4
Orang Memberi Komen

Tak Dapat Nak Follow



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ini selesai sudah aktiviti sukaneka untuk murid-murid Prasekolah. Lega sikit rasanya. Esok ada sesi bergambar pulak. Harap-harap semuanya akan berjalan lancar. Bila dah lama tak berblog ni rasanya ada je yang tak kena. Entah la. Tadi Cikgu Faiz nak la follow blog kawan-kawan yang dah bersusah payah follow blog Cikgu Faiz ni, tapi tak tahu la kenapa keluar seperti gambar di bawah ni.




Cikgu Faiz pon tak faham dan tak tahu nak klik apa. Huhu. Ada sesiapa yang boleh tolong tak?


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

5
Orang Memberi Komen

Kembali Beroperasi



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Errr... agak kekok untuk menaip sebab dah lama sangat tak menaip panjang-panjang ni. Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi kerana baru sekarang Cikgu Faiz berkesempatan untuk kembali bercerita di laman sesawang ni. Maaflah jika bahasa yang digunakan agak skema. Agak-agak ada tak yang masih mengingati akan diri ini setelah hampir empat bulan tidak mengaktifkan diri di dunia maya... Bukan sahaja blog ini yang terbiar, malah semua laman sosial yang pernah Cikgu Faiz aktif empat bulan yang lalu turut terbiar sepi. Cuma lewat kebelakangan ini Cikgu Faiz ada juga menjenguk sekejap laman facebook tapi terasa begitu membosankan! Ya, laman sosial sekarang ini betul-betul menjadikan Cikgu Faiz berasa teramatlah bosan. Nak tengok laptop pon dah tak sudi apatah lagi nak menghadap lama-lama macam selalu. Agaknya apa dah jadi dengan Cikgu Faiz ya? Hehe.


Walaubagaimanapun, Cikgu Faiz bersyukur sebab masih ada yang sudi membaca coretan dan bebelan Cikgu Faiz yang tak seberapa tu dan meninggalkan sedikit komen. Terima kasih!! Oleh kerana hari ini merupakan hari pertama Cikgu Faiz kembali mengaktifkan diri, rasanya nak berkongsi sedikit kegembiraan dengan korang semua. Hehe. Tengok je la print screen kat bawah tu ye ^ ^





Sepanjang empat bulan tak aktif ni rezeki dari Nuffnang tetap berjalan seperti biasa. Alhamdulillah, semuanya berkat pembaca-pembaca yang tak jemu-jemu bertandang ke blog ni walaupun tiada apa cerita terbaru pon yang Cikgu Faiz kongsikan dengan korang. Terima kasih kepada Nuffnang yang masih memberi kepercayaan terhadap blog ini. 


Sekian.


Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...