Ladap Di Pulau Langkawi



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 02 Disember 2017


Pada 25 hingga 27 November 2017 baru-baru ini, kelab staf SKPU telah mengadakan LADAP di Langkawi. Cikgu Faiz juga tidak ketinggalan untuk menyertai LADAP ini. Kami bertolak seawal 8.00 pagi dari KLIA2 dan sampai di Lapangan Terbang Langkawi lebih kurang sejam kemudian. Sebaik tiba, rombongan kami dibawa ke gudang kain batik dan tempat perusahaan gamat. Cikgu Faiz tak beli pon kain batik. Cuma beli minyak gamat, bedak resdung, sabun beras dan losyen buang lemak. Selesai urusan di kedua-dua tempat tersebut barulah kami di bawa ke tempat penginapan. Kami diberi masa sehingga jam 5 petang untuk berehat dan selepas itu akan bermulanya aktiviti untuk menjelajah di sekitar pulau lagenda ini.




Okey... lebih kurang pukul 5 petang semua berkumpul di lobi. Kami menaiki van untuk ke tempat aktiviti Island Hopping.



Aktiviti bermula.... kami dibawa menyusuri laut untuk ke Pulau Beras basah. Perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam. Sampai di Pulau Beras Basah semua memulakan aktiviti masing-masing iaitu berposing dan selfie. Hihi. Ingatkan mandi. Kuikuikui.



Cikgu Faiz memang tak nak mandi. Saje nak jalan-jalan ambil angin pantai dan bergambar. Suasana cantik sangat. Subhanallah... Laut yang membiru dan bersih. Pasir yang memutih dan halus.






Inilah group kami yang sporting dan happening semasa di Langkawi.


Tak lama kemudian, hujan rintik-rintik. Kami pon bergerak untuk ke destinasi seterusnya iaitu Pulau Dayang Bunting. Sambil-sambil tu dapat melihat burung-burung helang mencari makanan di tengah laut. Sampai di kawasan Pulau Dayang Bunting, hujan semakin lebat (takde la lebat sangat). Untuk naik ke Pulau Dayang Bunting, kami perlu mendaki lebih kurang 2 ribu anak tangga (minta maaf kalau salah sebab ingat-ingat lupa). Masa ni Cikgu Faiz tak naik pon sebab hujan dan takut tak sempat sampai sebelum pukul 7 petang. Tapi bila tengok gambar kawan-kawan yang dah berjaya sampai tu siap posing mandi manda lagi mulalah rasa menyesal. Huhuhu. Selesai aktiviti Island Hopping, kami dibawa pulang ke tempat penginapan. Sebelum masuk hotel, sempat juga singgah di pasar malam depan hotel. Cikgu Faiz beli nasi kandar yang katanya paling sedap di Langkawi. Harga sebungkus nasi kandar RM4 je dan boleh tahan banyak juga. Pelanggan tak putus-putus datang ke gerai nasi kandar tu jadi terpaksa la bersabar sementara mendapat pesanan. Minta maaf tiada gambar sebab dah lapar sangat terus lupa nak ambik gambar. Hahaha.


HARI KEDUA

Turun ke lobi seawal pukul 7 pagi untuk bersarapan dan selepas itu naik bas untuk ke aktiviti seterusnya iaitu Mangrove. Kami dibawa menyusuri hutan paya bakau dan terus menuju ke Gua Kelawar yang gelap gelita.








Sesudah itu... kami dibawa berjalan-jalan lagi di sekitar Kilim Geoforest Park. Di sini kami dapat melihat lagi aktiviti burung-burung helang di samping menyaksikan keindahan alam semulajadi. Kami dibawa hampir ke laut sempadan siam (sebab naik line siam kat hp. hihi). Lepas tu pergi pulak ke kawasan yang menempatkan ikan. Ada ikan pari, ikan buntal dan banyak lagi. Yang berani tu boleh la cuba bagi makan dekat ikan pari. Sebelum jam 2 petang kami sampai semula di hotel untuk merehatkan diri dan solat.


Kami meneruskan lagi aktiviti yang paling disukai kaum wanita. Apa lagi,.. shopping la. Hahaha. Mula-mula kami ke Idaman Suri. Tempat ini menjual pelbagai barangan pinggan mangkuk dan barangan lain. Kat sini Cikgu Faiz beli pisau dan fridge magnet aje. Selesai shopping di Idaman Suri, kami ke Haji Ismail Group tempat untuk shopping coklat. Sebelum tu dah shopping dekat pasaraya Billion tapi beli tak banyak. Dekat HIG ni baru topup lagi. Hihihi. Dah la Cikgu Faiz bawa beg sederhana je.






Ini hasil shopping di HIG. Harga lagi mahal dari pasaraya Billion. Beza harga lebih kurang RM1 lebih macam tu. Beli jugak la sebab dah malam terakhir di Langkawi nanti melepas pulak coklat-coklat ni. Huhu.



Yang ni pula hasil shopping di pasaraya Billion. Pasaraya ni takde la sesesak dekat HIG tu. Kedai coklatnya pon tak besar macam HIG. Kira HIG lagi banyak pilihan.


Okey, selesai shopping semua barulah sibuk mencari makanan. Huhu. Makanan dekat sini boleh tahan juga rasanya. Cikgu Faiz order nasi goreng ikan masin dengan telur mata. Memang banyak nasi dia. Betul-betul kenyang. Sekali lagi mohon maaf tiada gambar sebab dah lapar sangat. Lepas makan baru pulang ke hotel. Sampai hotel bersihkan diri dan solat lepas tu sibuk pulak mengemas bagasi. Mau taknya barang semakin bertambah. Nasib baik la muat semua coklat-coklat tu. Dah siap kemas baru tido.


HARI KETIGA

Turun ke lobi seawal jam 7 pagi untuk bersarapan seterusnya check out hotel. Selesai semuanya, kami menaiki bas untuk ke Sky Cab Langkawi. Alhamdulillah cuaca sangat cantik jadi boleh la naik kereta kabel yang tercuram ni.



Turun dari Sky Cab kelam kabut mencari beg tambahan. Tak muat dah bagasi Cikgu Faiz tu sebab penuh dengan coklat. Huhuhu.



Seram jugak walaupun Cikgu Faiz ni bukanlah dikategorikan individu yang gayat.





Okey dah dapat beg. Harga RM29.90. Selamat dapat beg. Pergi 2 beg. Balik 3 beg.




Singgah di 3D Art Langkawi. Oh ya, Sky Cab ni pakej di naik kereta kabel dan masuk muzium 3D ni skali. Harga dewasa RM40. Haritu memang ramai sangat orang jadinya tak masuk.




Ambik gambar dekat sini je. Itu pon beratur yang nak ambik gambar. Huhuhu. Hari cuti la katakan. Sementara menunggu kawan-kawan tu Cikgu Faiz sempat juga kemas beg galas yang dah sendat tu. Macam-macam ada.



Akhir sekali, kami dibawa ke Kota Mahsuri dan di sinilah tempat bersemadinya Mahsuri yang dibunuh akibat rasa cemburu dan tidak puasa hati.




Berposing di Telaga Mahsuri. Sejuk je air telaga ni. Dah la hari boleh tahan panas jugak masa ni.




Bergambar kenangan di tapak rumah Mahsuri. Selesai aktiviti berjalan-jalan.... Kami dibawa makan tengahari pula dan lepas tu terus bergerak ke Lapangan Terbang Langkawi.





Sementara menunggu waktu untuk berlepas sempat juga la mengisi perut di Marrybrown. Lapar saje. Malam barulah kami sampai semula ke KL. Sedih juga nak tinggalkan Langkawi sebab ada tempat yang tak sempat nak jelajah. Ada rezeki boleh ke Langkawi lagi In Sha Allah. Sekian sahaja coretan dari Cikgu Faiz. Jumpa lagi. Tata.


Yang menaip,

3 comments:

hibaten said...

di malaysia ada pulau beras basah? di kota saya juga ada loh :) salam kenal ya dari Indonesia.. :)

Qaseh Dalia said...

Wishlist yang tak dapat nak g lagi heheh bestnyaa

ray said...

i've never been to langkawiiiii

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...