Showing posts with label laporan. Show all posts
Showing posts with label laporan. Show all posts

Kohort 3 - Semester 2

Assalamualaikum.


Sekarang ni Cikgu Faiz berada di UPSI. Untuk apa? Bagi mengikuti kelas Pendidikan Jarak Jauh. Diam tak diam Cikgu Faiz sudah berada di semester ke-2. Semalam dan dapat dua assignment. Satu KRB3033-Pengantar Bahasa Melayu dan yang ke-2 subjek KPF3012-Perkembangan Pendidikan Di Malaysia : Falsafah dan Dasar. Ha... lepas ni Cikgu Faiz akan semakin sibuk dengan assignment dan forum. Entah ada masa ke tidak nak blogging pon tak tahu la....


Hari ni pulak Cikgu Faiz dapat assignment bagi subjek KPD3026-Pengajaran, Teknologi dan Penaksiran 2. Dan assigment ke-4 KRT3013-Teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Assignment ke-4 ni mungkin agak seronok sikit kot sebab semua pelajar dikehendaki membina blog. Yeay... seronok sebab Cikgu Faiz dah ada blog ni jadi tak perlu la nak bersusah-payah membuat blog lain kan? Cikgu Faiz ingat nak guna blog ni je cuma pengisiannya mungkin akan lebih kepada apa yang pensyarah mahukan. Cikgu Faiz harap korang takkan terkejut pulak bila tengok blog Cikgu Faiz ni. Hehehe. Cikgu Faiz amat mengharapkan sokongan daripada korang semua yang tak jemu-jemu membaca apa yang ditaip oleh Cikgu Faiz selama ini.






p/s : Harap korang tak jemu berada di blog ni dan sentiasa tinggalkan jejak di ruangan chat. Cikgu Faiz akan cuba mencuri sedikit masa untuk blogwalking di blog korang pulak ye walaupun keadaan semakin sukar sekarang ni. HUEHUEHUE...




With ♥..,

Doamu Untukku.



Assalamualaikum.


Burb.. Alhamdulillah. Baru selesai bersantap. Aii.. malam-malam buta baru nak makan ke? Biasa la, CF memang suka makan malam-malam macam ni. Konon nak gemukkan badan la tu. Entah berjaya entah tidak. Kita tengok je nanti ye.


Diam tak diam pada hari Jumaat ini CF akan menduduki peperiksaan akhir semester satu. Dah nak masuk semester dua dah. Perjalanan masih terlalu jauh untuk diharungi. Sempena hari baik bulan baik ni (setiap bulan dan setiap hari pon merupakan yang terbaik okey) CF ingin memohon ampun dan maaf sekiranya CF ada terkasar bahasa sepanjang berblogging ni. Hmm... nak jawab exam ni. tak nak dok pusing-pusing pikir perkara yang memeningkan kepala.





Apa-apa pun CF berasa bersyukur sangat kerana masih diberi peluang untuk menikmati hidup yang penuh pancaroba ini. Eh, apa yang CF merepek ni? Doakan CF selamat pergi dan selamat sampai yer. Maklum la nak memandu sorang-sorang ni. Jalan ke UPSI tu dah ingat cuma nak balik Puchong tu yang keliru sikit. Jangan sesat sudah. CF memang selalu sesat. Bila dah terlajak baru teringat balik. Huhu. Susah betul nak ingat jalan-jalan ni. Ada GPS pon tak berapa pandai nak guna. Teruknya la rasa. 


Okey la. Nak blogwalking pulak sementara internet masih stabil. Karang datang angin sepoi-sepoi bahasa tu karang mengalahkan siput sedut pulak lambatnya.


Cai cin cau..


Shoutmix, Chatbox, BoBoiBoy.



Assalamualaikum.


Hai. Sekarang ni dunia blogging tengah kecoh pasal shoutmix yang kena bayar mulai tahun hadapan. Huhu. Bila blogwalking blog kawan-kawan, rata-rata telah menukar kotak shoutmix kepada chatbox. Rasanya chatbox ni pon ok cuma kita tak boleh nak hias cantik-cantik macam shoutmix. Ok la. Lupakan sebentar pasal kotak chat ni. Cer layan lirik lagu kat bawah ni.





Alien datang menakluki bumi
Demi koko yang di cari-cari
Merekakan tiba tak lama lagi
Apa mungkin terjadi

Jadi kita perlukan penyelamat bumi
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!

Ying!
YaYa!
Gopal
Dan super hero kita
BoBoiBoy! BoBoiBoy! BoBoiBoy!


Ha, amacam? Dah ok? Hihi. Anak cikgu Faiz suka betul dengan BoboiBoy ni. Dia boleh tau itu gambar BoboiBoy. Dia akan cakap "papaipai..." Hihi. Sebutan masih tak betul lagi. Yang dia boleh sebut nama Yaya je. Itu pon kadang-kadang je dengar dia sebut dengan betul. Kuat betul penangan BoboiBoy ni. Sampai mak dia pon terpaksa layan lagu BoboiBoy sampai naik muak. Huhu.


Ok. Itu saje. I nak buat chatbox la pulak. Heee....

Wang Bantuan Kerajaan RM100





Hai, semalam aku tak online pon. Ingat malam nak online sekejap tapi terus tertidur dengan nyenyak. Sebab apa? Adoi, semalam memang hari yang agak sibuk sebab aku kena jaga kaunter Tahun 5. Kaunter apa? Ala, kan kerajaan ada bagi bantuan RM100 untuk semua murid. Ha, pasal tu la. Tak pasal-pasal aku jadi bank sekejap.


Mula-mula aku dapat RM1000. Fuhhh.... sekejap dah licin. Lepas tu dapat RM500, pon licin dengan sekelip mata. Kemudian dapat lagi RM500 pon licin jugak. Akhirnya wang pon sudah kehabisan dan ibu bapa dikehendaki menunggu sehingga jam 11.30 pagi sementara Guru Besar pergi mengeluarkan wang di dalam bank. Itu pon ada la manusia yang tak puas hati dengan pihak sekolah. Dah kata duit habis tu tunggu je la. Ini nak marah-marah pulak. Kerajaan dah bagi duit pon nak membebel lagi. Itulah salah seorang manusia yang tak reti nak bersabar. Ingat senang agaknya nak handle duit beribu-ribu. Pikir nak senang je. Huh ! Menyirap sekejap. Tak reti bahasa betol. Cuba pikir, Tahun 1-6 lepas tu setiap tahun tu ada berapa kelas???! Pikir sendiri je la, murid beribu duit pon mesti la banyak kan? Dan untuk mengeluarkan wang pon ada hadnya. Ok. Lupakan pasal manusia tersebut. Semalam aku balik rumah dalam pukul 4 lebih.


Petang semalam jugak aku, sweetheart dan anak kami pergi ke pasaraya Carrefour untuk membeli sedikit keperluan rumahtangga. Almaklum la baru pindah rumah la katakan. Hihihi.


Hari ni pon aku terlibat dengan pembahagian duit RM100 tapi kali ni aku jadi pembantu je. Tak macam semalam. Hari ni kurang penat sikit sebab ramai ibu bapa yang dah datang semalam jadi hari ni takde la sibuk sangat. Hari ni aku sampai rumah jam 4 lebih.


Ok. Itu saja laporan dari aku untuk hari ini. Love.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...