Hannani Dah Setahun !



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 14 November 2014


Tanggal 10 November 2014 baru ni genab la usia baby girl Cikgu Faiz setahun. Dah besar dah anak dara sorang tu. Sekejap je masa berjalan tup tup dah setahun. Dah boleh dapat adik tu. Uppsss.... adik? Hihi. Kena selesaikan urusan PJJ dulu baru boleh fikir pasal adik Hannani. Heee....





Bukan main suka lagi ye bila ambik gambar. Saje la tu nak tayang 6 batang gigi yang comel tu. Rambut pon dah panjang tak lama lagi boleh la buat tocang. Hihihi. Lepas sehari daripada tarikh hari lahir Hannani Cikgu Faiz bawak dia pergi klinik untuk suntikan setahun. Kali ni kena suntik dekat bahu kanan pulak. Macam biasa la Hannani akan menjerit bila kena inject. Hihi. Tapi sekejap aje. Bila jarum dah keluar dia terus diam. Kali ni suntikan 3 serangkai kalau tak silap.






Ini gambar sebelum kena inject. Suka sangat dapat selfie dengan bonda. Abang Faqih dengan abah tunggu di luar klinik sebab takut nak tengok Hannani kena inject. Huhu. Nasib baik la lepas tu Hannani tak demam. Biasanya baby akan demam lepas kena inject.






Tapi hari ni Hannani tak sihat. Pengasuh kat taska cakap dua kali Hannani muntah. Lepas tu masa nak bawa balik pon muntah lagi terus kami ke klinik. Masa dekat klinik pon muntah tapi kali ni yang keluar kahak. Hannani memang mudah dapat batuk sebab dia suka mengutip. Kalau dekat rumah tu entah berapa kali Cikgu Faiz dok sapu lantai sebab takut Hannani mengutip. Hannani ni memang kuat sangat mengutip tau tak macam abang dia masa baby dulu. Huhu.


Semoga baby girl Cikgu Faiz ni cepat sihat dan kembali aktif seperti sediakala. Hari ni abang Faqih takde geng bergaduh sebab Hannani tak sihat. Huhu. Harap anda semua pon akan turut mendoakan Hannani supaya cepat sembuh. Risau bila anak tak sihat.


Ketika entri ini ditaip, Hannani sudah tidur setelah muntah :(


Yang menaip,

Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 13 November 2014



Sekitar 2 juta orang dilaporkan meninggal akibat malaria setiap tahun. Sebab utamanya adalah peningkatan jumlah nyamuk akibat pemanasan global dan kemusnahan alam semula jadi. Pembiakan nyamuk semakin meningkat dan jangka hayat nyamuk semakin panjang disebabkan keadaan persekitaran semakin kondusif untuk hidup. Dengan kes-kes denggi semakin meningkat di negara ini, ia adalah penting untuk melindungi diri dan anak anda daripada nyamuk aedes. Untuk tidak terus merosakkan alam semulajadi melalui penggunaan pelbagai jenis racun serangga dengan kandungan bahan kimia di samping mengekalkan keberkesanannya menghalau gigitan nyamuk, satu produk baru Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang inovatif telah dihasilkan di Korea dan kini boleh didapati di Malaysia dan boleh dibeli secara talian (online) di << SINI >>.

Syarikat X Cube Enterprise adalah sebuah syarikat yang diberi kuasa oleh Syarikat Bugslock di Korea Selatan untuk mengedar Bugslock - gelang penghalau nyamuk di Malaysia. Bugslock yang dijual oleh syarikat X Cube Enterprise adalah 100% original yang diimport dari Korea Selatan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web www.malaysiabugslock.com

Bugslock - gelang penghalau nyamuk menghalau nyamuk dengan aroma semula jadi 100% citronella oil (serai wangi). Ia adalah produk yang kreatif dan dalam bentuk gelang, yang menghalang nyamuk dari menghampiri dengan memakai di atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, Bugslock akan memancarkan aroma yang membuatkan serangga tidak boleh tahan dengan baunya. Rekabentuknya yang kecil dan mudah dibawa ke mana-mana danboleh digunakan pada bila-bila masa. Selain itu, ia adalah produk yang selamat, dan boleh juga digunakan oleh semua peringkat umur termasuk bayi kerana diperbuat daripada bahan-bahan bukan toksik.

Bahan-Bahan :-
  1. 100% semulajadi penting termasuk minyak lavender, dan lain-lain (30%)
  2. Lengai (70%)
  3. Berat Bersih (3g)

Jangka Masa Penggunaan :-
Bugslock boleh digunakan untuk masa terkumpul sehingga 240 jam, bukan 10 hari. Contohnya jika anda menggunakannya selama 10 jam, selepas 1 bulan, ia masih mempunyai baki 230 jam. Sila simpan kembali ke dalam pek asal selepas anda menggunakannya.

Bugslock boleh digunakan semasa :-
  • Berkebun
  • Makan angin
  • Aktiviti luar untuk ibu bapa dengan anak-anak
  • Sukan luar (outdoor) seperti memancing, mendaki, perkhemahan dan lain-lain
  • Aktiviti luar yang tidak melibatkan air

Di mana boleh dipakai :-
  • pergelangan kaki (dicadangkan untuk bayi)
  • pergelangan tangan
  • kerusi bayi

Ujian keselamatan bahan Bugslock - Gelang Penghalau Nyamuk


Perhatian :-
Berhati-hati dengan produk tiruan Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang dijual di pasaran. Walaupun harganya adalah lebih murah, tetapi ia tidak mendatangkan berkesan, malah berbahaya bagi anak anda kerana ia mungkin mengandungi bahan kimia. Manakala Bugslock - gelang penghalau nyamuk yang tulen mempunyai sijil oleh Korea Environment & Merchandise Testing Institute bagi membuktikan bahawa ianya tidak berbahaya dan telah didaftarkan di bawah  Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat.




Elakkan nyamuk mendekati bayi dan diri anda !
Elakkan Demam Denggi !
Mengandungi bahan semulajadi dan tiada risiko bahan kimia pada bayi anda.



WhatsApp & Line : 016 4858235



Sila nyatakan sebab anda perlukan Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk :

Antara sebab-sebab saya nak sangat Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk ni adalah kerana saya nak bagi anak saya pakai. Nyamuk banyak sangat dan anak saya sangat mudah digigit nyamuk. Mungkin sebab darah manis kot. Huhu. Risau juga kan sekarang ni masalah denggi semakin berleluasa jadi elok sangat la ada gelang ni. Sebab lain saya perlukan bugslock ni ialah saya pon ingin mencuba dan mengetahui keberkesanan gelang ni. Kalau berkesan nanti boleh la promote dekat kawan-kawan yang ada anak kecik tu. Hihi.



Giveaway Bugslock Gelang Penghalau Nyamuk Di Mialiana.com ini dianjurkan pada 11 hingga 14 November 2014 oleh blogger Mia Liana dengan kerjasama Malaysia Bugslock - Syarikat X Cube Enterprise dalam mencari 30 orang blogger. Kepada blogger yang berminat nak join, sila klik SINI. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


Yang menaip,

CPUV | Dutch Lady Friso Baby's



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 07 November 2014


Diam tak diam dah hari Jumaat. Cepat betul masa berlalu ada lagi dua minggu aje hari persekolahan dan dua minggu juga untuk selesaikan semua tugasan untuk tahun 2014 ini. Macam lipas kudung dibuatnya sekejap ke sana, sekejap ke sini. Huhu. Nasib baik ada ephyra dapat mengekalkan tenaga dan memberi kecerdasan badan. Heee.... promote kejap. Jangan marah.





Nampaknya Cikgu Faiz dapat CPUV lagi. Rezeki di saat dugaan yang melanda diri ini. Dapat dua CPUV yang sama datangnya dari Dutch Lady Friso Baby's. Ada 12 CPUV yang sedang berlegar-legar di blog ini. Terima kasih yang tak terhingga kepada Nuffnang, pengiklan dan para pengunjung blog Cikgu Faiz ni. Tak lupa juga kepada mereka yang sudi komen entri dan klik apa-apa yang patut di sini. Maaf sekiranya Cikgu Faiz tidak membalas kunjungan anda. Itu tidak bermakna Cikgu Faiz sombong cuma kekangan masa dan keadaan yang tidak mengizinkan. InsyaAllah cuti sekolah nanti Cikgu Faiz akan kembali aktif. Terima kasih di atas sokongan anda.


Comelnya dia ..... ---> TENGOK SINI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...