
Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

Coklat !!
Hehe. Inilah menu Cikgu Faiz setiap hari. Air coklat panas yang dicicah dengan roti bakar atau biskut kering. Biasanya Cikgu Faiz makan macam ni pada waktu pagi dan malam (kalau rasa lapar). Dalam pantang ni perut memang cepat kelaparan. Baru je makan nasi, tak lama lepas tu mesti dah lapar balik. Hehe. Orang dalam pantang selalu tak boleh makan banyak tapi Cikgu Faiz sebaliknya. Nak buat macam mana kan? Kalau tak makan nanti badan akan rasa ketar. Jadi lebih baik makan bagi bertenaga sikit. Hiks.
Kat atas ni pulak menu sambil tengok tv. Orang kata elok makan coklat sebab boleh banyakkan susu badan. Orang yang cakap. Memang nikmat sangat dapat makan coklat ni sebab masa mengandung dulu Cikgu Faiz jarang dapat makan coklat sebab ada kencing manis. Ha... apa pulak menu awak-awak semua masa dalam pantang yer. Meh ler share. Sekian.
Yang menaip,
Saengil Chukha Hamnida !!!
Inilah hadiahnya. Hehehe. Alhamdulillah Allah kurniakan seorang bayi perempuan yang comel ni. Hadiah lain takkan dapat menandingi hadiah ni ^ ^
Hari ni Hannani dah 32 hari. Pagi tadi bawak dia pergi cucuk dekat klinik. Kesian Hannani sakit kena cucuk. Kuat dia menjerit tadi tapi sekejap je. Tadi timbang beratnya dah 4.1kg. Semangat betul adik Faqih ni. Harapnya Hannani tak demam lepas kena cucuk tadi. Sekian.
Yang menaip,
Subscribe to:
Posts (Atom)



