Review Korean Drama | My Girl.


Assalamualaikum.


Selamat Hari Rabu semuanya. Buat apa je hari ni? Sekarang ni CF sedang menonton drama korea My Girl di saluran NTV7. Drama kegemaran yang sering membuatkan CF sebak setiapkali menontonnya. Bagi sesiapa yang ingin menonton boleh la tunggu pada setiap Isnin - Jumaat pukul 12.00 tengahari ye.


Kat bawah ni merupakan pelakon-pelakonnya.... CF minat sangat dengan heronya iaitu Lee Dong Wook. Hensem dan sentiasa cool. Hehe.





Sedikit sinopsis mengenai drama My Girl


Joo Yoo Rin merupakan seorang pemandu pelancong. Dia mempunyai seorang ayah yang suka berjudi dan berhutang dengan lintah darat (Ah Long). Nak dijadikan cerita, tanpa disengaja Yoo Rin telah bertemu dengan Seol Gong Chan iaitu seorang pengarah yang kaya. Secara kebetulan, Seol Gong Chan sedang mencari adik sepupunya yang hilang ketika gempa bumi. Gong Chan telah meminta Yoo Rin supaya menyamar sebagai adik sepupunya kerana datuknya sedang sakit.


Dalam diam Gong Chan mula meminati Yoo Rin. Gong Chan mempunyai teman wanita iaitu seorang pemain tenis yang bernama Kim Se Hyoon. Yoon Rin juga turut diminati oleh Seo Jeong Woo. Yang kelakarnya, Yoo Rin ni suka sangat mengenakan Gong Chan.


Pada suatu hari rahsia telah terbongkar dan Yoo Rin telah melarikan diri. Sedihnya masa ni tau. Huhu. Gong Chan hanya mampu menangis apabila datuknya memi.nta supaya memutuskan hubungan dengan Yoo Rin. Sobsob....


Beberapa tahun kemudian Gong Chan bertemu kembali dengan Yoo Rin. Nak tahu kesudahannya kena la tengok sendiri ye. Hehehe... Best drama ni. Ada kelakar, sedih. CF pon ada beli CD lagu drama ni. Memang fanatik giler. Lagu semua best-best terutama lagu Never Say Goodbye.





CF baru buat benda ni. Harap korang semua dapat bagi sokongan. KLIK.




8 comments:

Unknown said...

Wah My Girl! Sally pernah tengok cerita ni dulu. hehe. Besttttt :D Hero heroin dua2 cantik & hensem2 ^_^ haha

Dingdang said...

@Sally Yatiey
betul tu. hehe.
tengok banyak kali pon tak jemu-jemu.

RiEsA said...

memang tak bosan dan kering gusi tengok My Girl nih..tp time sedih tu menyentap jiwa jgk..hoho

Dingdang said...

@RiEsA
hehe. yoo rin tu kelakar. pandai dia berlakon.

jaakechik said...

jaa pun suka citer ni. best sgt!

Shida Radzuan said...

sis..skg ade tayang kat TV..adik shida tepat jam 12noon mst dah tpacak tgk citer nih..heheee

Dingdang said...

@shida'R
iye shida. sis pon tidak mahu ketinggalan utk menontonnya. hehe. best.

Jαnnαhツ said...

this is da best kdrama ever!!! sukeee giler..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...