6 Buah dan 4 Sayur Pilihan Bantu Menentang Lemak



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Khamis . 25 Mei 2017


Diet yang bagus dipenuhi dengan makanan semulajadi. Makanan sebegini perlu untuk kejayaan mengurangkan berat badan. Bertuahlah bagi pengamal diet kerana buah-buahan dan sayur-sayuran yang ada di sekeliling penuh dengan zat yang baik untuk kesihatan. Siapa sangka menentang lemak amat 'menyedapkan'. Di sini Cikgu Faiz kongsikan beberapa tips untuk menentang lemak berlebihan di dalam badan tu. Caranya senang je. Makan, makan dan makan. Hihi. 


Raspberi



Raspberi mengandungi antosianin flavonoid yang mampu membantu tubuh menghasilkan adiponectin iaitu sejenis hormon yang dikaitkan dengan merendahkan tahap glukos, mengekang rasa ingin makan dan merangsang metabolisme. Tidak kiralah sama ada segar mahupun yang telah disejuk beku, raspberi adalah sumber terbaik serat, zat yang diperlukan dalam memperbaiki pencernaan dan membantu menentang kekembungan.


Blueberi



Banyak kebaikan blueberi selain daripada rasa masam untuk deria rasa anda. Penyelidik di sebuah negara mendapati, diet yang kaya dengan blueberi boleh mengubah bagaimana tubuh menyimpan dan memproses gula untuk tenaga. Jadikan blueberi sebagai snek ringan bagi menyokong sasaran anda untuk mengurangkan berat badan.


Tembikai



Tembikai mengandungi 92% air. Dengan memakannya pada hari panas akan membantu anda segar. Ini juga akan menghalang anda daripada dehidrasi. Perut juga sentiasa kenyang dengan jumlah air yang anda peroleh daripada buah ini. 


Nanas



Nanas tinggi dengan enzim bromelain yang akan membantu memecahkan protein dan melegakan pencernaan. Sistem pencernaan yang baik akan membantu sasaran untuk mengurangkan berat badan.


Acai Beri



Seperti juga raspberi, buah tropika acai beri ini amat pekat dengan antosianin yang akan membantu tubuh menghasilkan adiponectin, hormon yang merangsang metabolisme. Acai beri juga kaya dengan lemak sihat dan serat yang merangsang kesihatan kardiovaskular dan pencernaan. Kalau anda semua ingin tahu, acai beri juga merupakan salah satu bahan yang terkandung di dalam minuman kolagen Ephyra.


Mangga



Mangga amat menyedapkan apabila dibuat salad atau salsa. Cikgu Faiz paling suka makan mangga masak macam macam tu je. Memang sedap. Rasanya mesti ramai juga peminat buah mangga dekat sini. Terdapat kaitan antara pengambilan mangga dan menurunkan gula dalam darah pada orang dewasa obes berikutan dengan kandungan serat di dalamnya. Apabila gula dalam darah telah diseimbangkan, tubuh berupaya untuk mengatur hormon dan membakar lemak dengan mudah.


Timun



Timun mengandungi kira-kira 95% air. Timun juga memiliki sifat diuretik semulajadi yang akan membantu tubuh mengurangkan pembendungan air dalam badan dan menentang kekembungan.


Terung



Terung rendah indek glisemik, rendah karbohidrat dan kalori serta tinggi dengan zat yang diperlukan tubuh. Sayuran ini amat sesuai dijadikan bahan dalam resepi untuk pengamal vegetarian.


Kubis



Memakan kubis yang kaya dengan air dan mineral sebagai amalan mampu membantu tubuh membuang berat akibat cecair berlebihan.


Zukini



Zikini tinggi serat dan rendah kalori. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan bahan dalam salad. Dengan memakannya, ia mampu membantu memotong pengambilan karbohidrat dan kalori.


Sumber : Mingguan Wanita Bil 1707


Haaaa..... lepas ni rajin-rajin la makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disebutkan di atas  tu sekiranya anda ingin mengurangkan berat badan secara sihat. Sekian.


Yang menaip,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...