Showing posts with label go ara. Show all posts
Showing posts with label go ara. Show all posts

KDrama | Hwarang: The Poet Warrior Youth



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 29 Disember 2018




Anyonghaseyoooo.... Lama giler blog ni tidak dikemaskini. Tak tahu la kenapa lemau sangat. Cerita banyak tapi semacam ada yang menghalang. Biasa la penyakit M kan. Hahaha. Tak nak membebel panjang, Cikgu Faiz terus straight to the point. Entri kali ini akan berkisar tentang drama korea yang dah lama habis ditonton berbulan yang lalu. Hwarang. Siapa dah tengok drama ni sila angkat keyboard! Haaa.. best tak drama ni? Drama korea jarang-jarang sangat tak best. Jalan cerita tak seperti drama melayu. Uppssss... Hihihi.


Cikgu Faiz mula terjebak dengan drama ni selepas tertonton satu episod. Masa tu drama ni ditayangkan di tv8. Lepas tu terus sambung tonton di VIU. Dalam tv pon Cikgu Faiz tengok jugak. Hahaha. Best cerita ni. Drama 20 episod ini membariskan pelakon-pelakon kacak dan heroin yang cantik. Sebelum Cikgu Faiz cerita tentang sinopsis drama ini apa kata kita cuci mata dulu sambil berkenalan dengan oppa yang hensem ni.



Park Seo Joon sebagai Moo Myung / Kim Sun Woo / Si Anjing Burung


Seorang pemuda biasa yang menjadi lagenda Hwarang. Dia menggunakan identiti kawan baiknya, Kim Sun Woo seterusnya menjadi abang kandung kepada Ah Ro selepas kawan baiknya dibunuh oleh general permaisuri Silla.



Go Ara sebagai Kim Ah Ro

Gadis berdarah kacukan separa bangsawan yang periang, berterus-terang dan mempunyai personaliti yang menarik. Ah Ro melakukan beberapa kerja untuk menyara dirinya dan keluarga. Dia juga menjadi doktor perubatan di akademi Hwarang. Seorang yang senang berkawan dan mula jatuh cinta dengan Sun Woo yang menyamar sebagai abang kandungnya.



Park Hyung Sik sebagai Sam Maekjong / Kim Ji Dwi / Raja Jinheung


Merupakan seorang raja yang tidak dikenali. Sam Maekjong kembali ke Silla untuk mendapatkan haknya sebagai seorang raja. Dia menyamar dengan menggunakan nama Kim Ji Dwi dan diserap masuk ke akademi Hwarang. Tiada sesiapa yang tahu akan identitinya melainkan permaisuri, general dan Ah Ro.



Choi Min Ho sebagai Kim Soo Ho


Pemuda bangsawan berketurunan Jin Gol yang kaki perempuan. Mula jatuh cinta pandang pertama dengan permaisuri Silla. 



Do Ji Han sebagai Park Ban Ryu


Pemuda bangsawan berdarah Jin Gol yang telah dipolitikkan oleh ayah angkatnya (Park Young Shil) dan ayah kandungnya (Park Ho). Merupakan musuh ketat Kim Soo Ho. Ban Ryu masuk ke akademi Hwarang atas desakan kedua ayahnya. Dia jatuh cinta dengan adik perempuan musuhnya iaitu Soo Yeon.



Jo Yoon Woo sebagai Kim Yeo Wool


Seorang pemuda yang gemar berdandan melebihi kaum wanita. Seorang pemuda cantik yang penuh misteri. Juga berdarah Jin Gol akan tetapi identiti bapanya tidak dapat dikenalpasti. Tidak berminat untuk merebut takhta raja Silla.



Kim Tae Hyung sebagai Suk Han Sung


Hwarang termuda yang baik dengan semua orang. Berdarah Jin Gol dan mempunyai seorang abang, Dan Sae yang berdarah kacukan separa bangsawan. Dia menganggap Sun Woo seperti abangnya sendiri. Han Sung terbunuh ketika menyelamatkan Sun Woo dari terkena tikaman pedang milik abangnya.



Seo Ye Ji sebagai Puteri Sook Myung


Adik perempuan Sam Maekjong dan juga merupakan calon isteri abangnya. Puteri Sook Myung tertarik dengan Kim Sun Woo. Dia diperintahkan oleh permaisuri untuk menjaga akademi Hwarang.



Kim Ji Soo sebagai Permaisuri Ji So


Bonda kepada Sam Maekjong dan Puteri Sook Myung yang menjadi pemerintah Silla bagi menggantikan anaknya Sam Maekjong yang disembunyikan sejak kematian raja sebelas tahun yang lalu. Permaisuri Ji So bertanggungjawab dengan penubuhan akademi Hwarang.



HWARANG: THE POET WARRIOR YOUTH




Permaisuri Ji So telah memerintah kerajaan Silla sejak Raja Beopheung mangkat ketika peperangan sebelas tahun yang lalu. Permaisuri telah memerintahkan seorang general untuk membawa puteranya, Sam Maekjong lari bersembunyi di luar ibu kota untuk mengelakkan ditangkap oleh musuh. Setelah dewasa, Sam Maekjong kembali semula ke Silla untuk menuntut haknya sebagai seorang raja. Ramai di kalangan bangsawan yang ingin merebut takhta Silla.


Untuk mengelakkan takhta dirampas, permaisuri telah menubuhkan satu pasukan Hwarang yang terdiri daripada anak-anak muda daripada golongan bangsawan. Sementara itu, Sam Maekjong turut menyertai pasukan Hwarang untuk bergaul dengan pemuda-pemuda tersebut. Dia menggunakan identiti baru iaitu Kim Ji Dwi. Ji Dwi berkawan rapat dengan Si Anjing Burung yang menggunakan identiti Kim Sun Woo. Sun Woo menyertai akademi Hwarang untuk mencari raja yang disangka telah membunuh kawan baiknya semenjak kecil.


Kim Ji Dwi menyukai Ah Ro. Tetapi Ah Ro sukakan Kim Sun Woo. Maka terjadilah cinta tiga segi. Sun Woo telah berjanji kepada kawan baiknya yang dikenali dengan nama Mak Moon untuk menjaga adik perempuannya Ah Ro.


Penat menaip. Nak tahu lebih lanjut tentang drama ni anda boleh la tonton sendiri ye. Serius drama ni memang best. Cikgu Faiz bagi 5 bintang. Lagu-lagu dia pon best. Mesti mata tak berkelip tengok oppa oppa hensem dalam Hwarang. Hihihi. Tunggu next entri Cikgu Faiz tentang drama korea lain pulak. Jumpa lagi.


Yang menaip,

KDrama | Black



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 15 Disember 2017


Isnin baru-baru ni tamatlah sudah kdrama Black yang ditayangkan di viu. Waktu tayangan adalah masa yang sama ianya turut ditayangkan di Korea. Dekat Astro pon ada drama Black ni. Kalau korang peminat drama korea memang wajib tonton Black ni. Sebab apa? Meh baca sinopsis.




Black mengisahkan seorang gadis yang bernama Kang Ha Ram yang boleh melihat bayangan hitam pada seseorang. Sekiranya bayangan hitam itu muncul pada seseorang ianya menandakan bahawa orang itu akan mati. Huhu. Seram kan. Ha Ram juga boleh mengetahui bagaimana seseorang itu akan mati hanya dengan menyentuh bayangan hitam tersebut. Misteri bermula apabila Ha Ram bertemu semula dengan kawan lamanya iaitu Joon tanpa mengetahui yang sebenarnya Joon telah pun lama mati dan orang yang disangka Joon itu adalah Han Mo Gang iaitu adik angkat kepada Joon.


Han Mo Gang merupakan seorang detektif yang ingin menyiasat punca kematian abang angkatnya. Sebaik mendapat tahu perkara sebenar mengenai punca kematian, dengan tidak disangka-sangka Han Mo Gang telah ditembak di kepala lalu mati. Malaikat maut 444 mengambil kesempatan ini dengan memasuki badan dan menyamar sebagai Han Mo Gang. Sebaik memasuki badan Han Mo Gang, keadaan mula berubah. Han Mo Gang yang dikenali sebagai detektif yang lembik tiba-tiba bertukar watak. Fuhhh... memang segak habis la dengan sut hitam tu. Hihihi.


Kenapa agaknya malaikat maut 444 ni masuk ke dalam badan Han Mo Gang? Yang tu korang kena la tonton sendiri. Cikgu Faiz jamin yang korang mesti suka dengan drama 18 episod ni. Wataknya saling berkait-kait dan last sekali baru tahu cerita sebenar. Yang pasti juga, Cikgu Faiz sukakan watak Song Seung Heon yang memainkan watak Han Mo Gang. Dah lama minat dia ni start dari drama Autumn In My Heart, Time Slip Dr Jin dan drama Black ni.




Selain Song Seung Heon, drama fantasi thriller ini turut dilakonkan oleh pelakon Go Ara sebagai Kang Ha Ram, Kim Dong Joon sebagai Oh Man Soo dan Lee El sebagai Yoon Soo Wan. Ost dia pon best tau. Hihihi. Sekian dan selamat menonton.








Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...