KDrama | Suspicious Partner | Love In Trouble



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 12 Julai 2019




Lama betul tak bersiaran. Kali ni Cikgu Faiz nak share satu drama korea yang Cikgu Faiz dah habis tonton beberapa bulan yang lepas. Macam biasa, drama ni pernah ditayangkan di saluran NTV7 dan mempunyai 40 episod. Drama ini bergenre komedi romantik dan penyiasatan.


Drama berjudul Suspicious Partner atau Love In Trouble membariskan empat tunjang utama iaitu Ji Chang Wook, Nam Ji Hyun, Choi Tae Joon dan Kwon Nara. Drama ini berkisar tentang Noh Ji Wook yang pada awalnya merupakan seorang pendakwaraya. Dia bekerjasama dengan Eun Bong Hee yang merupakan seorang pelatih demi menyelesaikan kes-kes misteri pembunuhan. 


Ji Chang Wook sebagai Noh Ji Wook



Tidak lama kemudian, Eun Bong Hee disabitkan kesalahan iaitu membunuh teman lelakinya. Lebih menguatkan dakwaan itu, teman lelakinya dibunuh di rumah Bong Hee sendiri. Eun Bong Hee meminta pertolongan Noh Ji Wook supaya tidak mendakwanya atas kesalahan tersebut tetapi tiada bukti lain yang menunjukkan bahawa Eun Bong Hee tidak bersalah.



Nam Ji Hyun sebagai Eun Bong Hee



Eun Bong Hee tidak jadi didakwa dan Noh Ji Wook telah diberhentikan kerja daripada menjadi pendakwaraya. Noh Ji Wook kemudiannya telah membuka sebuah firma guaman. Dia bersama tiga lagi rakannya bersama-sama memajukan firma itu dengan menyelesaikan kes-kes semasa. Tidak lama kemudian, Eun Bong Hee turut menyertai firma guaman tersebut. Dalam pada itu, secara senyap-senyap mereka turut menyiasat misteri kes pembunuhan teman lelaki Eun Bong Hee.



Choi Tae Joon sebagai Ji Eun Hyuk



Misteri mula terungkai sedikit demi sedikit dan mereka mula mengesyaki Jung Hyun So sebagai suspek pembunuhan teman lelaki Eun Bong Hee. Kelicikan Jung Hyun So dalam mengaburi mata pihak polis menyukarkan mereka untuk memberkas pesalah sebenar. Dalam pada itu, Noh Ji Wook sering bermimpi suasana ketika kebakaran di rumahnya sewaktu dia masih kanak-kanak. Kedua ibu bapanya telah terbunuh dalam kebakaran tersebut dan dia masih mencari lelaki yang menyebabkan kebakaran tersebut.



Kwon Nara sebagai Cha Yoo Jung


Terdapat banyak elemen misteri dalam drama ini dan akan membuatkan penonton berfikir dan tertanya-tanya apa sebenarnya yang terjadi. Biasa la drama korea ni bukan berkisar tentang cinta semata-mata. Kepada yang berminat dengan drama misteri macam ni korang boleh la tonton secara online. Salah satunya di aplikasi VIU. Jumpa lagi di entri akan datang. Sekian.


*** gambar ehsan GOOGLE


Yang menaip,
Cikgu Faiz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...