Secret Admire part 1

Assalamualaikum.... Slamat siang semua.

Hari ni dah masuk hari ke 5 mulut aku sakit. Dah makin kurang tapi tetap sakit. Begitu jugak sakit hati aku yang masih terasa hingga ke hari ini. Baiklah, aku bukan nak bercerita tentang sakit hati. Tapi nak mengimbas kembali detik2 ketika aku mempunyai 'secret admire' aka 'peminat rahsia' di zaman persekolahan.

Mamat 1 :: Masa kat sekolah rendah aku masih budak hingusan lagi. Takde 'secret admire' pon. Tapi masuk je sekolah menengah ada la dua orang makhluk ni yg minat kat aku. Kalau tak silap masa tu aku form 3. Ada sorang budak ni suke sangat la kacau2 aku masa kat dalam kelas. Bila aku dan geng aku bersembang mula la dia nak menyibuk. Pastu pandang2 aku dan tersengih2 mcm kerang busuk. Budak tu tinggi mcm galah. Aku pulak ala2 rendang tak berbuah. Hahaha.

Nak dijadikan cerita, pd satu hari tu aku bwk gambar aku utk ditunjukkan kpd kawan aku. Tup2 budak tu amik album gambar tu dan bwk lari ke blakang kelas. Dia tgk satu2 gambar tu. Pastu dia amik satu gambar aku yg tgh berposing sakan pastu kan dia pegi lap gambar tu kat muka die. Eeeeiiiii yerrrkkkss..... !!! Terjerit aku tgk aksi terlampau bdk tu. Adoiii.. Geram gila waktu tu.

Masih tak berpuas hati lagi, masa sume pelajar dibenarkan balik aku pon turun la nak pegi bus stop. Belum pun aku sempat keluar dari pintu pagar sekolah dia tahan aku. Masa kena tahan tu dia pegang beg aku. Lalu berlakulah adengan tarik menarik beg. Aku taknak lepaskan beg aku. Dia pon sama. Pastu dari jauh aku nampak bas yg aku selalu naik sudah berlalu pergi. Aku hanya memandang bas itu berlalu pergi. Nak tunggu bas lain lagi setengah jam pulak. Pastu dia senyum2 dan lepaskan beg aku. Geram betul la. Nasib baik ada kawan aku yg tak naik bas tu.

Ni dalam kelas pulak. Aku tgh duduk atas kerusi sambil jongket2 kerusi pastu dia dtg dan tarik kerusi aku ke blakang. Nyaris2 aku aku terjatuh. Jahat gile dia. Tapi aku tak jatuh sbb dia tahan kerusi tu. Hahaha. Saje nak menyakat aku. Dia tau aku akan marah tu sebab nak mengacau je keje.

Masa aku menduduki peperiksaan PMR pon dia masih nak kacau aku. Letih betul la. Tapi kali ni dah tak teruk cam slalu. Mungkin sebab mood exam kot. Huhu. Dia pernah ckp yg dia suka aku tapi aku tak percaya. Skrg dah lost contact dgn dia. Ntah keje apalah agaknya mamat tu. Masa form 4 dia dah tak skolah sama aku lagi. Dia tkr skolah teknik kalau tak silap. Lepas tu dah takde org yg dok kacau aku lagi. Huhu. Bila teringat balik aku tersenyum sendiri.

Mamat 2 :: Dia ni budak JB. Orangnya hitam manis. Dia dah beberapa kali kirim salam kat aku melalui budak hostel kelas aku. Aku jawab je la. Tapi dia ni pemalu skit. Masa aku bertembung dgn dia, dia mcm malu2 je aku tgk. Aku pn wat derk je la. Tapi dia ni takde la kacau2 aku mcm mamat no 1 td. Hahaha... Tak byk memori aku dgn dia sbb kami tak pernah bersembang pon. Sekadar berkirim salam je.

Selesai sudah cerita tentang 'secret admire' bahagian pertama. Nantikan sambungannya semasa aku bekerja slps menduduki peperiksaan SPM. Secret admire makin bertambah masa tu. Hihik :)

2 comments:

Cik Jingga said...

rasanya kan maybe mamat yg ke-2 tu tak pernah bercinta boleh tngk dr segi dia malu gila bila jmpa akak.. untung sapa dpt dia ho... hahaha

Nurul Faiz Bikers said...

@Cik Jingga
haha.
InsyaAllah bertuah org tu.
mesti dia dah kawin pon sekarang ni :) akak doakan yang terbaik saja untuk dia :))

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...