"Nani Nak Makan Kek La Bonda"



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 13 September 2016


Masih dalam mood raya walaupun hanya duduk di rumah. Sehari selepas Cikgu Faiz sampai di kampung, keesokan harinya pagi-pagi lagi Hannani dah mintak nak makan kek. Cikgu Faiz pon jawab la takde kek. Kalau nak sekejap lagi kita pergi beli kek. Hannani ni kita tak boleh nak cakap tidak, kalau dia nak tu mesti nak jugak. Huhu. Puas Cikgu Faiz cakap takde kek dia tetap nak jugak. Mulalah bonda rasa nak marah je ni. Lepas tu Encik Suami menyampuk, "kek tu kuih apam la tu". Laa....... kuih apam rupanya. Kek pula yang dipanggil. Huhuhu. 




Tengok la tu bukan main suka dapat makan 'kek'. Kuih apam tu pemberian daripada parent anak murid Encik Suami. Sambil tunggu Hannani makan 'kek', Cikgu Faiz pon membancuh sepaket ephyra. Bila Hannani nampak je Cikgu Faiz minum dia cakap, "jangan habiskan.....". Huhu. Nak menyelit jugak la tu.




Habis sebiji apam terus minum ephyra. Tinggalkan sikit pon takpe janji dapat minum. Hihi. Kadang-kadang tu dia buat tak tau aje. Kadang-kadang tu nak menyelit jugak. Ikut mood dia la.




Dah minum ephyra, mintak lagi sebiji apam. Suka betul nampaknya dengan kuih apam kembang ni. Memang patut pon Hannani suka sebab rupa kuih apam tu menarik sangat warnanya. Biasa la budak-budak kan memang suka warna warni macam tu. Habis makan dua biji apam baru la senyap. Takde dah nak mintak 'kek'. Hihihi.


P/S : Cikgu Faiz memang ada jual ephyra tu. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang ephyra boleh whatsapp Cikgu Faiz di 012-9771902. WeChat dah lama berkubur.


Yang menaip,

Selamat Hari Raya Aidiladha



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 12 September 2016


Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua umat Islam. Agaknya mesti semua tengah sibuk melapah daging kan. Yang tak dapat pulang ke kampung tu jangan bersedih ye. Raya Haji tahun ni giliran pulang ke kampung Cikgu Faiz pula. Raya Puasa hari tu dah balik kampung Encik Suami. Hihi. Gilir-gilir baru adil dan saksama.




Cikgu Faiz bertolak pulang ke kampung pada hari Sabtu. Kononnya tak nak balik hari Jumaat sebab nak elak kesesakan tapi rasanya hari Sabtu pon banyak kereta jugak. Huhu. Walaupun dari Puchong nak ke Bentong tapi rasanya perjalanan macam nak ke Kelantan aje. Hihi.




Duduk lama-lama dalam kereta pon bosan jugak. Dah la radio pon tak berbunyi. Jadinya kerja Cikgu Faiz hanya selfie dan ambik gambar apa-apa yang patut. Contohnya seperti gambar di atas. Lepas je sampai simpang Bukit Tinggi, kami ikut jalan dalam. Barulah rasa licin je perjalanan. Suasana pon sejuk dan nyaman je. Cikgu Faiz sampai di kampung lebih kurang jam 5, ++ petang. Bertolak pula pada jam 1.++ petang. Okey lah.... Cikgu Faiz nak pergi makan rendang dan nasi himpit. Lapar pulak perut ni. Hihihi. Sekian.


Yang menaip,

Tertekan Dengan Celcom



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 11 September 2016


Pada entri yang lepas, Cikgu Faiz ada mengatakan ingin kembali konsisten di dalam penulisan di blog. Akan tetapi ada saja dugaan bila Cikgu Faiz ingin merealisasikan kenyataan itu. Beberapa hari lepas Cikgu Faiz update entri tu >BOLEH BACA DI SINI< dengan secara tiba-tiba sahaja internet yang Cikgu Faiz guna selama ini tidak dapat digunakan. Ceritanya macam ni...


Al kisahnya satu hari tu Cikgu Faiz online macam biasa. Untuk pengetahuan semua, Cikgu Faiz melanggan internet dari celcom. Jadinya Cikgu Faiz guna broadband la. Tengah syok layan facebook tiba-tiba sahaja talian internet terputus. Ingatkan sekejap aje sebabnya di kawasan rumah Cikgu Faiz ni internet memang kejap okey kejap laju kejap terputus kejap bersambung. Huhu. Yang peliknya internet tu dah connect tapi bila nak guna je tak boleh. Dia jadi limited. Geram dan sakit hati memang tak payah nak cakap la. Memang sakit hati sebab masa tu ada banyak kerja yang nak dibereskan. Huh. Cikgu Faiz fikir mungkin kuota dah habis sebab sebelum tu Cikgu Faiz banyak download drama di youtube. Hihi. Tapi bila fikir balik, kalau pun kuota dah habis biasanya masih boleh guna lagi internet tu tapi lambat la. Masalahnya sekarang ni, facebook pon tak boleh nak buka. Geram geram.


Beberapa hari lepas tu Cikgu Faiz pergi ke centre celcom. Tanya staff celcom di situ akan masalah yang Cikgu Faiz hadapi dia kata cuba call 1111. Nombor 1111 tu hanya boleh call dari nombor celcom sahaja. Haish... tak sama line pulak. Cikgu Faiz guna maxis. Cari nombor telefon dari email yang celcom selalu bagi bil tu ada. 1 300 berapa entah. Nak tahu apa dia cakap? NOMBOR YANG ANDA DAIL TIADA DALAM PERKHIDMATAN. Fuhhh.... menyirap habis masa tu.


Beberapa hari lepas tu jugak, Cikgu Faiz pergi lagi ke cawangan celcom tapi kali ni di IOI Mall. Staff tu dah cuba gunakan sim internet Cikgu Faiz tu. Ehh... boleh pulak. Staff tu bagitau mungkin modem yang problem atau pon coverage yang bermasalah. Dengan pantasnya selepas itu Cikgu Faiz gigih mencari modem baru dengan dibantu oleh Encik Suami. Hasilnya dapat la modem tanpa WIFI ni. Inilah satu-satunya modem termurah yang Cikgu Faiz jumpa. Malas nak beli yang mahal sebab takut bukan modem yang bermasalah.





Beberapa hari selepas itu masih tak dapat gunakan internet. Maknanya bukan modem yang bermasalah ni. Cikgu Faiz baru terfikir nak google nombor telefon celcom. Hah.. baru jumpa. Nombornya dah lupa pula. Telefon dua tiga kali baru dapat bercakap dengan customer service. Cikgu Faiz pon ceritalah masalah yang dihadapi. Hmmm.... operator tu cakap di kawasan Cikgu Faiz tu memang tengah ada masalah coverage. Katanya celcom tengah updrade coverage di kawasan tu. Masalahnya kenapa lama sangat nak dekat dua minggu kot. Dah la tak bagitau pon akan ada masalah internet. Cuba bagitau kan senang. Takde la pengguna tertanya-tanya dan rasa nak marah. Kalau maxis dan altel yang Cikgu Faiz guna ni rajin jugak SMS mengatakan akan ada gangguan internet. Ini langsung takde apa-apa peringatan. Tu yang angin tu. Kalau bil tu cepat je nak hantar. Eiiii.... Lepas tu Cikgu Faiz google lagi cara nak semak baki kuota. Jumpa pon ! Cepat-cepat semak baki. Banyak lagi tu ada 20gb. Tapi kecewa sebab tak boleh nak guna. Heh.


Hari Jumaat baru ni bersamaan dengan 9 September 2016 baru la dapat guna internet. Itu pon dah tengah malam baru elok. Syukur la. Cikgu Faiz baru terfikir nak beli simkad lain untuk broadband ni sebab banyak benda nak buat. Hal kerja dan hal PJJ Cikgu Faiz ni. Harapnya lepas celcom dah updrade coverage ni jangan la line internet macam dulu lagi ye. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...