0
Orang Memberi Komen

Program EPPT Selesai



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 02 Oktober 2014


Hari ini merupakan hari yang terakhir Cikgu Faiz mengikuti Program Mentor Mentee | English Proficiency for Preschool Teachers (EPPT) bagi tahun 2014. Program ini bermula seawal jam 8.00 pagi di SMK Pendidikan Khas Vokasional, Seksyen 17, Shah Alam. Sesi pagi bermula dengan 2 unit yang mesti dihabiskan sebelum guru-guru menjawab soalan yang diberi. Kedua unit tersebut ialah 'writing' iaitu menulis esei dan juga membuat bahan pdp dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.




Lebih kurang pada jam 12.45 tengahari barulah modul berjaya dihabiskan. Isi perut dulu lepas tu baru boleh berehat dan bersolat sehingga jam 2.30 petang. Menu siap ada buah pisang tu. Huhu. Pada jam 2.30 petang semua guru masuk ke dewan untuk menjawab soalan EPPT. Masa awal tahun aritu pon ada jawab juga dan ini merupakan kali yang kedua guru-guru Prasekolah dikehendaki menjawab soalan tersebut yang berbentuk soalan objektif dan soalan esei. Mencabar bukan.


Seperti yang diberitahu oleh pegawai PPD semasa bermulanya program mentor mentee ini, guru mestilah mendapat keputusan yang baik dengan peningkatan sebanyak 30 peratus berbanding keputusan sebelum ini. Entri tu ada di SINI. Lagi la susah hati sebab kena ada peningkatan kan. Huhu.


Guru-guru mula menjawab soalan pada jam 3.00 petang sehingga jam 3.45 petang. Fuhh... lega sangat akhirnya program mentor mentee pada tahun ini telah tamat. Tak sabar nak tahu keputusan peperiksaan tu. Hihihi.




Cikgu Faiz telah mendapat hadiah pen drive ni kerana kehadiran penuh sepanjang program ini berjalan. Kiranya Cikgu Faiz ni tak pernah ponteng la. Hihihi. Macam tau tau je Cikgu Faiz memang memerlukan pen drive baru. Huhuhu. Rezeki kan.


Apa pun masih ada rakan-rakan seperjuangan Cikgu Faiz yang belum menamatkan program ini. Hihi. Selamat Cikgu Faiz dah lepas. Kepada kawan-kawan yang lain tu diucapkan Selamat Menjawab Soalan dengan tenang. Sekian.




Yang menaip,

Membaca Amalan Mulia. Kalau Suka Tekan LIKE dan DONATE.

Comments
0 Comments

0 orang comel dah komen:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...