Sambutan Hari Lahir Murid-Murid Prasekolah 2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 07 Disember 2017


Pada 17 November yang lalu Prasekolah SKPU telah mengadakan sambutan Hari Lahir sepanjang tahun untuk murid-murid Prasekolah sesi 2017. Beberapa hari sebelum hari kejadian, murid-murid telah dimaklumkan berkenaan majlis tersebut dan mereka dibenarkan untuk membawa makanan sampingan.



Dekorasi backdrop Cikgu Faiz buat simple je. Bunga kipas tu ppm yang buatkan. Belon ditiup oleh murid-murid prasekolah.





Haa.... bukan main bersemangat lagi murid-murid ni tolong ibu (ppm) meniup belon. Jangan meletup sudah.




Antara makanan yang dibawa oleh murid-murid. Makanan ringan tu memang tak elok untuk kesihatan tapi sambutan hari lahir ni hanya diadakan sekali setahun jadi takpe la kot langgar pantang sehari. Hihi. Kesemua makanan ringan tu Cikgu Faiz dan ppm bahagikan kepada semua murid yang hadir. Semua dapat seorang sikit.






Meriah betul kek hari tu. Dua biji kek daripada prasekolah, sebiji lagi disumbangkan oleh seorang murid.




Sehari sebelum hari kejadian, Cikgu Faiz gigih mencari party mask ni. Nasib baik ada kedai pemborong.





Hadiah hari lahir untuk semua murid.





Lagi lapan hadiah tu untuk murid-murid yang bakal memenangi pertandingan mewarna pada hari tersebut.



 

Sementara menunggu nasi ayam sampai, murid-murid mewarna dulu. Lapan orang yang mewarna dengan cantik akan dapat hadiah. Semua mewarna dengan penuh semangat.




Okey, makanan dah sampai. Kita makan dulu. Semuanya kena 'paksa' makan sampai habis sebelum dapat makan kek dan makanan-makanan yang lain. Dalam kepala masing-masing semua dah tak sabar nak makan kek dan jajan-jajan tu semua. Huhu.




Qabeel dan Hanania potong kek yang dibawa.





Murid-murid bergambar kenangan. Dua buah kelas bergabung meletup.




Giliran cikgu pula.





Ambik gambar lagi. Semua seronok dapat party mask ni. Perut pon dah kenyang.




Masa yang ditunggu telah tiba. Inilah senarai pemenang pertandingan mewarna untuk kelas Bestari. Lagi empat orang pemenang dari kelas Amanah.




Cikgu terharu dapat bunga haritu. Selain bunga cikgu dapat tudung dan bunga ala-ala kaca. Kalau korang nak tahu semua hadiah tu diberi oleh murid yang terlibat dengan kelas tambahan dan ada di antaranya memang selalu sangat kena marah dengan cikgu tetapi masih sudi nak bagi hadiah. Huhu. Semoga semua anak-anak murid cikgu dapat memanfaatkan ilmu yang telah dipelajari. Tahun depan semua dah masuk Tahun Satu. Cikgu doakan semua berjaya.


Yang menaip,

2 comments:

mamapp said...

Alolo comelnya anak.murid Cikgu faiz macam.cikgu dia juga

I am LZ said...

Suka tengok anak-anak comel ni, tertib dengan baju uniform purple yang cantik.. Nampak meriah & ceria di wajah mereka.. :-)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...