Sebelum bertolak. Menunggu kehadiran murid-murid. Sambil tu minum ephyra dulu supaya lebih bertenaga nak mengawal murid-murid nanti. Hihi. Abaikan rak yang bersepah tu ye. Hihi. Penuh dengan buku je.
Masa dalam bas nak bertolak ke Zoo Negara. Bukan main riuh lagi semuanya. Seronok sangat kot dapat naik bas. Huhu.
Sampai je zoo, pemandu pelancong kami iaitu Wing sibuk menguruskan hal tiket masuk dan cikgu pulak settle hal budak-budak nak ke tandas. Huhuhu. Jammed kejap tandas dibuatnya dengan kehadiran kami. Hihi. Lepas dapat tiket dan semua dah masuk ke dalam zoo kami terus dibawa menaiki tram. Untuk kali pertama, 4 tram digunakan untuk membawa rombongan dari sekolah kami. Hihi. Seronok tak terkata murid-murid ni dapat naik tram dan melihat sendiri haiwan-haiwan dengan mata kepala sendiri. Cikgu Faiz tak dapat nak snap gambar disebabkan kamera yang tak berapa nak cantik. Huhu. Korang bayangkan sendiri la ye. Heee....
Ha.... nampak tak gambar tak berapa cantik kan. Sobsob. Ni masa dekat taman orang utan. Tapi sebelum tu kami dibawa menyaksikan pertunjukan haiwan dulu selama lebih kurang 30 minit. Murid-murid suka sangat tengok pertunjukan singa laut, burung kakak tua dan apa tah lagi satu haiwan tu. Lupa dah namanya. Huhu. Yang penting murid-murid seronok.
Ini gambar selepas pertunjukan haiwan. Muka letih dan lapar je semua. Lepas ni nak isi perut dulu lepas tu baru sambung jalan-jalan lagi.
Dah tak sabar nak makan. Sebelum tu kena baca doa dulu ye. Hihihi. Jemput makan cikgu, jemput makan kawan-kawan. Hihi.
Keseluruhannya Cikgu Faiz bersyukur sangat semuanya berjalan dengan lancar. Segalanya dipermudahkan. Lega sangat-sangat kami selamat pergi dan selamat pulang semula ke sekolah. Selesai sudah aktiviti hujung tahun bersama murid-murid Prasekolah. Sekian.
Yang menaip,
3 comments:
bw rombongan ni 2 in 1. keje pun ye, bercuti pun ye
Nice trip to Zoo Negara!
seronok diorg kan
Post a Comment