KDrama | While You Were Sleeping



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 03 Mac 2018


Anyongggg. Pagi yang indah. Cikgu Faiz baru je habis marathon menonton drama korea While You Were Sleeping. Ceritanya best giler. Menarik jalan ceritanya di samping hero-hero yang hensem hensem belaka. Hahaha. Cerita ini bergenre fantasi, romantik dan kelakar. Cikgu Faiz terjebak dengan drama ni selepas menonton klip video dia. Yang bercita-cita nak jadi pendakwaraya atau peguam tu boleh la tonton drama ni. Banyak pengajaran yang boleh diperoleh.





While You Were Sleeping


Bae Suzy sebagai Nam Hong Jo



Nam Hong Jo mempunyai kelebihan yang tidak dipunyai orang lain. Dia berupaya untuk bermimpi sesuatu kejadian yang akan berlaku di alam realiti. Permulaan cerita ini, Ham Hong Jo bermimpi telah memeluk seorang lelaki yang tidak dikenali. Tersedar dari mimpi itu, dia dikejutkan dengan jiran baharu yang baru berpindah di hadapan rumahnya. Lebih mengejutkan lagi apabila jiran itu adalah lelaki yang dipeluknya di dalam mimpi. Hong Jo cuba mengelak daripada bertemu lelaki itu kerana pada permulaannya mereka kelihatan tidak sehaluan.



Lee Jong Suk sebagai Jung Jae Chan


Jung Jae Chan merupakan seorang pendakwaraya yang baru bertugas di tempat baru. Merupakan jiran Nam Hong Jo. Suatu hari, Jae Chan telah bermimpi. Di dalam mimpinya itu dia melihat Nam Hong Jo telah terlibat dalam satu kemalangan bersama kekasihnya dan kereta itu telah melanggar seseorang sehingga maut. Selepas tersedar dari koma, Nam Hong Jo dikejutkan dengan kematian ibunya. Kehadiran pendakwaraya yang ingin mendakwanya kerana telah melanggar seseorang sehingga mengakibatkan kematian telah membuatkan Nam Hong Jo ingin membunuh diri. Jung Jae Chan tersedar dari mimpi. Tidak lama selepas itu, mimpi Jae Chan menjadi kenyataan sedikit demi sedikit. Jae Chan berjaya mengubah mimpi itu dan Hong Jo berasa terhutang budi dan mula merasakan yang Jae Chan tidaklah seburuk yang disangkakan.



Jung Hae In sebagai Han Woo Tak


Han Woo Tak seorang polis yang hampir dilanggar oleh kereta yang dinaiki Nam Hong Jo melalui mimpi Jung Jae Chan. Di alam realiti, Han Woo Tak dapat mengelak dari kemalangan itu. Selepas kejadian kemalangan itu, Nam Hong Jo, Jung Jae Chan dan Han Woo Tak mula berkawan kerana mereka bertiga berupaya bermimpi mengenai perkara yang sama.



Lee Sang Yeob sebagai Lee Yoo Bum


Lee Yoo Bum merupakan kekasih Nam Hong Jo. Hubungan cinta mereka tidak lama selepas Nam Hong Jo memutuskan perhubungan mereka. Lee Yoo Bum pernah menjadi pendakwaraya dan tidak lama kemudian dia beralih kepada kerjaya peguam. Empat watak utama ini saling berkaitan di antara satu sama lain. Cikgu Faiz paling geram dengan Lee Yoo Bum. Jahat giler la watak dia ni. Susah betul nak kena tangkap. Huhuhu. Peguam hebat la katakan.





Selain empat watak utama ni, watak-watak lain juga memainkan peranan bagi menguatkan lagi jalan cerita While You Were Sleeping. Kawan-kawan Jae Chan kelakar giler la. Hahaha. Tengok cerita ni mood kejap-kejap geram, kejap-kejap sedih, kejap-kejap nak tergelak. Huhuhu. Yang pasti korang kena tonton drama ni sebab memang best dan akan buat kita tertanya-tanya apa yang akan terjadi seterusnya. Kalau dekat apps viu, drama ni ada 16 episod. Setiap episod tu lebih kurang sejam. Sekian sahaja review drama korea daripada Cikgu Faiz. Jumpa lagi. 


Yang menaip,

3 comments:

Hans Hanis said...

drama nih best
saya sebelum tu tiap2 minggu dok tunggu sambungan dia
hahaha
memang berbaloi tengok
jalan cerita dia kreatif

ray said...

why la jongsuk ni handsome sangattttt.

hi jom la join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

CD said...

best citer dia.. rasa xpuas.. huhu.. suka ost drama ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...