KDrama | Black



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 15 Disember 2017


Isnin baru-baru ni tamatlah sudah kdrama Black yang ditayangkan di viu. Waktu tayangan adalah masa yang sama ianya turut ditayangkan di Korea. Dekat Astro pon ada drama Black ni. Kalau korang peminat drama korea memang wajib tonton Black ni. Sebab apa? Meh baca sinopsis.




Black mengisahkan seorang gadis yang bernama Kang Ha Ram yang boleh melihat bayangan hitam pada seseorang. Sekiranya bayangan hitam itu muncul pada seseorang ianya menandakan bahawa orang itu akan mati. Huhu. Seram kan. Ha Ram juga boleh mengetahui bagaimana seseorang itu akan mati hanya dengan menyentuh bayangan hitam tersebut. Misteri bermula apabila Ha Ram bertemu semula dengan kawan lamanya iaitu Joon tanpa mengetahui yang sebenarnya Joon telah pun lama mati dan orang yang disangka Joon itu adalah Han Mo Gang iaitu adik angkat kepada Joon.


Han Mo Gang merupakan seorang detektif yang ingin menyiasat punca kematian abang angkatnya. Sebaik mendapat tahu perkara sebenar mengenai punca kematian, dengan tidak disangka-sangka Han Mo Gang telah ditembak di kepala lalu mati. Malaikat maut 444 mengambil kesempatan ini dengan memasuki badan dan menyamar sebagai Han Mo Gang. Sebaik memasuki badan Han Mo Gang, keadaan mula berubah. Han Mo Gang yang dikenali sebagai detektif yang lembik tiba-tiba bertukar watak. Fuhhh... memang segak habis la dengan sut hitam tu. Hihihi.


Kenapa agaknya malaikat maut 444 ni masuk ke dalam badan Han Mo Gang? Yang tu korang kena la tonton sendiri. Cikgu Faiz jamin yang korang mesti suka dengan drama 18 episod ni. Wataknya saling berkait-kait dan last sekali baru tahu cerita sebenar. Yang pasti juga, Cikgu Faiz sukakan watak Song Seung Heon yang memainkan watak Han Mo Gang. Dah lama minat dia ni start dari drama Autumn In My Heart, Time Slip Dr Jin dan drama Black ni.




Selain Song Seung Heon, drama fantasi thriller ini turut dilakonkan oleh pelakon Go Ara sebagai Kang Ha Ram, Kim Dong Joon sebagai Oh Man Soo dan Lee El sebagai Yoon Soo Wan. Ost dia pon best tau. Hihihi. Sekian dan selamat menonton.








Yang menaip,

3 comments:

Fatin Shahrizam said...

Dah tengok! tapi baru sampai episod 3. Hahaa, best tu best, tapi layan movie bila ada mood jea.

ezyra taharin said...

saya tengok drama ni sebab kan dongjun je hahah,, maklum la dia dari group kpop, tu yang tengok.. cikgu jangan lupa tengok bad guys juga ye.. syok ooo drama tu lawan lawan hahhahha

KarimahZulkafali said...

Wah, cikgu pun layan drama korea! Cayalah! :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...