Showing posts with label kisah benar.. Show all posts
Showing posts with label kisah benar.. Show all posts

Segmen Blogger Guru dan Cikgu Bersama iskandarX



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.



Sebenarnya tadi Cikgu Faiz terjumpa segmen ni di blog Mr Polie. Hehe. Berkobar-kobar betul semangat nak join segmen dari Iskandar ni. Hukhuk. Segmen khas untuk mereka yang bergelar cikgu. Tak kisah la cikgu sekolah ke, cikgu tuisyen ke, asalkan gelarannya cikgu ! ^ ^ Pertama kali Cikgu Faiz jumpa segmen macam ni. Teruja habiss...



Kalau ada cikgu-cikgu lain yang nak join, klik je banner di atas ni ye ^ ^



Bismillahirrahmanirrahim.... Cikgu Faiz mula bergelar guru pada usia 22 tahun. Pertama kali posting pada tahun 2006 di SK Lentang. SK Lentang terletak di highway KL/KARAK untuk menuju ke Bentong. Kira dekat jugak la dengan rumah keluarga Cikgu Faiz. Cikgu Faiz mengajar di SK Lentang selama tiga tahun. Masa di SK Lentang, Cikgu Faiz ditugaskan untuk mengajar murid-murid Prasekolah dan murid Tahun Satu bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual. Maklum la, masa tu sekolah tersebut kekurangan cikgu, jadi Cikgu Faiz hanya akur pada perintah Ketua Jabatan pada masa itu walaupun hakikatnya guru prasekolah tidak dibenarkan mengajar murid-murid aliran perdana. Tapi takpe, Cikgu Faiz tetap menyahut cabaran itu. Alhamdulillah setahun selepas itu baru ada guru lain yang menggantikan tempat Cikgu Faiz di aliran perdana. Itu merupakan satu pengalaman yang sangat berharga buat Cikgu Faiz yang masih hijau pada ketika itu.


Masuk je tahun 2010, Cikgu Faiz telah ditukarkan di SK Taman Alam Megah, Shah Alam. Masa tu kes bertukar sebab ikut suami. Alhamdulillah, sekali mintak je terus dapat tukar ^ ^ Akan tetapi, di sekolah tersebut telah ada guru prasekolah. Jadinya Cikgu Faiz telah ditugaskan untuk mengajar murid-murid Tahun Tiga untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Muzik. 


Tahun 2011 pula, sekali lagi Cikgu Faiz ditukarkan atas alasan mengikut opsyen Prasekolah. Cikgu Faiz berkhidmat di SK Puchong Utama sebagai guru prasekolah sampai la ke hari ini. Alhamdulillah.... Itulah serba sedikit pengenalan Cikgu Faiz di alam perguruan ^ ^




Salam sayang,

Maafkan cikgu...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Tengah online facebook tadi tiba-tiba terjumpa satu cerita ni...

google.com


KISAH BENAR


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri. Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya.


Tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. 


Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya. 


Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang ke sekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintip ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. 


Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah. Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari-lari sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah. 


Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula bergenang. "Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah. "Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya "Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?" " Mak pesan, jangan meminta-minta pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu." Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......." Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.
Dipetik dari pengalaman seorang guru yang dedikasi.


KLIK SEKALI !


With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...