Assalamualaikum.
Baru-baru ni ada lori milo singgah ke sekolah tempat Cikgu Faiz mengajar. Elok sangat la tu. Cikgu Faiz dan kawan baru je selesai melatih murid-murid untuk sukan Prasekolah. Memang hilang tenaga kejap. Dengar je ada lori milo terus bersemangat. Huhuhu.
Dengan muka tak malu, Cikgu Faiz dan kawan pergi ke arah lori milo tersebut sambil membawa dua buah jag yang besar. Hehehe. Eh, air milo tu untuk murid-murid Prasekolah ye. Cikgu Faiz pon dapat la tumpang sekaki. Bukan selalu kan...
Istimewanya, hanya murid-murid Prasekolah sahaja yang diberi layanan kelas pertama ni. Murid-murid yang lain semuanya kena berbaris untuk mendapatkan secawan milo yang memang terbaik. Milo kaw kaw punya pakcik ni buat.
Terima kasih pakcik Milo. Tahun depan datang lagi ye. Huhuhu.
Dua orang abang Milo sedang bertugas. Seorang bancuh, yang seorang lagi tukang bagi air milo.
Inilah jag yang dimaksudkan. Besar la jugak kan? Hehehe.
Satu jag penuh air milo. Memang tergoda dibuatnya.
Minum air milo ni terus rasa bertenaga.
With ♥..,