Trick Art Museum & Snowalk @ i-City, Shah Alam

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Hari ni Cikgu Faiz sekeluarga mengambil kesempatan pergi berjalan-jalan ke i-City yang terletak di Shah Alam. Heh, baru pertama kali datang ke sini tau. Hari siang ni tak meriah dengan lampu-lampu yang bergemerlapan. Kalau datang malam mesti cantik. (Ayat macam nak pergi lagi je :p). Pertama kali nak sampai ke i-City ni boleh pula tersesat jalan. Hehe. Tersesat itu wajib okey.


Antara tempat-tempat yang Cikgu Faiz jelajah ialah Trick Art Museum. Tengok dari luar macam tak best je. Masuk-masuk je barulah rasa teruja apabila melihat lukisan-lukisan yang macam 'real'. Hehe. Trick Art Museum ini menawarkan lebih dari 100 posisi seni helah benar untuk diterokai. Lukisan bebas tangan di dinding dan lantai oleh pelukis-pelukis antarabangsa merangkumi 5 tema yang menarik iaitu lukisan termasyhur, pengembaraan Makam Mesir, alam haiwan, kehidupan marin dan adiwira klasik.


Setiap exhibit kelihatan berbeza dari sudut berlainan dan kesan seni helah mata ini lebih menonjol di bawah lensa kamera. Kepada mereka-mereka yang sukakan kesenian tu amat sesuai untuk berkunjung ke sini. Datang tu jangan lupa bawa kamera okey. Kalau tak menyesal tak sudah pulak. Hehehe. Oh ya, bayaran masuk tadi RM5 untuk dewasa. Untuk kanak-kanak yang berketinggian di bawah 90cm, masuk adalah percuma (seperti Faqih). Heheh.



 Faqih bersama haiwan zaman purba. Muka takut.



 Beraksi di bingkai gambar dan mengimbangi badan supaya tidak terjatuh ke dalam gaung. Takuttt.



 Nak panjat tangga. Faqih pon sibuk nak panjat.



 Tolak jangan tak tolak. Beratnya...



 Cermin.



 Nak turun tangga.



 Eh, jaga-jaga nanti kena hempap pulak. Huhu.



 Zirafah yang kuat makan.



 Angel dan dinasour yang garang.



 Tajamnya gigi dia...



 Mendaki bukit. Faqih pon nak join jugak.



 Dalam sungai ada buaya. Ngapp !



 'Kiss' ikan comel, tarik duit sotong dan hantu....



 Spiderman, kecemasan dan tangga ke syurga.



Dah puas bergambar di Trick Art Museum kami terus menuju ke tempat yang dinanti-nantikan sejak sekian lama lagi. Hehe. Yeah, snowalk i-City. Sejuk betul dekat dalam tu. Faqih awal-awal lagi dah pakai stoking. Tak puas rasanya berjalan-jalan di dalam 'bilik' snowalk tu. Tak boleh nak duduk lama-lama sebab sejuk. Hidung pon dah naik merah. Bayaran masuk tadi RM25. Faqih macam biasa la percuma. Hehe. Kalau datang selepas jam 6 petang harga mahal sikit. Tak ingat pulak berapa. Bila dah bayar tu anda akan mendapat baju sejuk untuk dipakai secara percuma. Yang lain-lain tu Cikgu Faiz tak pasti pulak kena sewa  atau beli seperti kasut, penutup telinga dan lain-lain.



 Cikgu Faiz dan budak korea mana entah. Huhu.



 Steady kan Faqih. 



 Teruja Faqih nak jalan-jalan atas ais.



 Dah mula dah buat muka takut. Eh, ini muka sejuk pulak. Hehe.



Payah betul nak suruh Faqih pandang kamera.


Akibat tidak tahan kesejukan, maka kami terpaksa keluar dari bilik tersebut. Kesian dekat Faqih sebenarnya sebab dia cakap sejuk, sejuk. Hehe. Ada banyak juga permainan di sini tapi susah nak suruh Faqih naik sebab dia takut. Bagus juga. Boleh berjimat. Hehehe. Kepada yang masih tercari-cari destinasi pada cuti sekolah ni boleh la datang ke sini. Lepas penat berjalan dan bermain boleh mandi manda di Water World @i-City. 


Sekian.


KLIK KLIK !


With love..,

Garisan berlingkar

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Malam tadi Cikgu Faiz dah update tentang GARISAN BERBIJI. Kali ni aktiviti untuk garisan berlingkar pula. Tau tak garisan berlingkar tu macam mana? Ala, yang macam ubat nyamuk yang berasap-asap tu. Hehehe. Lolipop pon ada juga garisan berlingkar ni. Tak percaya? Lihat aje gambar-gambar di bawah. Jom buat aktiviti ini bersama anak atau murid yea.

google.com

google.com


Aras : Sederhana

Sasaran umur : 5 dan 6 tahun / 7 dan 8 tahun

Masa : 20 minit

Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan berlingkar sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berlingkar.
  3. Menghasilkan garisan berlingkar secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bulat.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan gula-gula lolipop.

Persediaan guru : Menyediakan gula-gula lolipop yang mempunyai corak garisan berlingkar dan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur :
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru menunjukkan gula-gula lolipop kepada kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan corak yang ada pada gula-gula lolipop.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan berlingkar.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali corak yang ada pada gula-gula lolipop dan melukis garisan berlingkar.
  6. Kanak-kanak mempamerkan mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.

Cadangan : Selain gula-gula lolipop, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai corak garisan berlingkar serta memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang ada corak garisan berlingkar.

google.com


Rujukan : Loy Chee Luen (2011), Perkembangan Seni dan Kraf Kanak-Kanak, Gerak Ilmu Sdn. Bhd.


Berpeluang memenangi RM500,000 dengan CIMB Bank. Jangan lepaskan peluang ini ! KLIK !


With love..,

Melukis garisan berbiji

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.


Aktiviti melukis garisan berbiji.



Aras : Rendah
Sasaran umur : 3&4 tahun / 5&6 tahun / 7&8 tahun
Masa : 20 minit
Objektif : Pada akhir aktiviti diharap kanak-kanak dapat :-
  1. Mengenali garisan berbiji sebagai teknik asas dalam aktiviti melukis.
  2. Memahami konsep berulang dalam aktiviti membuat garisan berbiji.
  3. Menghasilkan garisan berbiji secara kreatif melalui pemerhatian.
  4. Menceritakan objek alam yang mempunyai garisan bulat.
Penerangan aktiviti : Aktiviti ini dijalankan secara kelas atau individu dan sesuai untuk persiapan awal kanak-kanak belajar melukis.

Bahan / Alatan : Kertas lukisan, pensel / pensel warna / krayon dan bahan-bahan untuk membuat buih sabun seperti sabun / pencuci pinggan cair, mangkuk, air dan penyedut minuman.

Persediaan guru : Menyediakan bahan-bahan untuk membuat buih sabun dan persiapan awal permainan buih sabun. Menyediakan ruang yang sesuai mengikut bilangan kanak-kanak.

Prosedur
  1. Guru mengumpulkan kanak-kanak.
  2. Guru mengadakan permainan buih untuk kanak-kanak dan bersoal jawab dengan kanak-kanak berkenaan bentuk buih yang dihasilkan.
  3. Edarkan bahan-bahan melukis kepada kanak-kanak.
  4. Guru membuat demonstrasi melukis garisan berbiji.
  5. Minta kanak-kanak imbas kembali bentuk-bentuk buih yang dihasilkan dalam permainan buih dan melukis bentuk-bentuk buih.
  6. Kanak-kanak mempamerkan hasil lukisan dan menyatakan perasaan masing-masing.
  7. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak dan membuat rumusan aktiviti melukis.
Cadangan : Selain permainan buih sabun, guru juga boleh menunjukkan video atau gambar-gambar objek yang mempunyai bentuk bulat dan memastikan setiap kanak-kanak berpeluang menyertai aktiviti ini.

Aktiviti pengukuhan / pemulihan : Minta kanak-kanak mencari dan menunjukkan objek-objek yang berbentuk bulat.


KLIK TUNE TALK


With love..,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...