Mana Motor Akim?



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Hari ni sampai je depan rumah tengok-tengok pintu pagar dah terbuka. Takkan la angin bertiup kuat sangat sampaikan penyendal pagar boleh terbuka. Hmmm.... Masa tu tak perasan lagi benda yang hilang. Tiba-tiba Encik Suami berkata, "motor Akim dah takde". Lepas tu baru Cikgu Faiz perasan. Apa daaa..... Motor buruk anak Cikgu Faiz tu pon nak curi ke? Huhuhu. Adoi.... kesian la Faqih lepas ni dah takde motor nak main petang-petang. Nak main bola, bola pon baru je masuk longkang besar kat depan rumah tu. Huhu. 


Entah apa yang menarik perhatian si pencuri motor kanak-kanak pon tak tahu la. Motor tu banyak aksesori yang dah tercabut. Nak caj bateri pon dah tak boleh. Huhu. Sekarang ni motor tu hanya tinggal kenangan la. Lepas ni abah Faqih kena beli motor baru la nampak gayanya. 


Ini gambar masa umur Faqih setahun lebih. Kaki pon tak cecah lantai.



Yang ni masa umur dua tahun lebih.



Gambar terkini bersama motor tersayang. Selamat tinggal motor.



Allah saja yang akan membalas setiap perbuatan orang yang panjang tangan ni. Dah la curi barang budak-budak pulak tu. Hisshh... siapalah agaknya manusia durjana tu. Memang takkan selamat dunia akhirat. Sekian.




Yang menaip,

CPUV | Chipsmore



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Selamat Hari Isnin semua. Happy Monday. Di petang yang hening ni Cikgu Faiz terasa pulak nak update CPUV terkini. Hehehe. Baru hari ni je dapat. 




Itu dia CPUV yang datangnya daripada biskut Chipsmore. Biskut kegemaran Cikgu Faiz ni. Huhu. Harap-harap earning CPUV ni akan lebih meningkat daripada CPUV yang lain tu. Jangan lupa klik ye ^ ^ Jom baca tips-tips untuk dapatkan CPUV DI SINI.


Sekian.


Kenapa sejuk sangat tu??? --> TEKAN


Yang menaip,

Spam Semakin Berleluasa



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.


Sejak kebelakangan ni Cikgu Faiz memang kurang aktif berblog. Apabila dah tak berapa nak aktif tu mulalah ada yang mengambil kesempatan pulak. Kalau tengok di ruangan cbox tu memang penuh dengan mesej-mesej spam. Ini tak boleh jadi ni. Entah apa-apa mesej je yang masuk.





Mesti ramai blogger lain yang dapat mesej yang lebih kurang macam ni jugak kan. Semak betul la. Rasa nak mansuhkan je cbox ni tapi rasa sayang pulak ^ ^


Entah bila agaknya nak dapat yang ni pulak? KLIK


Yang menaip,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...