KDrama | Black Knight : The Man Who Guards Me



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Sabtu . 07 April 2018


Bersua lagi kita di hari Sabtu yang indah. Minggu ni Cikgu Faiz telah berjaya menonton drama korea Black Knight sehingga tamat. Drama ini boleh dikatakan agak menarik juga. Orang korea memang kreatif buat drama la. Walaupun episodnya panjang, memang takkan jemu untuk mengetahui episod yang seterusnya. Kalau la Cikgu Faiz ni takde kerja, memang sekejap je dah habis tonton. Hihi. Drama ini bergenre fantasi, romantik. Tanpa membuang masa, jom baca sinopsis Black Knight.



BLACK KNIGHT : THE MAN WHO GUARDS ME


Moon Soo Ho merupakan seorang CEO berjaya yang tidak pernah menunjukkan perangai sebenarnya. Keadaan berubah apabila dia mula jatuh cinta dan ini menjadikannya sorang yang romantik. Selepas kematian ibu bapanya sewaktu dia masih kecil, Moon Soo Ho dijaga oleh kawan ayahnya. Penjaganya mempunyai seorang anak perempuan dan mereka berdua membesar seperti adik beradik. Lama kelamaan Moon Soo Ho mula menyukai anak penjaganya itu. Malangnya, kegembiraan itu tidak berpanjangan. Moon Soo Ho telah dikhianati oleh penjaga dan anak perempuannya. Ketika Moon Soo Ho berasa kecewa dan sedih, muncul seorang wanita misteri yang memberi kata-kata semangat dan menyatakan bahawa tuah sedang menantinya di masa hadapan. Kata-kata wanita misteri itu mula menjadi kenyataan apabila tuah sentiasa berpihak kepadanya akan tetapi dia berasa bimbang sekiranya apa yang dikecapi hari tersebut harus dibayar dengan sesuatu perkara yang tidak diingini. Setelah dewasa, dia bertemu kembali dengan anak penjaganya itu. Walaupun masih ingat akan peristiwa dikhianati dahulu, Moon Soo Ho masih menyukai gadis tersebut. Gadis itu adalah cinta pertamanya.


Jung Hae Ra merupakan seorang agen pelancongan. Walaupun hidupnya miskin, dia menjaga emak saudaranya dengan baik dan menjalani kehidupan dengan penuh kegembiraan. Semasa kecil, Jung Hae Ha adalah seorang gadis yang cantik. Selepas keluarganya jatuh muflis, ibu bapanya telah meninggal dunia dan ini menjadikan kehidupannya mula terumbang ambing. Dia tidak begitu terkesan dengan kemiskinannya kerana telah pun mempunyai kerjaya, rumah dan teman lelaki. Namun begitu, langit tidak selalunya cerah. Keadaan yang menggembirakan itu tidak lama apabila dia terheret dengan situasi yang sangat menyedihkan. Pada waktu itu, Jung Hae Ra mula teringat kejadian di mana keluarganya ada menempah sehelai kot di Butik Sharon sewaktu kecil. Dia tidak dapat mengambil kot itu kerana keluarganya telah muflis. Dalam keadaan yang kusut, dia berfikir mungkinkah hidupnya boleh berubah sekiranya dia berjaya mendapatkan kot itu? Selepas berjaya mendapatkan kot dan memakainya, keadaan mula berubah dan dia mula bertemu dengan seorang lelaki yang menggelarkan dirinya kesatria hitam.




Dari kiri, Kim Rae Won sebagai Moon Soo Ho dan Shin Se Kyung sebagai Jung Hae Ra



Sharon adalah seorang pereka pakaian di Butik Sharon. Sharon sangat menjaga imej dan sentiasa kelihatan cantik tetapi sifatnya adalah seorang yang sangat pentingkan diri, ego dan kurang matang. Sharon mempunyai satu rahsia yang tidak diketahui. Dia telah hidup selama lebih 200 tahun dan langsung tidak tua dan kulitnya sentiasa cantik. Semenjak kejadian dahulu, Sharon tidak pernah tua tetapi dia berasa sunyi. Sharon menjalani hukuman atas perbuatan yang telah dilakukannya lebih 200 tahun dahulu. Apabila Jung Hae Ra datang ke butiknya untuk mengambil kot, dia memberi layanan yang baik. Sharon ingin menamatkan hukuman ke atas dirinya. Tidak lama selepas itu, Sharon mula bertemu dengan lelaki yang telah hilang lebih 200 tahun dahulu. Dia percaya yang lelaki itu telah ditakdirnya untuknya.


Jang Baek He merupakan seorang wanita misteri yang telah hidup selama 250 tahun. Dia berharap agar hukuman ke atasnya ditamatkan dan boleh menjalani kehidupan yang normal. Kemudian, dia bertemu dengan sepasang kekasih yang dulunya berakhir dengan kisah yang sangat tragis.




Dari kiri, Seo Ji Hye sebagai Sharon dan Chang Mi Hee sebagai Jang Baek Hee



Moon Soo Ho bertemu kembali dengan cinta pertamanya Jung Hae Ra. Sharon mula merasai sesuatu dan mula ingin memikat Moon Soo Ho. Satu persatu peristiwa lebih 200 tahun dahulu kembali terlayang di ruang mata Sharon. Dia ingin memiliki Moon Soo Ho. Moon Soo Ho sedaya upaya cuba melindungi Jung Hae Ra dari disakiti. Jang Baek He cuba menasihati Sharon supaya tidak mengeruhkan keadaan. Suatu hari, Moon Soo Ho telah ditikam tetapi dia tidak mengalami kecederaan yang teruk. Selepas kejadian itu, tenaga dan kekuatan Moon Soo Ho menjadi sangat luar biasa. Tahun berganti tahun, Jung Hae Ra mula meningkat usia tetapi Moon Soo Ho tetap sama seperti biasa. Apa rahsianya? Korang boleh la tonton drama ni. Sweet sangat jalan ceritanya. Jangan lupa bawak tisu okey. Hihihi.


Drama ini dibintangi oleh Kim Rae Won sebagai Moon Soo Ho, Shin Se Kyung sebagai Jung Hae Ra, Seo Ji Hye sebagai Sharon, Chang Mi Hee sebagai Jang Baek Hee.


Sekian sahaja coretan drama korea Cikgu Faiz kali ni. Selamat menonton!


Yang menaip,

1 comment:

Abam Kie said...

Abam Kie x bape minat drama Korea tp anak pompuan di F3 tu memang hantu citer Korae n Kpop!

Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...