Hari Ke-21



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ini 1 Disember 2013, usia baby Cikgu Faiz baru 21 hari. Alhamdulillah.... bersyukur ke hadrat illahi kerana masih diberi peluang bernafas untuk menatap wajah bayi comel itu. Tanggal 10 November 2013, hari Sabtu, jam 6.44 pagi, Nurul Faizatul Hannani telah dilahirkan ke dunia ini. Ini merupakan cahaya mata kedua Cikgu Faiz dan suami selepas lahirnya Muhammad Faqih Hakim tiga tahun yang lepas. Berkat kesabaran dan dengan izin Allah SWT kami telah mendapat sepasang cahaya mata. Berat baby Hannani selepas dilahirkan ialah 3.0kg. Abangnya dulu 3.1kg. Kira tak jauh sangat la kan. Apa pun Cikgu Faiz bersyukur kerana proses kelahiran dipermudahkan olehNYA. Apa yang menarik, baby Hannani dan abangnya berkongsi hari lahir yang sama iaitu hari Sabtu. Hehe. Tarikh lahir pulak macam dekat-dekat dengan tarikh lahir Cikgu Faiz iaitu 10.11 dan 11.12. Macam kena je nombor tu.

Baby Hannani telah dilahirkan di Hospital Bentong, Pahang. Jadi orang Pahang la pulak ye. Hehe. Semangat tok gajah ^ ^ Esok Cikgu Faiz dan baby akan ke klinik untuk check kuning. Harap-harap kuningnya dah turun banyak. Last check Isnin lepas 9.1. Risau la kalau kuningnya turun sikit je. Dah la doktor macam kerek je. Dah nak buat macam mana kalau kuningnya turun sikit je. Macam-macam petua dah Cikgu Faiz cuba untuk turunkan kuning baby. Menyusu badan bukan main kuat lagi sampai muka pon dah naik tembam. Hehe. Harap-harap esok tak dapat dengan doktor kerek tu. Huhu.


Okey la. Nanti-nanti Cikgu Faiz update lagi ye. Ini pon nasib baik ada laptop adik tapi kelajuannya agak slow motion. Huhu. Sebenarnya banyak benda nak cerita disebabkan sudah agak lama tidak menaip di blog pink ni. Baby pon macam dah berbunyi tu, Cikgu Faiz undur diri dulu ye. Jumpa lagi. Nunite semua :)


Yang menaip,

2 comments:

Mimie said...

hohoho...comel baby..diam2 ye faiz

Unknown said...

semoga baby cpt sembuh dari kuning tu eh :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...