Welcome Back !!





Ehem ehem... Bersua kembali. Rasa macam dah lama je tak beramah mesra dengan bloggers sekalian. Saya agak sibuk kebelakangan ni. Saya baru je selesai berpindah rumah. Alhamdulillah, berkat kesabaran kami akhirnya berjaya juga keluar dari kepompong rumah bertingkat-tingkat. Rumah kali ni pon bertingkat gak tapi takde la seperti rumah yang lama tu. Nak cari rumah teres setingkat memang susah sekarang ni. Zaman sekarang lebih banyak rumah bertingkat. Takpe la. Yang penting semuanya dah selamat. Barang-barang masih banyak yang belum dikemas lagi. Sikit-sikit lama-lama siap la tu. Lagipon cuti sekolah sudah bermula. Wah ! Seronok tak terkata nampaknya.



Malam ni saya nak bercerita je la. Rindu pulak nak menaip panjang-panjang. Hari ni sampai Ahad saya cuma tinggal berdua je dengan bayi kesayangan (dah besar nak panggil bayi lagi). Sebabnya suami kesayangan telah pergi menjalankan tugas untuk membawa anak-anak muridnya berkhemah di Dusun Eco Resort yang terletak di Bentong (kampung saya tu). Kalau la saya dapat cuti hari ni berkemungkinan besar saya sedang online di rumah ibu bapa tercinta. Tapi, nak buat macam mana. Cutiku tidak diluluskan. Agak hampa. Semoga suami kesayangan saya selamat di sana hendaknya. Saya dah rindu awak ni. Sobsob... :(



Hari Isnin dan Selasa minggu depan pula saya terlibat dengan pembahagian wang bantuan RM100 kepada murid-murid Tahun 1-6. Rupa-rupanya saya belum bercuti lagi. Apa nak buat. Terpaksa la menurut perintah. Kalau tak nanti ada yang mengamuk. Huhu. Apa-apa pun, tahniah buat semua pelajar yang mendapat wang bantuan tersebut. Pandai-pandai la laburkan wang tersebut ke arah jalan yang betul. Ibu bapa pon jangan la mengambil kesempatan pulak ye. Wang itu hak anak, bukan hak anda. Jadi beringatlah.





Akhir sekali, tahniah diucapkan kepada semua pelajar yang berjaya menggenggam 5A di dalam tangan. Tidak sia-sia usaha anda selama ini. Bagi yang tidak berjaya tu tidak mengapa. Masih ada banyak peluang untuk anda tunjukkan kepada masyarakat bahawa anda juga setanding dengan mereka-mereka yang berjaya. Yang penting, jangan berhenti berusaha.

4 comments:

cinta siswi said...

cikgu..
siswi pun xleh blik kg lg..uuuu..
kena tggu MUET.. sedih!! :"(

Dingdang said...

@cinta siswi
hihi. jgn sedih2 tau.
good luck !!

tnZackJ said...

nak tolong kemas rumah la...

Dingdang said...

@tnZackJ
pandai kemas rumah ke?
ini sudah bagus !!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...