Showing posts with label memey suhaiza. Show all posts
Showing posts with label memey suhaiza. Show all posts

Ephyra Gala Dinner 2015



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selasa . 18 Ogos 2015


Jumaat malam hari tu bersamaan dengan 14 Ogos 2015, Cikgu Faiz berpeluang untuk ke majlis Ephyra Gala Dinner yang diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Majlis makan malam tersebut diadakan khas untuk semua stokis dan dealer Ephyra yang terpilih di samping hari pelancaran untuk tiga produk terbaru di bawah naungan syarikat Oceanlife Marketing. Cikgu Faiz takde la tangkap banyak sangat gambar tapi boleh la kan buat tatapan korang semua apa yang berlaku di sepanjang majlis tersebut.



Gambar pertama sesampainya di sana. Huhuhu.




Inilah suasana di dalam Dewan Tun Dr Ismail, PWTC pada malam tersebut. Cikgu Faiz duduk di bahagian hadapan pentas utama serta bersebelahan dengan meja bos dan juga duta Ephyra. Tak sangka jugak sebenarnya dapat meja depan sekali. Huhu.



Sementara menunggu majlis bermula, Cikgu Faiz mengambil kesempatan untuk merakamkan beberapa keping gambar. Gambar atas ni cupcake tema Ephyra. Oh ya, kebanyakan warna-warna di dalam dewan adalah warna biru sepadan dengan warna tema Ephyra tu.



Tu dia meja bos iaitu Puan Amiza selaku CEO, Encik Zafry selaku COO dan juga pasangan duta Ephyra. Masa ni Norman dan Memey belum masuk lagi.



Simbolik upacara Malam Dinner Ephyra sebelum perasmian tiga produk terbaru Ephyra.



Yang ditunggu-tunggu telah tiba. Mengumumkan ketibaan duta Ephyra, Norman Hakim dan Memey Suhaiza.





Pelancaran tiga buah tangan terbaru selepas minuman kolagen Ephyra iaitu Ephyra Skin Bar, Ephyra M2FLEX dan Ephyra Inteemor.



Ucapan daripada Norman Hakim selaku duta Ephyra.




Haaa.... nampak tak tu dekat je dengan meja duta. Hihihi.



Acara makan malam dimulakan dengan sajian menu di atas. Sampai tak larat la nak makan. Huhu.



Antara artis jemputan pada malam tersebut. Cikgu Faiz tak ingat nama dia ni tapi beliau merupakan peserta program nyanyian di RTM. Juara Bintang Pujaan kalau tak silap. Masa ni dia menyanyikan lagu Anuar Zain yang berjudul mungkin khas untuk Puan Amiza yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran. Sebijik macam suara Anuar Zain.





Nurul pon turut diundang untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu.



Sempat selfie dengan Encik Suami yang temankan Cikgu Faiz pada malam tu. Hikhik.



Dekat belakang tu penyanyi dan juga komposer yang pernah mencipta lagu untuk penyanyi Alyah. Cikgu Faiz ni memang tak berapa cam la kalau penyanyi baru ni sebab ramai sangat. Huhuhu. Sedap jugak suara dia ni.



Selfie kenangan dengan Memey Suhaiza sebelum balik. Huhuhu. Masa ni majlis dah pon berakhir.




Dengan Puan Amiza yang sangat baik. Terima kasih kerana memberi peluang kepada Cikgu Faiz untuk bersama-sama di dalam keluarga Ephyra. Tak lupa juga terima kasih kepada Encik Zafry yang bersusah payah mengundang Cikgu Faiz ke majlis ini dan memberikan satu lagi seat untuk Encik Suami. Huhu. Tak sempat nak bergambar dengan beliau sebab beliau sangat ramai peminat. Huhuhu.



Pada malam tersebut juga semua yang hadir mendapat goodie bag yang mengandungi produk-produk terbaru Ephyra yang baru sahaja dilancarkan pada hari tersebut. Salah satunya ialah M2FLEX ni. Ini dan sah-sah Encik Suami yang kena minum. Huhuhu.




Inteemor ni baru untuk Cikgu Faiz. Ini merupakan minuman untuk kesihatan dalaman wanita. Rasanya? Nanti Cikgu Faiz cerita ye, di lain entri. Hihihi. Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang Cikgu Faiz tak sempat nak rakamkan. Antaranya acara karaoke Puan Amiza dan Encik Zafry yang teruk dikenakan oleh Nurul. Huhuhu. Selain itu ada juga acara cabutan bertuah dan anugerah untuk para stokis. Artis lain yang hadir membuat persembahan ialah Puteri dari Idola Kecil dan juga pengacara yang paling hot pada malam itu iaitu Dee Jangan Ketawa. Cikgu Faiz tak sanggup nak ambik gambar dia sebab seksi sangat. Huhuhu.


Keseluruhannya majlis pada malam tersebut sangat meriah dan berbaloi walaupun Cikgu Faiz tak menang cabutan bertuah. Biasanya Cikgu Faiz ni kalau bab-bab cabutan macam ni memang susah nak bertuahnya. Huhuhu. Sekian.


Untuk pengguna hotlink >>> SINI


Yang menaip,

Bersama Duta Ephyra di Karnival Jom Heboh



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 30 Mei 2014


Bersantai di hari cuti. Hihi. Nikmatnya dapat merehatkan diri. Sekarang ada di rumah mertua dulu. Minggu depan baru pulang ke kampung halaman Cikgu Faiz pulak. Tak sabar betul rasanya. 


Sabtu lepas Cikgu Faiz pergi ke Karnival Jom Heboh di Putrajaya semata-mata nak beli Ephyra. Hihi. Entri tu kat SINI. Agaknya memang dah rezeki kan, dapat pulak berjumpa dengan duta ephyra iaitu Memey Suhaiza. Heh, mulanya Cikgu Faiz langsung tak perasankan Memey almaklum la tengah sibuk dengan ephyra. Hikhik. Sampai la Encik Suami yang bagitau terus suruh Cikgu Faiz ambik gambar dengan Memey. Huhuhu.




Masa tu Memey tengah bersembang dengan seseorang. Tak pasti pulak siapa tapi macam CEO ephyra je. Itu pun baru terfikir masa dalam kereta. Aish... rugi tak dapat bergambar dengan kak Amiza Ephyra tu. Hihi. 




Memey langsung tak sombong. Bila dia nampak Cikgu Faiz je terus datang dekat dan bergambar. Huhu. Senyuman tak lekang dari bibirnya. Kita yang tengok ni pon sejuk je hati. Takut jugak kot kot artis ni sombong ke apa kan. Bukan main tinggi lagi Memey ni. Nampak sangat Cikgu Faiz ni kemetot. Huhu. Cantik sangat Memey. Comel. Sempat pulak Memey bersoal jawab dengan Cikgu Faiz tentang baju yang dipakai sama dengan abang Hakim. Hihi. Siap tanya beli dekat mana. Hihi.


Tapi agak frust sebab tak dapat bergambar dengan Awish yang comel tu. Hihi. Bila nak balik tetibe je Awish muncul. Huhu. Encik Suami suruh bergambar dengan Norman Hakim tapi Cikgu Faiz pulak yang segan. Hihi. Terima kasih la Encik Suami sebab sudi melayan kerenah isteri yang macam macam ni. Huhuhu.


Sekarang ni Encik Suami pon dah mula terjebak dengan ephyra. Hihi. Hari ni masuk hari ke-2 minum ephyra. Heh, lepas 10 hari nanti nak tahu keberkesanan ephyra pada Encik Suami. Nantikan testimoninya ye. Kepada yang baru nak mencuba ephyra tu boleh whatsapp Cikgu Faiz di talian 0129771902. Ephyra ada dalam bentuk pek percubaan (10 sachets) dan premium pek (30 sachets). Harga semestinya lebih murah berbanding harga di pasaran.


Sekian.


Jom selfie dan menang hadiah --> SINI


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...