Resepi | Agar-Agar Milo Oreo



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 17 September 2017


Petang semalam Cikgu Faiz cuba buat agar-agar lagi. Kali ni agar-agar milo oreo. Tengok resepi dekat facebook dan gambarnya memang nampak sedap sangat. Lepas tu mula la terbayang kalau la dapat makan sejuk-sejuk di hari yang panas ni mesti sedap. Huhu. Oleh sebab takut terlupa akan resepi ni Cikgu Faiz simpan di blog la senang. Hihi.




RESEPI AGAR-AGAR MILO OREO


Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali
4 mangkuk air
2 cawan gula
1 tin susu sejat
1 cawan milo
Biskut oreo yang dibuang inti di tengahnya


Cara memasak

Didihkan air bersama agar-agar tali. Kacau sampai agar-agar tu larut. Bila dah hampir larut, masukkan gula. Kacau lagi. Kemudian, masukkan susu sejat. Kacau sehingga agar-agar dan gula betul-betul larut dan mendidih. Sambil-sambil tu boleh la patah-patahkan biskut oreo.


Bila dah mendidih, tutup api. Bahagikan bahan-bahan yang dimasak tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian tu masukkan milo dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Kemudian bahagikan (yang ada milo) kepada 2 bahagian. Tuang lapisan pertama yang ada milo tu dalam loyang. Tunggu agar-agar sejuk dan keras sedikit. Sementera tu korang kena pastikan baki agar-agar yang dimasak tu tidak keras ye. Lapisan kedua, tuang agar-agar bersusu. Tunggu lapisan tersebut sejuk dan keras sedikit. Tak perlu lama-lama ye. Nak cepat boleh simpan dalam peti sejuk sekejap. Lapisan ketiga tuangkan kesemua baki agar-agar milo. Masukkan biskut oreo. Tunggu sejuk sekejap dan boleh simpan dalam peti sejuk.




Tara... Inilah hasilnya. Cikgu Faiz terlupa nak snap gambar agar-agar masa dalam loyang. Kalau korang tengok agar-agar Cikgu Faiz ni macam bercorak kan. Sebabnya agar-agar tu tak larut sepenuhnya ada nampak macam berketul tu kan. Kalau korang nak nampak cantik licin boleh tapis agar-agar tu ye supaya tak nampak berketul. Nampak tak lapisan tu? Di tengah-tengah tu agar-agar putih. Oh ya, kalau korang tak suka letak biskut oreo tu tak perlu letak pon takpe. Dia akan jadi agar-agar milo je nanti. Sedap jugak.


Okey la. Ada sikit penambahbaikan untuk agar-agar milo ni. Biasa la baru pertama kali buat. Sebelum ni agar-agar merah je. Hihi. Setakat ini sahaja perkongsian Cikgu Faiz kali ini. Jumpa lagi !


Yang menaip,

2 comments:

mamapp said...

Cantiknya kejadian.. mesti sedap ni

nashya (นิชคุณ) said...

Ya tuhan, sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeee . terliur kite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...