Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Resepi | Agar-Agar Milo Oreo



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 17 September 2017


Petang semalam Cikgu Faiz cuba buat agar-agar lagi. Kali ni agar-agar milo oreo. Tengok resepi dekat facebook dan gambarnya memang nampak sedap sangat. Lepas tu mula la terbayang kalau la dapat makan sejuk-sejuk di hari yang panas ni mesti sedap. Huhu. Oleh sebab takut terlupa akan resepi ni Cikgu Faiz simpan di blog la senang. Hihi.




RESEPI AGAR-AGAR MILO OREO


Bahan-bahan

1 paket agar-agar tali
4 mangkuk air
2 cawan gula
1 tin susu sejat
1 cawan milo
Biskut oreo yang dibuang inti di tengahnya


Cara memasak

Didihkan air bersama agar-agar tali. Kacau sampai agar-agar tu larut. Bila dah hampir larut, masukkan gula. Kacau lagi. Kemudian, masukkan susu sejat. Kacau sehingga agar-agar dan gula betul-betul larut dan mendidih. Sambil-sambil tu boleh la patah-patahkan biskut oreo.


Bila dah mendidih, tutup api. Bahagikan bahan-bahan yang dimasak tadi kepada dua bahagian. Satu bahagian tu masukkan milo dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul. Kemudian bahagikan (yang ada milo) kepada 2 bahagian. Tuang lapisan pertama yang ada milo tu dalam loyang. Tunggu agar-agar sejuk dan keras sedikit. Sementera tu korang kena pastikan baki agar-agar yang dimasak tu tidak keras ye. Lapisan kedua, tuang agar-agar bersusu. Tunggu lapisan tersebut sejuk dan keras sedikit. Tak perlu lama-lama ye. Nak cepat boleh simpan dalam peti sejuk sekejap. Lapisan ketiga tuangkan kesemua baki agar-agar milo. Masukkan biskut oreo. Tunggu sejuk sekejap dan boleh simpan dalam peti sejuk.




Tara... Inilah hasilnya. Cikgu Faiz terlupa nak snap gambar agar-agar masa dalam loyang. Kalau korang tengok agar-agar Cikgu Faiz ni macam bercorak kan. Sebabnya agar-agar tu tak larut sepenuhnya ada nampak macam berketul tu kan. Kalau korang nak nampak cantik licin boleh tapis agar-agar tu ye supaya tak nampak berketul. Nampak tak lapisan tu? Di tengah-tengah tu agar-agar putih. Oh ya, kalau korang tak suka letak biskut oreo tu tak perlu letak pon takpe. Dia akan jadi agar-agar milo je nanti. Sedap jugak.


Okey la. Ada sikit penambahbaikan untuk agar-agar milo ni. Biasa la baru pertama kali buat. Sebelum ni agar-agar merah je. Hihi. Setakat ini sahaja perkongsian Cikgu Faiz kali ini. Jumpa lagi !


Yang menaip,

Resepi Sambal Ikan Bilis Petai Cili Padi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 15 Ogos 2017


Cikgu Faiz jarang sangat berkongsi resepi dalam blog ni. Tapi hari ni terpanggil jugak untuk menaip resepi yang tersangatlah senang dan confirm makan bertambah-tambah. Resepinya adalah sambal ikan bilis petai cili padi. Kihkihkih. Musim petai sekarang ni bila buka facebook je mesti ada gambar petai. Hahaha.




Bahan-bahan :

Ikan bilis (agak-agak la nak berapa banyak)
Petai 3 papan (nak kurang pon boleh)
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Cili padi / merah ikut citarasa nak pedas mana
Garam
Minyak untuk menumis


Cara memasak :

1) Tumbuk bawang merah, bawang putih dan cili padi / merah. Jangan lupa tumbuk sekali dengan garam supaya rasa masin tu sebati semasa menumis. Garam tu agak-agak je la eh.

2) Goreng ikan bilis sampai garing. Angkat dan toskan.

3) Tumis bahan yang ditumbuk tadi sehingga naik bau. Kalau kurang masin boleh tambah garam lagi ikut citarasa korang.

4) Masukkan petai. Kacau dengan bahan tumis sekejap.

5) Tutup api. Masukkan ikan bilis yang dah digoreng tadi. Kacau rata. Dah siap. Mudah kan.




Sambal ikan bilis petai ni makan dengan nasi panas-panas memang sedap. Cikgu Faiz kalau takde lauk lain pon takpe kalau ada lauk ni. Hihi. Nasi tu pulak letak kicap. Memang terangkat la. Biasanya kalau masak lauk ni hanya Cikgu Faiz dan Encik Suami je yang makan. Hihi. Selamat memasak semua. Sekian.


Yang menaip,

Resepi Agar-Agar Mudah



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 29 Julai 2017


Hari yang panas sejak kebelakangan ni. Bila panas je mula la terbayang makanan yang sejuk-sejuk. Alangkah nikmatnya kan. Hihi. Rasanya mesti ramai yang pandai masak agar-agar kan? Agar-agar sangat sedap dimakan ketika sejuk lebih-lebih lagi waktu hari panas terik macam sekarang ni. Cikgu Faiz ni takde la pandai sangat masak tapi sejak kebelakangan ni suka masak makanan yang simple dan tak banyak kerenah. Salah satunya agar-agar. Hahaha.




Kalau nak tahu, seumur hidup Cikgu Faiz baru tiga kali masak agar-agar. Huhu. Teruk tak teruk la kan. Kali pertama masak tu agar-agar tak berapa menjadi sebab lembik. Buat tu pon sebab kat sekolah ada buat potluck. Segan jugak dengan akak-akak dekat sekolah masa tu. Huhu. Lama dah kisah agar-agar lembik tu. Abang Hakim kecik lagi masa tu tak pandai makan lagi. Masuk ni baru kali ketiga Cikgu Faiz masak agar-agar. Alhamdulillah tak lembik sebab ikut resepi yang mak bagi. Hahaha. Gambar atas tu Cikgu Faiz tambah nata de coco. Warna agar-agar di atas tak berapa merah kerana Cikgu Faiz guna pewarna botol essen tu je. Lepas ni nak try guna sirap ros pulak.


RESEPI AGAR-AGAR MUDAH

Bahan-bahan

~ Sepaket agar-agar tali
~ 4 mangkuk air (Cikgu Faiz sukat guna mangkuk oren dalam gambar tu. Isi penuh)
~ 2 cawan gula (Cikgu Faiz kurangkan sikit sebab manis. Cikgu Faiz tak suka manis sangat. Hihi)
~ 1 helai daun pandan (tak letak pon takpe)
~ Pewarna merah sirap



Cara memasak

Basuh agar-agar. Masuk dalam periuk yang berisi 4 mangkuk air tadi. Simpulkan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk. Kacau sampai mendidih dan agar-agar hancur. Masukkan gula dan kacau sampai sebati. Masukkan pewarna ikut citarasa nak pekat atau tak berapa pekat warnanya. Kacau lagi. Bila semuanya dah hancur dan sebati boleh la tuang ke dalam acuan atau loyang. Biarkan agar-agar sejuk dulu sebelum disimpan di dalam peti sejuk ye. Untuk sukatan ni dapat la dua loyang yang paling kecil tu. Puas jugak makan. Anak-anak suka sebab sejuk. Hihi. Selamat memasak.


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...