Liebster Award | Sharina Elyana



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 30 Mei 2014


Tiba-tiba kena tag pulak dah. Sebenarnya dah lama ditag tapi baru hari ni berkesempatan untuk membalas pulak. Huhu. Okey la. The Liebster Award ni telah ditag oleh blogger Sharina Opzzpinky. Fuhh... ada 11 soalan maut yang harus dijawab secara jujur... Nak tahu? Teruskan membaca yer.





Soalan daripada Sharina

1. Ceritakan tentang diri korang.
Okey... Nama saya Nurul Faiz binti Jamaludin. Berasal dari Bentong Pahang. Anak sulung daripada 3 orang adik beradik. Anak tunggal perempuan. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang cahaya mata. Saya seorang guru prasekolah. Saya juga baru berjinak-jinak dengan perniagaan secara 'online'.

2. Macam mana korang handle kemarahan?
Err... cara Cikgu Faiz handle kemarahan ialah dengan tidur. Huhu. Kadang-kadang makan sampai kenyang.

3. Apa perkara paling comel pernah anda lakukan.
Perkara paling comel?? Apa ya? Makan burger sampai comot kot. Haha

4. Apa perkara yang membuatkan anda sedih?
Bila ada orang yang suka cakap belakang. Depan bukan main baik tapi kat belakang mengata kita. Huhu.

5. Pernah shopping on9 dan apa pendapat korang tentang Shopping on9?
Rajin jugak shopping secara 'online' ni. Tergoda dengan barangan yang dijual. Haha.

6. Selalu skodeng blog siapa? yang kalau sehari tak tengok, rasa tak tenteram ja..jangan cakap blog sha pula haha
Dulu-dulu selalu skodeng blog Lyssa Faizureen sebab nak belajar edit blog. Huhuhu. Bog Apit pon ada gak skodeng sebab nak belajar photoshop. Huhuhu.

7. Siapa blogger yang korang teringin nak jumpa? kenapa?
Tak pernah pulak terfikir nak jumpa blogger tapi kalau berpeluang nak sangat jumpa Shida Radzuan, Azhafizah, Sharina Elyana dan ramai lagi la. Huhu. Kenapa? Sebab nak mengeratkan lagi silaturrahim di alam realiti.

8. Apa aktiviti lapang selain blogging?
Main game, mengemas rumah, memasak, membaca.

9. Kalau korang jadi designer blog, apa part yang pertama korang nak ubah dalam blog sha :D
Background blog kasi purple pulak. Asyik pink je. Hihihi.

10. Bila waktu aktif korang BlogWalking?
Malam. Tengok keadaan juga. Kalau ada waktu lapang.

11. Apa perkara yang membuatkan otak anda JEM?
Ketika sedang membuat assignment. Grrrr... banyak benda yang nak difikir, dikarang dan lain-lain.


11 soalan cepu mas daripada Cikgu Faiz. Jawab jangan tak jawab. Hihi.

1. Gelaran manja korang.
2. Cita-cita sewaktu kecil.
3. Makanan kegemaran.
4. Suka shopping apa?
5. Siapa kawan baik korang?
6. Pernah kena rotan dengan cikgu tak? Sebab apa?
7. Haiwan kegemaran korang?
8. Tempat shopping yang paling best korang pernah pergi?
9. Cerita kartun kegemaran korang.
10. Barang paling mahal yang korang pernah beli? Berapa harganya?
11. Pendapat korang tentang blog Cikgu Faiz? Hihi.


11 blogger yang bertuah



Sekian dan selamat menjawab soalan. Hihihi.



Yang menaip,

3 comments:

Azhafizah MN said...

Selamat bersegmen kak..Thanks tag Fiza :)

Mimie said...

Huhuhu...soklan bikin pale pusing nk jwb..hahaha

Adruja.nedy said...

thanks tag aliya...
aliya dh jwb dah tau...hehe
http://aliya30.blogspot.com/2014/06/2-liebster-award-by-cikgu-faiz.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...