Agak-agak la...



Assalamualaikum.


Waaa.... masuk hari ni genab la seminggu CF tak update blog, facebook mahupun twitter. Bila dah lama tak online tu mulalah jari-jemari ni terasa malas nak menaip. Kalau tidak, ada je benda nak share dengan korang.


Tadi bukak-bukak blog je .... amboi.... bukan main lagi iklan-iklan bermaharajalela di cbox CF. Macam nak hangin jugak tadi tapi sabar, sabar.... Heh... jangan ingat CF akan klik link-link yang berbaur iklan tu ye. Haha.. Sekarang dan pandai sikit. Buat penat je la pengiklan-pengiklan tersebut letak link yang konon-konon iklan tu kat cbox saya (macam marah je).


Ha, kat bawah ini adalah antara pengiklan-pengiklan telah berjaya dicapture. Haha. Tapi bukan semuanya iklan okey. Ada la dua tiga kerat yang bukan iklan. Yang paling tak tahan ayat Gadis Mawar tu. Ayat baik punya. Nak suruh CF klik la tu. No way !! Salah orang la.



Pengajaran : Jangan ingat blogger naif macam saya ni mudah tertipu dengan sewenang-wenangnya.

Ha... apa kata korang tolong klik CF punya iklan pulak. SINI.


Harapan - Hyper Act


Assalamualaikum.


Kali ni Cikgu Faiz nak berkongsi lirik lagu yang agak popular sejak kebelakangan ni. Dari Original Soundtrack drama Seindah Sakura. Sedih betul cerita ni.



Harapan - Hyper Act

Bicara mimpi itu
Mengheretku ke dasar
Gelap tangannya menggapai tanganku
Dan munculnya dirimu
Di pinggir laman itu
Hangatmu menyambutku kembali

Dan ku mengerti
Mengapa masih berdiri
Hadirnya siang berteman mentari
Dan ku bersama
Bintang malammu mencari kasihku
Ohhhh.....

c/o : Harapan
Harapan menjadi layu
Inginku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita selamanya

Dan angin kan memanggil
Bagai ada musafir
Hadir dan pergi tiada berjanji
Mungkin seketika
Ku merasa cintanya
Bagai dibelai mimpi sempurna

Dan taman ini
Tak bererti dan bersemi
Tiada indah tanpamu di sini
Dan ku jejaki
Walaupun hanya secebis kasihmu
Ohhhh.....

ulang c/o

Harapan
Harapan menjadi layu
Inginku bahgia bersama
Menjadi kenangan
Memburu impian masa kita

Hatiku
Merapat setinggi gunung
Pasti ku mencari bintangnya
Menjadi cahaya
Menyinar hidup kita selamanya...


drama adaptasi novel. confirm kena cari ni.






Sesi Terapi Bersama Yang Tersayang.



Assalamualaikum.


Hai bloggers. Bestnya hari ni dapat pergi jalan-jalan. Dah agak lama memerap kini dah tiba masa untuk memenatkan diri dengan mencuci mata di pusat membeli-belah. Hehe. Ingat nak window shopping je alih-alih terbeli pulak barang-barang di bawah ini. Jom usha...




Rempeyek. Orang pertama yang merasmikan ialah Faqih.




Ini entah kasut yang ke berapa tah. Sebelum ni beli kasut yang bertutup tapi pakai tak lama sebab kaki melecet. Harap-harap kasut ni okey.




Kasut sukan bagi menggantikan kasut sebelum ni yang sudah terkopek-kopek. Huhu. Sadis betul kalau korang tengok. Kasut ini telah ditaja oleh abah Faqih.




Ha, ini pulak mainan terbaru Faqih iaitu model haiwan.


KLIK SINI sebagai tanda anda sukakan kedamaian. Thank you so much.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...