Showing posts with label goblin. Show all posts
Showing posts with label goblin. Show all posts

KDrama | Goblin



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 13 Julai 2018




Bulan Syawal semakin melabuhkan tirai. Semoga tahun ini merupakan Syawal yang bermakna buat kita semua. Berbalik kepada tajuk entri ini, Cikgu Faiz ingin mengupas jalan cerita drama korea yang meletup-letup sekarang ni iaitu Goblin. Drama ini dibintangi oleh lima pelakon utama yang memegang watak-watak penting. Gong Yoo sebagai Kim Shin, Kim Go Eun sebagai Ji Eun Tak, Lee Dong Wook sebagai Wang Yeo + malaikat maut, Yoo In Na sebagai Sunny + Kim Sun, Yook Sung Jae sebagai Yoo Deok Hwa.


GOBLIN


Gong Yoo sebagai Kim Shin


Kim Shin seorang goblin berusia 939 tahun yang tidak pernah mati sedang mencari pengantin perempuannya yang dapat mencabut pedang yang tertusuk pada dadanya. Sebaik sahaja pedang tersebut dicabut, goblin akan bertukar menjadi abu dan rohnya dapat bersemadi dengan aman. Kim Shin mempunyai kuasa luar biasa tetapi ianya bukanlah semudah yang disangkakan. Kim Shin kesunyian di sepanjang hidupnya kerana telah kehilangan orang yang disayangi di hadapan matanya. Kim Shin merupakan seorang jeneral pada zaman Goryeo dan dia telah dibunuh oleh rajanya sendiri iaitu Wang Yeo yang kini telah dilahirkan semula menjadi malaikat maut.



Kim Go Eun sebagai Ji Eun Tak


Seorang pelajar sekolah tinggi yang ceria dan optimistik serta merupakan pengantin perempuan goblin yang dicari-cari. Ketika Ji Eun Tak masih di dalam kandungan, dia telah diselamatkan oleh goblin. Setelah lahir, Ji Eun Tak berupaya untuk melihat hantu dan hantu tersebut sentiasa muncul untuk bersembang dengannya. Ketika Ji Eun Tak berumur 9 tahun, ibunya telah meninggal dan sejak itu dia tinggal dengan makciknya serta dua orang sepupunya. Ji Eun Tak sering dibuli oleh makcik dan sepupunya yang tamakkan harta.



Lee Dong Wook sebagai Wang Yeo, malaikat maut


Seorang malaikat maut yang sangat kacak dan mempunyai perwatakan yang mencuit hati. Lahirnya malaikat maut ini adalah kerana dosa-dosa yang pernah dilakukan pada masa lalu. Malaikat maut langsung tidak dapat mengingati siapa dirinya pada masa lalu. Dia berkawan baik dengan goblin. Dengan tak disangka-sangka, malaikat maut adalah raja yang telah membunuh general Kim Shin pada beratus tahun dahulu tetapi malaikat maut tidak dapat mengingatinya dan Kim Shin langsung tidak sedar akan perkara tersebut.



Yoo In Naa sebagai Sunny, Kim Sun


Merupakan pemilik restoran ayam yang keliru dengan perwatakan pelik malaikat maut yang menggunakan nama Kim Wo Bin. Kim Sun merupakan adik kepada Kim Shin dan permaisuri kepada Wang Yeo pada zaman Goryeo dan telah dibunuh di hadapan mata abangnya sendiri. Kim Sun telah dilahirkan semula menjadi Sunny.



Yook Sung Jae sebagai Yoo Deok Hwa


Seorang pewaris yang baik hati dan satu-satunya cucu daripada keluarga Yoo yang bertanggungjawab menjaga goblin dari generasi ke generasi. Yoo Deok Hwa tinggal bersama-sama goblin dan malaikat maut dan ketiga-tiga mereka menjadi sangat rapat.




Selain lima watak penting di atas, terdapat banyak lagi watak-watak yang menjadikan drama goblin meletup kebabom. Antaranya watak hantu-hantu, dewa yang boleh jadi tua kerepot dan muda jelita, makcik Ji Eun Tak, sepupu Ji Eun Tak, datuk Yoo Deok Hwa, ibu Ji Eun Tak, Ji Eun Tak sewaktu kecil, pembantu datuk Yoo Deok Hwa, kawan baik Ji Eun Tak, ah long, Sunny dan malaikat maut pada zaman Goryeo, kawan-kawan malaikat maut dan roh hantu yang jahat.


Kisah bermula apabila Ji Eun Tak bertemu Kim Shin secara tidak sengaja. Tiapkali Ji Eun Tak meniup api, Kim Shin akan muncul. Ji Eun Tak tinggal bersama makcik dan sepupunya yang sentiasa mencari ruang untuk mengambil buku banknya. Tiapkali Ji Eun Tak berasa sedih, Kim Shin akan muncul. Ji Eun Tak tahu bahawa Kim Shin adalah goblin tetapi dia tidak mengetahui bahawa Kim Shin mencari pengantin perempuannya untuk mencabut pedang yang tertusuk pada dadanya. Hanya pengantin perempuan goblin sahaja yang dapat melihat dan mencabut pedang tersebut. Kim Shin berkawan baik dengan malaikat maut yang tidak bernama. Malaikat maut pula jatuh hati pada pemilik restoran ayam yang cantik.


Selain jalan cerita menarik, lagu-lagu yang ada dalam drama ni pon best. Boleh dikatakan semua lagu sedap didengar. Drama ini menjalani pengambaran di Korea dan Kanada. Sebelum ni Cikgu Faiz ada kongsikan dua lirik lagu dari drama goblin ni. Pembaca semua boleh klik link di bawah untuk ke entri lirik lagu tersebut.


                    >>> Lasse Lindh - Hush





Lirik | Lasse Lindh - Hush (OST Goblin)


Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 28 Jun 2018


Lama betul tak bersiaran. Sibuk mengalahkan perdana menteri. Konon. Terasa nak update lagu korea. Baru-baru ni drama ni telah tamat ditayangkan di televisyen siaran 8tv. Walaupun Cikgu Faiz dah pernah tonton drama ni di VIU tapi rasa tak jemu sebab jalan cerita yang menarik. Lagunya berjudul Hush dendangan Lasse Lindh dari drama Goblin. Tangkap lentok kejap bila dengar lagu ni. Sambil-sambil dengar tu kadang-kadang ternyanyi jugak. Hahaha.


Gandingan mantap Goblin. Dari kiri, Gong Yoo (Kim Shin) dan Kim Go-Eun (Ji Eun-Tak)


Hush - Lasse Lindh

Through the endless daydream
I saw you on the way back
There I walked with you in my arms

Through the blurry darkness
Who's veiling on the twilight
We've been far away from my fears

Somewhere else i'll see you
Our days be like a blossom
Blooming all around you
So bright

By and by i'll miss you
And your laugh like a sunshine
Fading into shadow of tears

All around me is your light
With you, everything so shines
How come we'll leave all behind?
Cause your love is falling on my heart
And i'm falling for you
Falling with broken wings again

Hush now, my angel
I will always be with you
In your pretty smile
In a glow of tears
Out across the frosty night
I will there with you

Maybe someday
You'll wake up alone without me
But don't cry again
I'll be waiting here
Where the moon is on the rise
As the olden days

I could just go with you
Between our time
Where they can't find us
Somehow

You could just come away
With me, out there
Where we could dream away
All day

Hush now, my angel
I will always be with you
In your pretty smile
In a glow of tears
Out across the frosty night
I'll be there with you

Maybe you'll always breath in me
Ever in my heart
All the little pieces of you
Look how they shine above

Come away with me tonight
We'll be dreaming away there

Maybe you'll always breath in me
Ever in my heart
All the little pieces of you
Look how they shine above
Come away with me tonight
We'll be dreaming away there

Always





Yang menaip,

Lirik | Ailee - I Will Go To You Like The First Snow (OST Goblin)



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 02 Februari 2018


Hai semua. Kali ni Cikgu Faiz nak share lirik lagu tema drama korea Goblin. Mesti ramai yang suka menonton drama ni kan. Ost dia pon kebanyakannya sedap didengar. Baiklah tanpa membuang masa Cikgu Faiz kongsikan lirik lagu berhantu Goblin yang dinyanyikan oleh penyanyi Ailee yang berjudul I Will Go To You Like The First Snow. Gigih Cikgu Faiz salin dari Youtube semata-mata nak share dengan korang tau. Hahaha. Selamat berkaraoke.




Ailee - I Will Go To You Like The First Snow


Neol pumgi jeon alji mothaetda
Nae meomun sesang itorok chanlanhan geoseul
Jageun sumgyeollo daheun saram
Geop eopsi nareul bulleojun sarang

Mopside johatda
Neoreul jikyeobogo seollego
Useupge jiltudo haetdeon
Pyeongbeomhan modeun sungandeuri
Kamkamhan yeongwon
Geu oraen gidarim sogeuro
Haessal cheoreom niga naeryeotda

Neol nohgi jeon alji mothaetda
Nae meomun sesang itorok sseulsseulhan geoseul
Goun kkocci pigo jin i got
Dasineun eopseul neoraneun gyejeol

Yoksimi saenggyeotda
Neowa hamkke salgo neulkeoga
Jureumjin soneul majjapgo
Nae salmeun ttatteuthaesseotdago
Dan hanbeon chukbok
Geu jjalpeun majuchimi jina
Bitmulcheoreom neoneun ureotda

Hanbeonjjeumeun haengbokhago sipeotdeon baram
Neokkaji ulge mandeureosseulkka
Modu itgo saragara
Naega neol chajeul teni
Ni sumgyeol dasi nareul bureul ttae

Ijji anhgetha
Neoreul jikyeobogo seollego
Useupge jiltudo haetdeon
Niga jun modeun sungandeureul
Eonjenga mannal
Uri gajang haengbokhal geunal
Cheotnuncheoreom naega gagetda

Neoege naega gagetda...





Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...