Showing posts with label kempen baru. Show all posts
Showing posts with label kempen baru. Show all posts

Nuffnang bagi CPUV lagi. Rezeki bulan Januari



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Pagi ni Cikgu Faiz nak update Nuffnang pulak la. Hehe. Nuffnang ni kan, bila dah beberapa hari Cikgu Faiz tak jenguk, tengok-tengok ada CPUV baru. Kempen kali ni dari Nilai Uni. Ini merupakan kempen yang pertama bagi tahun 2013 dan yang ketiga muncul di blog Cikgu Faiz. Terharu sangat-sangat dengan Nuffnang yang sudi bagi kempen ni. Sobsob. 





Agaknya entah berapa pulak nilai yang terkumpul untuk kempen ni. Yela, sebelum ni berapa sen aje yang dapat. Huhu. Oh ya, CTR bonus tu untuk apa ye? Ada tak sesiapa yang boleh terangkan? Hehe. Cikgu Faiz tak berapa faham lagi tentang Nuffnang ni. 





Inilah rupa kempen tu. Nilai University. Kepada sesiapa yang berminat untuk memohon memasuki universiti ini boleh la klik ye. Jangan malu-malu. Terutama kepada adik-adik yang baru lepas SPM tu. Sebelum menamatkan entri ni, Cikgu Faiz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Nuffnang dan Nilai University kerana membenarkan kempen ini singgah di blog Ding Dang. Sehingga berjumpa lagi.


Sekian.


Transfer money to your friends on FACEBOOK via OctoPay! KLIK.


Yang benar,

Hadiah Harijadi Dari Nuffnang !

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.




Alhamdulillah... Semalam 11/12/2012 genablah umur Cikgu Faiz 28 tahun. Tua dah Cikgu Faiz ni. Hehehe. Umur je tua tapi perangai macam budak remaja (perasan je lebih ni). Huhuhu. Di kesempatan ini Cikgu Faiz ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan-rakan, saudara mara, anak didik dan sesiapa sahaja yang telah sudi mengucapkan Happy Birthday, Selamat Hari Lahir, Selamat Ulang Tahun, HB kepada Cikgu Faiz menerusi ruangan Facebook (eh, bukan tadi dah cakap ke dekat Facebook?). Hehe. Itu dekat Facebook, ini dekat blog pulak. Huhuhu. Terima kasih banyak-banyak ye. Cikgu Faiz terharu sangat tadi. 


Tadi pon mak Cikgu Faiz dah call ucapkan Selamat Hari Jadi untuk anak dia ni. Hehe. Sambil-sambil tu nak bercakap dengan cucu kesayangan. Siapa lagi kalau bukan Faqih Hakim yang muka ala-ala korea tu. Huhu.


Macam biasa la kan, lepas je bukak Facebook dan blog apalagi check akaun Nuffnang la. Hehe. Sejak kebelakangan ni rajin pulak Cikgu Faiz menjenguk akaun Nuffnang tu. Terkejut beruk Cikgu Faiz tadi bila klik je di bahagian 'Earnings' terus timbul CPUV baru. Tu dia... kali ni dari Ayam Brand Sardine Teriyaki pulak. Hehe. Cikgu Faiz memang suka makan sardin bila dah masuk hujung bulan. Hehe. Kiranya kempen kali ni hadiah harijadi dari Nuffnang dan Ayam Brand. Terima kasih Nuffnang. Masuk ni baru kali ke 2 Cikgu Faiz dapat CPUV ni. Bulan lepas dapat dari Maxis dan kempen tersebut masih berjalan. Oh, seronoknya rasa... Harap-harap kempen-kempen itu akan berjalan lama di blog Cikgu Faiz yang tak seberapa ni.


YUNA


With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...