Penat, letih...



Assalamualaikum.


Letihnya la rasa.... Tadi balik sekolah jalan kaki je. Sampai rumah je rehat jap lepas tu terus mulakan operasi mengemas rumah. Mula-mula basuh baju. Lepas tu basuh pinggan (takde la banyak mana pon pinggan mangkuk yang tak basuh). Lepas tu sejukkan air panas dan masak air. Seterusnya, mengemas ruang tamu, lap habuk, buang kertas-kertas yang bersepah, lap meja makan. Lepas tu mengemas bakul mainan Faqih (sesi membuang mainan Faqih yang dah rosak sebab bakul mainan sudah terlalu padat dengan mainan). Siap je terus sapu lantai satu rumah. Fuhhh, lepas tu mop lantai. Letih giler rasanya. Siap je keje terus terbaring atas sofa sambil layan drama Endless Love. Ding Dong Dantes tu.....




gambar takde kaitan dengan entry ni.


Oh ya... Tak lama lagi Cikgu Faiz akan membuat transformasi pada blog Ding Dang ni. Sebabnya bagi memenuhi silibus Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang mewajibkan semua pelajarnya untuk membuat blog yang berunsurkan pendidikan. Hehe. Cikgu Faiz malas nak buat yang baru. Tukar yang ni je la. Rasanya entry je yang lain sikit kot. Jangan pulak korang pelik bila Cikgu Faiz buat entry yang entah apa-apa nanti. Design blog tetap akan dikekalkan sebab penyakit 'M'. Huhuhu.


Sebelum mengundur diri, izinkan Cikgu Faiz berpantun...

Pecah kaca pecah cermin,
Sudah baca harap komen :)

3 comments:

sox_vocter said...

gambar takde kaitan dengan entry ni.... hihihih itu gambar bila dah penat sangat... kembang..

sis92 said...

wah canggih betul budak2 sek sekarang ni ..

Nurul Faiz Bikers said...

@sis92
apa yg canggihnya?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...