Duit Raya





Hai semua. Lama menghilang dari dunia blog. Banyak perkara yang terjadi tapi tak dapat diceritakan di sini. Anak-anak pon dah besar. Sekarang anak Cikgu Faiz dah ada 3 orang. Alhamdulillah... Yang nombor 3 tu anak pkp. Hahaha. Yang sulung dah 13 tahun, besar dah dia. Rasanya dah sampai masa untuk Cikgu Faiz belikan dia telefon bimbit untuk kegunaan harian. Sekarang ni dia guna tab yang KPM bagi tu tapinya tab tu dah tak berapa nak okey sebabnya butang on off tu dah tercabut jadi agak sukar nak on off. Kena tekan guna lidi baru boleh. Haha. Nasib baik boleh terfikir nak guna lidi.


Jadinya semalam Cikgu Faiz sembang la dengan dia tanya kalau dapat duit raya nanti nak beli apa? Dia jawab tak tahu. Jadi Cikgu Faiz cadangkan beli telefon. Dia pon setuju aje pendapat mak dia. Beli pon atas sebab keperluan senang nak call, mesej, whatsapp kalau ada apa-apa hal kan. Cikgu Faiz nak dia usaha sendiri untuk dapatkan sesuatu iaitu dengan mengumpul duit raya. Masa zaman Cikgu Faiz dulu umur 18 tahun baru dapat beli telefon Nokia 3310. Itupon selepas dapat gaji bekerja sambilan selepas SPM.


Tadi pon dah survey telefon dekat shopee. Kalau duit dia tak cukup nanti Cikgu Faiz akan topup sikit. Cikgu Faiz harap adik dia Hannani tak jelous bila tengok abang dia beli telefon. Biar la Hannani guna tab kpm tu dulu buat sementara. Tu je nak cerita. Sekian.

Hilang Yang Kembali



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 08 Oktober 2021




Lama betul tak update blog ni. Last update Disember 2019. Lepas tu terus menyepi. Banyak perkara yang menyebabkan Cikgu Faiz menyepikan diri dari dunia blog. Salah satunya sebab mengandung. Cikgu Faiz ni kalau mengandung memang lemah semacam. Malas pon ye jugak. Alhamdulillah dah selamat bersalin bulan Ogos 2020. Tak sangka ada baby 2020. Syukur rezeki dari Allah. Bila dah bersalin busy jaga baby pulak, lagilah blog ni terbiar.


Sekarang baby dah berusia setahun dua bulan. Ni dia dah tido dan secara tiba-tiba Cikgu Faiz terpanggil untuk menaip di blog ni. Sebelum ni ada jugak buka tapi perasaan malas tu terlalu menguasai diri, mungkin sebab dah terlalu lama tak update apa-apa Cikgu Faiz rasa blur dan tidak berminat langsung nak menaip. Lepas ni kena la rajin-rajinkan diri untuk aktifkan semula blog ni. Dah lama tak join giveaway, baca blog orang lain, review drama korea dan banyak lagi la.


Okey la, rasanya setakat ini sahaja mukadimah sempena kedatangan semula Cikgu Faiz di arena blog ini. Cikgu Faiz nak fokus tengok movie di TV2 ni. Cerita The Hunger Games : Mocking Jay Part 1. Sekian. Jumpa lagi.


Yang menaip,

KDrama | Circle : Two Worlds Connected



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 01 Disember 2019




Lagi sebulan kita akan menjengah ke tahun 2020. Semoga dengan kehadiran tahun baru akan menjadikan kita lebih bersemangat untuk mengharungi hari-hari yang mendatang. Baiklah, harini Cikgu Faiz nak share satu lagi drama korea yang baru sahaja selesai di tayangkan di saluran NTV7. Drama ni dah mula ditayangkan pada tahun 2017. Salah seorang pelakonnya adalah Yeo Jin Goo yang berlakon drama Hotel Del Luna. Drama Circle hanya mempunyai 12 episod sahaja tetapi ianya padat dengan cerita dan misteri yang harus dirungkaikan. Bergenre sains fiksyen dan fantasi serta misteri.


Circle mempunyai dua plot situasi yang berbeza iaitu tahun 2017 (Projek Beta) dan tahun 2037 (a great new world) . Pada tahun 2007 dua beradik kembar  yang pada waktu itu masih kecil bersama bapa mereka telah bertemu dengan makhluk asing yang menyerupai manusia. Makhluk asing tersebut mempunyai kepakaran dalam bidang sains dan teknologi yang tidak terfikir oleh manusia untuk melakukannya. Mereka membawa makhluk asing itu pulang dan menjaganya seperti ahli keluarga sendiri. Makhluk asing itu diberi nama Byul.


Yeo Jin Goo sebagai Kim Woo Jin


Bapa mereka (Kim Kyu Chul) yang juga seorang saintis neuro telah menemukan satu rahsia di mana Byul berupaya untuk mencipta satu teknologi yang membolehkan memori manusia itu dirakam, dikunci dan ditonton semula dalam bentuk video. Kim Kyu Chul berusaha mendalami teknologi yang ada pada Byul secara rahsia dan menamakannya Projek Beta. Suatu hari, Kim Kyu Chul dan Byul keluar dari rumah dan terus tidak pulang. Ini membuatkan kembar tersebut berfikir bahawa Byul telah menyebabkan diri mereka diabaikan oleh bapa tersayang.


Gong Seung Yeon sebagai Byul / Han Jung Yeon / Bluebird


Pada tahun 2017, Kim Woo Jin yang merupakan pelajar sains neuro perasan akan kes-kes bunuh diri yang berlaku di universitinya mempunyai kaitan dengan abangnya Kim Bum Gyun yang terlalu obses dan marah pada makhluk asing yang pernah mereka temui sewaktu kecil. Ketika Kim Woo Jin sedang menyiasat kes bunuh diri tersebut dia telah bertemu dengan Han Jung Yeon, pelajar sains komputer yang sangat menyerupai Byul, makhluk asing yang pernah tinggal bersamanya dulu. Han Jung Yeon turut sama ingin menyiasat rahsia di sebalik kes bunuh diri itu.


Kim Kang Woo sebagai Kim Bum Gyum / Kim Joon Hyuk


Pada tahun 2037, Korea Selatan terbahagi kepada dua iaitu Daerah Umum iaitu bandar yang mempunyai tahap pencemaran udara yang sangat teruk di mana terdapat banyak kes-kes jenayah. Satu lagi adalah Bandar Pintar iaitu daerah yang aman damai, bersih dan bebas jenayah. Seorang detektif jenayah cuba menyelinap masuk ke Bandar Pintar untuk menyiasat satu kes sepasang kembar yang hilang pada tahun 2017. Lebih mengejutkan, dia telah menemui sesuatu yang teruk disebalik keindahan Bandar Pintar yang dikatakan bandar bebas jenayah itu.


Drama ni korang memang kena hadap betul-betul jangan ada satu episod pon yang terlepas sebab ada banyak kejadian yang korang takkan jangkakan akan berlaku. Memang misteri habis. Setiap watak saling berkait. Drama yang lain dari yang lain sebab takde konflik percintaan. Korang yang kena banyak berfikir. Hahaha. Paling tak sabar nak tahu ke mana hilangnya Kim Woo Jin tu. Memang terbaik drama ni. Kalau cuti-cuti ni korang tak tahu nak tengok drama apa, boleh tonton drama Circle ni. Highly recommended. Sekian.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...