Eee... geramnya...



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Petang tadi saya, suami dan anak pergi berjalan-jalan di Jusco Equin (betul ke ejaan ni?). Saje je nak cuci mata sambil cari makan. Amboi.. dari Puchong ke Seri Kembangan semata-mata nak makan. Huhu. Sambil menyelam minum air apa salahnya kan?


Hihik. Berbalik kepada tajuk di atas. Sebab apa saya geram ye? Sebabnya adalah... saya kena paksa join satu pertandingan melipat kertas la. Saya memang tak nak langsung masuk pertandingan tu. Lepas tu suami saya beria-ia suruh saya masuk. Apatah lagi bila petugas pertandingan tu dah sebut "ha, tu kakak yang berbaju merah tu marilah masuk..." Aduhai.... apa punya malang la. Banyak kali jugak dia dok sebut "kakak yang berbaju merah". Menyesal saya tak pergi jauh-jauh dari situ tadi. Hurmm...


Akhirnya, tanpa kerelaan hati saya pon menyertai pertandingan melipat kertas itu atau dalam erti kata lain 'origami'. Lipat punya lipat jadi la sekuntum bunga. Apa kata korang layan je gambar-gambar kat bawah ni.




nampak tak bunga saya dah nak jadi tu?




err... apa la terfokus kepala uncle ni pulak. sape la yang amik gambar ni? :p




tengah buat corak pada bunga. ntah apa-apa corak yang saya buat. bantai la.




dapat hadiah saguhati je.




hadiahnya voucher RM10. Jadi la daripada takde.


p/s : Sadis tak sadis? Masa buat origami tu tak tahu la kenapa tangan saya terketar-ketar. Macam la tak biasa buat dekat depan budak-budak prasekolah. Bila dah lama-lama tu baru okay. Huhu. Nerves kot.

Faqih Suka Hisap Jari + Sayang Selimut Belang-Belang



Assalamualaikum.


Hai sayang-sayang... Hari ni hari Sabtu tapi saya kena kerja juga. Apa nak buat... Demi anak bangsa saya terpaksa berkorban. Sebenarnya hari ni ada program 'Road Run' atau dalam Bahasa Melayunya 'Merentas Desa'. Sebenarnya saya bukan nak cerita pasal 'Road Run' tapi pasal gambar kat bawah ni. Cer tengok kejap.






Terima kasih kerana sudi melihat gambar di atas. Ni gambar Faqih masa dia tengah tidur semalam. Cuba tengok apa yang dihisap oleh Faqih semasa sedang tidur. Hihi. Faqih hisap jari. Macam manja je bila tengok Faqih hisap jari dia tu.


Faqih bila tidur dia mesti nak ada selimut dan kain lampin. Kadang-kadang tu sampai berbelit-belit selimut kat badan dia. Mana taknya tidur asyik berpusing-pusing je. Lasak. Kalau takde la selimut belang-belang dia tu mesti merengek-rengek.


Kadang-kadang tu saya dan suami selalu jugak menyakat Faqih tu. Saya ambil selimut dia lepas tu dia mesti mintak balik. Huhu. Sayang sangat kat selimut bucuk dia tu. Agak-agak, masa kecik dulu korang ada tak perangai macam ni? Cer share.

Segmen Sign Picture By Cik Kira



Assalamualaikum.


Hai semua. Baru hari ni dapat update. Itu pun segmen je. Jadi la. Sejak kebelakangan ni agak sibuk sikit. Hari ni kerja separuh hari dapat la update. Okay la. Tanpa membuang masa, saya ingin join segmen di bawah.


Nak join jugak ke? Klik sini tau.



Segmen ini telah ditag oleh adik manis Zana. Untuk tidak menghampakan beliau saya pun terus menyertai segmen ini.




Lepas ni saya nak tag :


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...