Sudah Empat Tahun...



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Empat tahun lalu.... Cikgu Faiz dan Encik Suami telah sah diijabkabulkan di tempat kelahiran Cikgu Faiz dengan dua kali lafaz. Saat itu hanya Allah saja yang tahu betapa gembiranya Cikgu Faiz apabila dapat bersatu dengan orang yang dicintai. Setahun lebih selepas itu, kami dikurniakan seorang cahayamata lelaki sebagai pewaris di dalam keluarga kecil kami.


Sekarang..... setelah empat tahun hidup bersama-sama melayari rumahtangga yang penuh pancaroba ini telah semakin menyemarakkan lagi hubungan ini. Kami bahagia dengan apa yang ada di dalam kehidupan kami sekeluarga biarpun masih terlalu banyak yang kurang. Rasanya macam baru sahaja dinikahkan. Hikhik. Tuptup dan empat tahun. Cepat sungguh masa berlalu. 


Selamat Menyambut Ulang Tahun Perkahwinan yang Ke-4, Abah... Hehehe. Semoga kita terus bahagia dan diredhai olehNYA.


Buat tatapan para pembaca sekalian, terimalah kenangan-kenangan yang tercipta pada waktu, tika dan saat tersebut. 14 Mac 2009 akan menjadi satu tarikh keramat buat kami ^ ^




Selepas diakad nikah ^ ^




Pelamin indah...




Acara resepsi...




Kek perkahwinan...




Bersanding...




Sesi fotografi...




Berarak...




Sarung cincin...


p/s : Encik Suami bukan sahaja seorang suami, malah dia adalah segala-galanya. Kawan baik, kawan bergaduh, guru, tempat mengadu hal kerja, tempat mintak tolong buat kerja di sekolah dan macam-macam lagi. Huhuhu. Saranghae...




Salam sayang,

13 comments:

Unknown said...

dah 4 tahun dah..hehe..baru sekarang dapaat tgk gambar2 masa cikgu kahwin..hehe..apa2pun semoga kekal bahagia hingga anak cucu ya.. :)

NinaAz said...

Happy anniversary cikgu.. ;)

Mime MF said...

wahhh happy anniversary...semoga berkekalan till Jannah, InsyaAllah :)

Uwais Al-Qarni said...

=D happy anniversary cikgu comel.
moge kekal smpai ke syurga =)

puteri kasih said...

wahhh sweetnyer..happy anniversary cikgu. Semoga kekal bahagia ^_^

Unknown said...

Happy Anniversary CF!

Sweetnya! Cantik gambar perkahwinan CF tu ^_^ Semoga berkekalan sampai ke Syurga! :D

thomas said...

Happy Wedding Anniversary
and May
your marriage be Blessed with love,
joy And companionship
For all the years of your lives!

Faridzuan said...

Salam ulang tahun perkahwinan, moga kebahagiaan berkekalan dan setia hujung nyawa. Oh, bilalah giliran saya. :3

Dayang Deno said...

tahniah akak...semoga berkekalan shingga akhir hayat... amin... :)

Annamariana1989 said...

semoga bahagia ye sis... =)

mrpolie said...

Rasa mcm nak kawin skali lagi jer...

intanfirdaus247 said...

baca n3 ni buat kak intan melayang2 ke kenangan kak intan kawen gak..selamat ulangtahun perkahwinan Faiz dan suami..

Unknown said...

happy anniversary kak. Comel.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...