Sesi Bergambar Prasekolah 2017



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Isnin . 04 Disember 2017


Pada 10 November yang lalu telah diadakan sesi bergambar bersama murid-murid prasekolah. Tahun 2017 merupakan tahun yang pecah rekod sebab ambik gambar terlalu lewat sangat. Sepatutnya dalam bulan 8 atau 9 tapi disebabkan beberapa perkara yang tak dapat dielakkan maka lambatlah sesi fotografi ini. Ini merupakan aktiviti tahunan prasekolah di mana murid-murid akan bergambar ala-ala konvokesyen dan bergambar beramai-ramai. Sekurang-kurangnya ada juga kenangan bila murid-murid ini dah besar nanti kan.



Ini merupakan gambar di sebalik tabir sebelum terhasilnya gambar-gambar yang cantik nanti.




Dah selesai gambar individu, barulah bergambar satu kelas pula. Muka masing-masing serius betul.




Walaupun buat 'peace' tapi muka tetap maintain. Hihihi.




Hasilnya.... setelah gambar siap. Memang puas hati sangat. Tiap-tiap tahun memang ambik gambar dengan orang yang sama. Pakej ni dapat sekeping gambar besar, sekeping gambar kelas 4R dan 4 keping gambar passport. Berbaloi sangat.




Cikgu pon tidak ketinggalan mengabadikan kenangan di Tahun 2017. Pon dapat gambar pasport. Boleh susun dan buat perbandingan mengikut tahun. Hahaha. Gambar cikgu ni diberi secara percuma. Rezeki jangan ditolak. Hihihi. Setakat ini sahaja coretan dari Cikgu Faiz. Daaaaa....


Yang menaip,

3 comments:

Saleho said...

wah murid2nya lucu

ray said...

comel2 je belake

Unknown said...

Bestnya ada kenangan masa pra sekolah anak-anak ni kan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...