Langkah-Langkah Yang Boleh Diambil Bagi Mengelakkan Jangkitan HFMD



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 19 Ogos 2017



Picture by Google


Susulan daripada entri sebelum ini >Apakah Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut?<, guru dan pengasuh di tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah boleh mengambil langkah-langkah seperti di bawah bagi mengelakkan jangkitan HFMD di kalangan kanak-kanak.

1) Lakukan saringan kesihatan terhadap kanak-kanak di pintu masuk tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah.

2) Meningkatkan tahap kebersihan premis, selalu mempraktikkan aktiviti cucian tangan sebelum dan selepas menukar lampin atau memegang kanak-kanak terutamanya yang disyaki bersimptom.

3) Memastikan kanak-kanak mengamalkan amalan membasuh tangan yang betul dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir.

4) Tidak berkongsi barangan peribadi seperti pakaian, tuala, berus gigi, selimut, perkakas makanan dan minuman serta alat mainan.

5) Buang lampin (pampers) di tempat yang betul.

6) Bersihkan semua kelengkapan seperti kerusi dan meja termasuk barang permainan selepas setiap kali digunakan.



CADANGAN DAN TIPS UNTUK SARINGAN

1) Tetapkan satu tempat untuk melakukan pemeriksaan kepada semua kanak-kanak, sebaik-baiknya berdekatan dengan pintu pagar tadika / taska / pusat jagaan / prasekolah sebelum kanak-kanak masuk ke kelas.

2) Melakukan pemeriksaan kanak-kanak secara berasingan. Jangan biarkan kanak-kanak berkumpul. Untuk memastikan pemeriksaan berjalan lancar, guru / pengasuh boleh meminta kanak-kanak beratur dan lakukan pemeriksaan seorang demi seorang.

Pastikan anda mencuci tangan dengan air dan sabun :

--> Sebelum dan selepas selesai pemeriksaan ke atas semua kanak-kanak.
--> Selepas pemeriksaan setiap kanak-kanak terutama sekali sekiranya berlaku sentuhan (contohnya semasa mengambil suhu).

3) Gunakan sarung termometer yang baru (untuk digital termometer) atau pelapik prob telinga (untuk aural termometer) bagi setiap kanak-kanak yang diperiksa.

4) Anda juga boleh mengikuti tips seperti di bawah :

--> Mulakan pemeriksaan awal, sebaik-baiknya sebelum sesi bermula untuk mengelakkan 'overcrowding' semasa pemeriksaan dan mengurangkan masa yang digunakan untuk pemeriksaan.

--> Untuk kanak-kanak yang hadir ke taska / tadika / pusat jagaan / prasekolah lebih awal, lakukan pemeriksaan semasa kehadiran ibu bapa agar sekiranya kanak-kanak bergejala, anda boleh memaklumkan terus perkara tersebut kepada ibu bapa.

--> Sediakan jadual khusus untuk pekerja bagi aktiviti saringan dan pemeriksaan.



PEMERIKSAAN KHUSUS UNTUK HFMD

1) Ambil suhu badan kanak-kanak menggunakan termometer digital atau aural (telinga).

2) Periksa ulser di dalam mulut.

3) Periksa lepuh di bahagian tapak tangan dan belakang tapak tangan.

4) Periksa lepuh di bahagian tapak kaki.



APAKAH YANG PERLU ANDA LAKUKAN SEKIRANYA MENGESYAKI KANAK-KANAK DIJANGKITI HFMD?

1) Asingkan (isolate) kanak-kanak di dalam bilik isolasi / sudut khas daripada kanak-kanak lain.

2) Hubungi ibu bapa / penjaga kepada kanak-kanak.

3) Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga untuk membawa kanak-kanak yang dijangkiti ke klinik. Sekiranya diagnosis adalah bukan HFMD, pastikan surat pengesahan daripada doktor diperolehi dan diberikan kepada pihak sekolah / tadika.

4) Setelah kanak-kanak yang disyaki HFMD dibawa pulang, pastikan anda melakukan disinfeksi kepada alatan mainan atau perabot yang mungkin disentuh oleh kanak-kanak terbabit.

5) Sekiranya kanak-kanak disahkan menghidap HFMD, pastikan ibu bapa / penjaga tidak menghantar anak mereka ke sekolah / tadika / pusat asuhan sehingga tanda / gejala pulih. Pastikan kanak-kanak hanya tinggal di rumah dan tidak bergaul dengan adik beradik lain yang sihat.

6) Sentiasa bertindak tenang dan tidak menyebabkan panik kepada kanak-kanak yang dijangkiti, ibu bapa / penjaga serta kanak-kanak yang lain.



PERKARA YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN

1) Pastikan setiap kanak-kanak mengamalkan amalan membasuh tangan yang kerap dengan menggunakan sabun dan air yang mengalir terutamanya semasa :

--> semasa masuk ke sekolah
--> sebelum dan selepas makan
--> selepas waktu bermain
--> selepas menggunakan tandas

2) Sentiasa ingatkan kanak-kanak untuk menutup mulut dan hidung dengan tisu semasa batuk atau bersin.

3) Laporkan kepada Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran sekiranya terdapat mana-mana kanak-kanak yang disyaki menghidap HFMD atau lain-lain penyakit berjangkit.


Sumber : Unit Kawalan Penyakit Berjangkit, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Yang menaip,

2 comments:

Mimie said...

Perkongsian yg bagus supaya ibu bapa lebih alert

zlyn said...

penyakit ini kembali and baru je haritu anak buah kena

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...