Sambutan Hari Lahir Murid-Murid Prasekolah 2012

Assalamualaikum.


Baru-baru ini kelas Cikgu Faiz telah mengadakan jamuan hari lahir merangkap jamuan akhir tahun murid-murid Prasekolah. Memang seronok sangat budak-budak ni dapat macam-macam. Tahun ni murid-murid Prasekolah mendapat hadiah beg sekolah yang akan digunakan pada tahun hadapan. Tapi ada yang dah bawa pergi sekolah sebab tak sabar. Huhuhu.


Yang lawaknya sebelum dapat beg tu murid-murid ni semua makan KFC. Bila dapat je beg terus tak mengaku KFC masing-masing. Kan dah rugi tu. Budak-budak macam tu la. Tahun ni mewah betul kek sampai empat biji. Dua biji dibeli di Secret Recipe, dua biji ditaja oleh ibu bapa. Selain itu, murid-murid juga ada membawa makanan sendiri seperti mi goreng, nugget, jelly, dadih, kacang, keropok, apollo dan macam-macam lagi la. Tapi sayang seribu kali sayang banyak gambar-gambar yang tidak sempat diambil gara-gara KFC. Err.. nanti la kot Cikgu Faiz cerita fasal KFC ni. Ada kisah di sebaliknya. Hehehe.





Dua dari kiri kek Secret Recipe. Selebihnya dari ibu bapa.




Tergoda tak?




Semua sekali sambut hari lahir. Senang. Huhuhu.




Muka lapar tunggu KFC yang tak kunjung tiba. Kesian mereka.




Bila nak makan KFC ni?




Anak didik Cikgu Faiz




Tak sabar nak dapat hadiah !!


Itu sahaja gambar yang sempat diambil. Nanti kita gosip lagi eh.... Cau cin cau....




With ♥..,

2 comments:

shidaR said...

wahhh semua muke happy jerh heheee :D

PinkUmmi said...

byknye kek...muke happy semua kanak kanak nih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...