Jalan-Jalan Cari Pasal



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Ahad . 13 Julai 2014


Semalam aktiviti cuma bawa anak-anak window shopping di IOI Mall Puchong. Yang sebenarnya tujuan utama sebab nak beli buku untuk murid tapi dah alang-alang sampai tu baik cuci mata sekali. Hihi. Pagi-pagi tu dah sibuk siap-siapkan abang dan adik dulu. Kebiasaannya kalau nak keluar ke mana-mana memang anak-anak dulu akan bersiap sebab Cikgu Faiz ni kalau dah siap berdandan memang tak suka nak buat kerja lagi. Hihi. Bila anak-anak dah siap tu barulah lega sikit kan.




Teruja betul nak mekap kan Hannani ni. Hihi. Sekarang ni tak boleh duduk diam dah. Bila baring tu kena cepat-cepat sapu minyak angin lepas tu pakaikan pampers sebab nanti Hannani akan meniarap dengan pantas. Hihi. Lasak dah baby girl ni. Gambar ni abahnya yang ambik nampak gelap sebab tak pasang lampu. Hihi.




Ha.... yang atas ni okey sikit. Hihi. Nak tahu bukan main susah lagi nak mintak Hannani pandang kamera. Mula-mula nak ambik gambar duduk tapi Hannani ni asyik tak diam je lepas tu tak pandang kamera. Huhu. Last last Cikgu Faiz pegang macam tu la nak bagi dia diam sikit. Hihi. Cantik tak baju raya Hannani? Hihi. Tak sabar nak pakai dah. Pencil skirt dan baju tu Cikgu Faiz beli melalui biras. Harga sepasang RM29 je. Tak termasuk legging tu. Hihi. Headband tu pulak beli kat instagram dan harganya RM10 kalau tak silap. Muka Hannani monyok sebab tak berapa sihat. Dia batuk dan selesema.




Tengok la tu. Muka sedih je. Huhu. Masa ni tak nak duduk dalam stroller nak berdukung dengan abah je keje. Dah pandai buli abah ni.




Baru nak senyum sikit. Hihi. Manja sangat Hannani ni.




Inilah dia abang Hannani yang perasan hensem. Hihihi. Kerjanya asyik nak buli adik. Huhu. Nasib la Hannani dapat abang yang mengade-ngade ni. Sekian laporan aktiviti semalam. Sehingga bertemu lagi di lain entri.


Ini bukan Najwa Latif --> KLIK


Yang menaip,

8 comments:

Iola said...

Comel comel anak sis hihi

Cekgu Norazimah said...

Salam ramadhan..comey ;)

Scha Nazri said...

Comel! Aaaaaaa. Kesian dia tak sihat :(

Montana said...

amboi abang Faqih lawa noo baju dia uncle nak pinjam bleh

Mummy-Zerry said...

Dah sopink raya ker faiz..

Selamat berbuka

Mimie said...

alolo comeu je ank ank faiz..cntik bju hannai

Mimie said...

*hannani

Azhafizah MN said...

seronoklah dia jalan jalan kat shopping mall..sejuk je kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...