Secret Admire part 1

Assalamualaikum.... Slamat siang semua.

Hari ni dah masuk hari ke 5 mulut aku sakit. Dah makin kurang tapi tetap sakit. Begitu jugak sakit hati aku yang masih terasa hingga ke hari ini. Baiklah, aku bukan nak bercerita tentang sakit hati. Tapi nak mengimbas kembali detik2 ketika aku mempunyai 'secret admire' aka 'peminat rahsia' di zaman persekolahan.

Mamat 1 :: Masa kat sekolah rendah aku masih budak hingusan lagi. Takde 'secret admire' pon. Tapi masuk je sekolah menengah ada la dua orang makhluk ni yg minat kat aku. Kalau tak silap masa tu aku form 3. Ada sorang budak ni suke sangat la kacau2 aku masa kat dalam kelas. Bila aku dan geng aku bersembang mula la dia nak menyibuk. Pastu pandang2 aku dan tersengih2 mcm kerang busuk. Budak tu tinggi mcm galah. Aku pulak ala2 rendang tak berbuah. Hahaha.

Nak dijadikan cerita, pd satu hari tu aku bwk gambar aku utk ditunjukkan kpd kawan aku. Tup2 budak tu amik album gambar tu dan bwk lari ke blakang kelas. Dia tgk satu2 gambar tu. Pastu dia amik satu gambar aku yg tgh berposing sakan pastu kan dia pegi lap gambar tu kat muka die. Eeeeiiiii yerrrkkkss..... !!! Terjerit aku tgk aksi terlampau bdk tu. Adoiii.. Geram gila waktu tu.

Masih tak berpuas hati lagi, masa sume pelajar dibenarkan balik aku pon turun la nak pegi bus stop. Belum pun aku sempat keluar dari pintu pagar sekolah dia tahan aku. Masa kena tahan tu dia pegang beg aku. Lalu berlakulah adengan tarik menarik beg. Aku taknak lepaskan beg aku. Dia pon sama. Pastu dari jauh aku nampak bas yg aku selalu naik sudah berlalu pergi. Aku hanya memandang bas itu berlalu pergi. Nak tunggu bas lain lagi setengah jam pulak. Pastu dia senyum2 dan lepaskan beg aku. Geram betul la. Nasib baik ada kawan aku yg tak naik bas tu.

Ni dalam kelas pulak. Aku tgh duduk atas kerusi sambil jongket2 kerusi pastu dia dtg dan tarik kerusi aku ke blakang. Nyaris2 aku aku terjatuh. Jahat gile dia. Tapi aku tak jatuh sbb dia tahan kerusi tu. Hahaha. Saje nak menyakat aku. Dia tau aku akan marah tu sebab nak mengacau je keje.

Masa aku menduduki peperiksaan PMR pon dia masih nak kacau aku. Letih betul la. Tapi kali ni dah tak teruk cam slalu. Mungkin sebab mood exam kot. Huhu. Dia pernah ckp yg dia suka aku tapi aku tak percaya. Skrg dah lost contact dgn dia. Ntah keje apalah agaknya mamat tu. Masa form 4 dia dah tak skolah sama aku lagi. Dia tkr skolah teknik kalau tak silap. Lepas tu dah takde org yg dok kacau aku lagi. Huhu. Bila teringat balik aku tersenyum sendiri.

Mamat 2 :: Dia ni budak JB. Orangnya hitam manis. Dia dah beberapa kali kirim salam kat aku melalui budak hostel kelas aku. Aku jawab je la. Tapi dia ni pemalu skit. Masa aku bertembung dgn dia, dia mcm malu2 je aku tgk. Aku pn wat derk je la. Tapi dia ni takde la kacau2 aku mcm mamat no 1 td. Hahaha... Tak byk memori aku dgn dia sbb kami tak pernah bersembang pon. Sekadar berkirim salam je.

Selesai sudah cerita tentang 'secret admire' bahagian pertama. Nantikan sambungannya semasa aku bekerja slps menduduki peperiksaan SPM. Secret admire makin bertambah masa tu. Hihik :)

Ulser ulser ulser...

Assalamualaikum pembuka bicara...

Dah 3 hari aku menderita akibat ulser dalam mulut. Pedih giler la. Macam tu la pedihnya hati aku. Dua2 belah mulut aku kena ulser. Oh ! Tidak ! Susahnya nak makan. Kena kunyah pelan2, ala2 sopan gitu. Aku byk diam je dua tiga hari selepas kejadian tu. Hmmm.... Elok la tu. Rehatkan mulut skit.

Ulser mmg memeritkan. Nasib baik arini aku MC. Esok harap2 ok skit. Aku makan bubur nasi je + kicap + cili padi. Sedap jugak. Aku juga dah tak minum minuman sejuk lagi. Kalau tak beratus kali la aku buka peti sejuk kat umah ni.

Ada orang cakap ubat ulser mulut kena letak garam la, bonjela la. Tapi aku tak berani. Takut tak tahan sakit nanti. Aku minum air kosong sebanyak yang boleh. Harap2 cepat baik ulser aku ni. Ok la. Aku tengah masak bubur nasi ni. Kang kering lak bubur. Dadaaa.....


Aku benci, meluat

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirahim aku mulakan cerita...

Semalam adalah hari yg paling aku benci, meluat, marah, sebal dan lain-lain perasaan yg membuatkan aku marah giler2. Dah la semalam hari Sabtu dan sepatutnya hari cuti yg jarang dapat macam tu dia duduk di rumah temankan aku dan anak kami tapi jadi sebaliknya. Aku tak kisah dia nak pegi buat kerja kat skolah tapi melampau la petang baru balik. Mana tak angin aku semalam. Dia siap beli KFC tapi skit pon aku tak jamah. Aku benci sangat2. Kalau dah tau nak beli KFC baik aku tak payah masak. Wat penat badan aku je.

Aku malas nak cakap dengan dia, aku wat derk je. Sakit hati aku ni. Nampak sangat aku ni tak penting. Mungkin ada orang lain yang lebih penting bagi dia kot. Aku dah malas nak pikir. Lantak dia la nak wat apa pon. Apa yang aku buat macam tak dihargai. Aku penat2 masak dan suruh dia balik awal tapi dia wat bodoh je. Hancur hati aku.

Yang aku bertambah sakit hati tu dia kata takde duit tapi beli KFC ade plak duit. Nampak sgt kan.... Sudah la.. Buat la kalau rasa cara tu betul.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...