Aksi Terlampau.


Assalamualaikum.


Selamat tengahari. Hari ni takde cerita menarik yang ingin dikongsi bersama. Cuma.... psssttt... korang nak tengok gambar terlampau tak?? Hehe... jom tengok siapakah gerangan yang terlampau itu.




eh, bukan ni la. saje buat gempak jap.


v

v

v

v

v

v

v

v

v

v



tara.. !!! Inilah dia si kecik yang terlampau bersama aiskrim cornetto. Seksi tak? Padahal dia memang tak suka langsung dengan aiskrim cornetto ni. Sedap la mona bedal sorang-sorang. HEHE.





Review | Cinta Tiada Akhirnya by Fauziah Ashari



Assalamualaikum.


Selama seminggu tanpa sebarang hubungan dengan dunia maya telah membuatkan CF kembali bersama hobi lama iaitu membaca novel. Ini merupakan novel terbaru yang CF baca. Novel ni CF beli masa dapat baucer buku tempoh hari. Selepas membaca novel ni CF terasa nak buat review berdasarkan apa yang CF faham mengenai cerita di bawah.


Cinta... Tiada Akhirnya merupakan kesinambungan daripada novel Ombak Rindu. Selepas segala-galanya selesai dengan kesudahan yang agak menggembirakan iaitu Hariz dapat bersama dengan Izzah, kini timbul pula masalah yang lain. Sikap Hariz masih tidak berubah. Selalu saja marah pada Izzah. Pantang ada kesilapan kecil, Hariz akan menunjukkan sikapnya ego itu. Namun, sikap romantik masih ada di dalam jiwa Hariz. Hihik.


Izzah pula masih dengan sikap baik hatinya. Sampai ada orang nak rogol dia pon taknak report polis. Grr... kononnya takut orang ramai tahu yang Hariz jumpa dia kat tempat pelacuran. Dah tu bila jumpa bapak saudara dia yang jahat tu (Taha) pon tetap taknak bagi tau Hariz. Maunya Hariz tak bengang. Konon baik hati sampaikan termakan dengan pujukan demi pujukan pakcik Taha. Eeeiii.. geram betul la dengan watak Izzah yang terlalu baik hati ni.



             


Mila pulak semacam ada hati je dengan Hariz lepas konon-kononnya Izzah dah mati. Padahal Izzah telah dijumpai oleh penduduk kampung (tak ingat kampung apa). Lepas tu Izzah hilang ingatan dan dia telah dibela oleh ibu dan bapa angkatnya. Identiti Izzah telah bertukar kepada Suri. Hariz pulak lepas kehilangan Izzah terus jadi tak menentu sampaikan adiknya Salleh telah merencanakan sesuatu yang bakal mengharu-birukan keadaan. Memang tak sangka Salleh tu memang jahat giler dan dialah orangnya yang ingin merogol Izzah. Grrr....


Elin merupakan watak adik kepada Mila. Elin juga rupa-rupanya ada hati dengan Hariz. Ramai betul peminat Hariz ni. Hmmm... nak tau apa kesudahan novel ni... Korang kena la beli ye. Hehe. CF ni dah ingat-ingat lupa pulak jalan cerita dia. Hehe.


dalam cerita ni konon-kononnya Izzah ni ada kembar. dah makin berbelit-belit pulak rasanya. hehe. tapi apa-apa pun cerita ni kita okey la.


Dah penat menaip, jom teman CF minum nescafe jap :)


Agak-agak la...



Assalamualaikum.


Waaa.... masuk hari ni genab la seminggu CF tak update blog, facebook mahupun twitter. Bila dah lama tak online tu mulalah jari-jemari ni terasa malas nak menaip. Kalau tidak, ada je benda nak share dengan korang.


Tadi bukak-bukak blog je .... amboi.... bukan main lagi iklan-iklan bermaharajalela di cbox CF. Macam nak hangin jugak tadi tapi sabar, sabar.... Heh... jangan ingat CF akan klik link-link yang berbaur iklan tu ye. Haha.. Sekarang dan pandai sikit. Buat penat je la pengiklan-pengiklan tersebut letak link yang konon-konon iklan tu kat cbox saya (macam marah je).


Ha, kat bawah ini adalah antara pengiklan-pengiklan telah berjaya dicapture. Haha. Tapi bukan semuanya iklan okey. Ada la dua tiga kerat yang bukan iklan. Yang paling tak tahan ayat Gadis Mawar tu. Ayat baik punya. Nak suruh CF klik la tu. No way !! Salah orang la.



Pengajaran : Jangan ingat blogger naif macam saya ni mudah tertipu dengan sewenang-wenangnya.

Ha... apa kata korang tolong klik CF punya iklan pulak. SINI.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...