Asal Usul Perkataan 'Melayu'.



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 09 Januari 2014

>>Handphone Giveaway<<


Catatan dalam tulisan Cina (Tiongkok) dianggarkan ditulis sekitar tahun 644 Masihi yang menyatakan bahawa ada utusan yang mempersembahkan hasil bumi kepada pemerintah Tiongkok yang datangnya dari kerajaan Mo-lo-yeu. Nama bagi kerajaan Mo-la-yeu itu berasal dari nama sebuah sungai yang terletak di sekitar kawasan tersebut, iaitu sungai Melayu. Penamaan kerajaan atau negeri daripada nama sungai sudah menjadi kebiasaan dalam budaya Melayu, seperti nama Negeri Johor, Pahang, Kelantan, Sarawak, Selangor, Perak, Siak, Terengganu dan Inderagiri. Berdasarkan cerita, air sungai tersebut begitu deras arusnya, selaju orang berlari. Melayu yang dimaksudkan adalah sama dengan pengertian dalam bahasa Jawa, iaitu lari. Hal ini boleh dipadankan dengan orang Indo-Melayu (Austonesia) yang bergerak dari Yunan.


Kerajaan Mo-lo-yeu ini dipercayai di daerah Jambi. I-Tsing seorang rahib Buddha mencatatkan penggunaan kata Mo-lo-yeu merujuk dua buah kerajaan yang dilawatinya sekitar 675 tahun Masihi (Darwis Harahap, 1992:13). Mereka menggunakan bahasa tempatan, iaitu bahasa Melayu yang disebut oleh I-Tsing sebagai Kw'un Lun di Sriwijaya sebagai bahasa perdagangan dan pemerintahan pada abad ke tujuh. 


Mengikut Zuber Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan "Himalaya' yang telah disingkatkan kepada 'Malaya' dan kemudian menjadi Melayu. Perkataan 'Himalaya' berasal daripada perkataan 'Hima' dan 'alaya'. 'Hima' bererti salji atau salju, sedangkan 'alaya' bererti tempat. Dengan itu himalaya bermaksud tempat sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi.


Mengikut Slametmuljana, kata Melayu sebenarnya berasal daripada perkataan Sanskrit. Perkataan tersebut berkembang di dua tempat yang berbeza. Di seberang Utara Selat Melaka, perkataan tersebut mengekalkan sebutan aslinya, iaitu 'Malaya' manakala di seberang sebelah Selatan mengalami perubahan bunyi kepada 'Melayu'.


Terdapat juga pengkaji berpendapat perkataan melayu berasal daripada perkataan 'pamalayu', iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan Sumatera Barat. Di kawasan tersebut didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa sebagai peringatan berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Melayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud "Ekspedisi Melayu", iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Melayu.


Rujukan : Dr. Azhar Wahid dan Razali Ayob, Modul BML 3103 Sejarah Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris.


KERETA IDAMAN


Yang menaip,

Ramaikan Follower,Raikan Ukhuwah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 08 Januari 2014

>>Handphone Giveaway<<



Klik banner ^ ^



Yang menaip,

Zahra Bakar Collection Giveaway



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rabu . 08 Januari 2014



Zahra Bakar Collection merupakan sebuah online shop yang menjual pelbagai jenis tudung dan shawl antaranya tudung syria, bawal arjuma, alsya ring dan sebagainya. Zahra Bakar Collection, turut mengambil tempahan sulaman (cross stitch) dengan pelbagai jenis design / reka bentuk mengikut kehendak pelanggan.


Zahra Bakar Collection Giveaway
Zahra Bakar Collection Giveaway


Selain itu, Zahra Bakar Collection turut menjual kain pasang dan kain batik terengganu yang dihiasi dengan pelbagai jenis corak dan warna yang pastinya memikat hati. InsyaAllah, kainnya berkualiti tinggi dan selesa dipakai. Harganya juga sangatlah berpatutan.

Untuk meraikan pembukaan Zahra Bakar Collection online shop, kami mengadakan simple giveaway buat anda. Ingin dapat hadiah yang menarik dari kami? Ayuh, sertai sekarang. 


Zahra Bakar Collection Giveaway

Klik banner untuk sertai.



Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...