila Cikgu Faiz buat entry yang entah apa-apa nanti. Design blog tetap akan dikekalkan sebab penyakit 'M'. Huhuhu.


Sebelum mengundur diri, izinkan Cikgu Faiz berpantun...

Pecah kaca pecah cermin,
Sudah baca harap komen :)

Menang Untuk Kali ke-2.




Assalamualaikum.

Selamat petang bloggers. Hari ni rasa happy la jugak sebab Cikgu Faiz menang cabutan bertuah la. Dapat tempat ketiga. Huhu. Tak caya? Boleh tengok dan klik gambar kat bawah ni.





Masuk ni dah kali kedua Cikgu Faiz menang tempat ke-3. 

Okey la. Malas nak taip panjang-panjang. Nak blogwalking pulak. Daaa.....

Hulurkan Tangan, Ringankan Beban DI SINI.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...