Percutian Yang Menjimatkan Dengan Aplikasi Moden



Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Jumaat . 26 Mei 2017



Hai semua!! Cikgu Faiz nak tanya sesuatu ni.. Sebelum korang plan pergi bercuti mesti korang serabut nak cari hotel yang selesa kan?? Dan yang penting sekali hotel dan semua perbelanjaan masa bercuti tu mesti la tak lari dari bajet yang korang dah plan... betul takk?? Tak ada duit tak seronok la pergi bercuti.. haaa.. Jadi hari ni Cikgu Faiz nak kongsi satu rahsia dengan korang di mana Cikgu Faiz akan buatkan percutian korang kali ni tak akan lari dari bajet korang tu! Haaa nak tahu tak apa dia?? Sudah tentulah kalau bukan di Traveloka!!.. Apa itu Traveloka?? Okey, meh sini Cikgu Faiz nak cerita kat korang…




Sekarang ni banyak tau platform untuk pencarian hotel yang murah dalam internet.. Tapi dalam banyak-banyak yang ada tu.. Cikgu Faiz paling suka kalau book hotel idaman dengan menggunakan Traveloka ni! Sebab harga yang ditawarkan sangat-sangat berbaloi u ollss! Berbeza sangat dengan harga di laman web rasmi dorang.. Jadi, sebab itu la Cikgu Faiz nak kongsi dengan korang supaya korang pon boleh la dapatkan hotel korang pada harga yang berbaloi… Haaa.. lagi boleh berjimat la korang cuti kali ni!.. Korang tak payah nak takut sangat la nak guna Traveloka ni.. mudah sangat u ollss dan yang paling penting pantas okay proses dia… Jadi dekat situ kita dah nampak boleh jimatkan masa kita.. Cara penggunaan dia sangat mesra pengguna.. korang buka je laman web traveloka di laman web rasminya. Buka dulu try tengok website dia.. nanti korang baru tau betapa mudahnya guna Traveloka ni.


Cara penggunaan dia senang je.. alaaa.. sekarang ni kan zaman teknologi.. semua benda di hujung jari je.. Jadi korang kalau nak cari hotel ideal korang cuma perlu taip nama hotel yang korang nak survey tu… kalau korang tak tahu lagi hotel mana yang korang nak menginap tu, taip je nama destinasi percutian korang tu.. Contohnya korang taip Pulau Pangkor.. lepas tu korang jangan lupa masukkan tarikh daftar dan tarikh keluar okay nanti salah tarikh book hotel susah la korang.. Next, korang klik cari.. mudah je kan.. Nanti berderet la paparan hotel di sekitar Pulau Pangkor yang akan terpapar di screen laptop aau handphone korang tu.. haaa ape lagi.. pilih laaa korang nak yang mana… hahahaa. Korang pon boleh selaraskan pencarian hotel dari segi harga, populariti, dan penarafan bintang okay… Jadi senang la kerja korang nanti.. Selain itu, korang jugak boleh baca komen-komen pengunjung yang pernah menginap di situ..





Selain booking hotel, dalam Traveloka ni pon korang boleh book tiket flight okayyy…wahhhh!! Canggih kan.. hahaha.. Korang pon boleh dapatkan harga tiket flight korang pada harga yang berpatutan… Bukan sahaja hotel pada harga yang berpatutan, malah tiket flight pon korang boleh dapatkan pada harga yang murah!! Fuyoo! Murah gilerr.. jimat sangat u ollss… Cara nak book tiket flight dalam Traveloka ni senang jer u ollss.. sama macam nak book hotel la.. Apa yang perlu korang buat, korang cuma pilih destinasi dari mana korang naik, lepas tu pilih destinasi ke mana korang nak pergi.. Seterusnya pilih tarikh… Haaa korang jugak boleh pilih sama ada nak book tiket sehala mahupun tiket pergi dan balik.. Korang jangan lupa untuk letak bilangan penumpang okay.. Dan yang terakhir sekali korang pilih la kelas penerbangan korang.. ikut la bajet masing-masing… hehhee.. Jadi nanti korang klik je cari tiket, kemudian akan terpapar la senarai flight yang ada beserta harga tiket.. Jadi masa tu la korang pilih dengan bijak korang nak yang mana satu.. hehehe.. Mudah jer kan u ollss.. Tak perlu nak buang masa pergi ke kaunter beratur semata-mata nak survey tiket.. Dah la jimat masa, dapat pulak tiket dengan harga yang murah giler! Sapa tak nak kann.. Kuikuikui.


Dah tu! Apa lagi yang korang nak tunggu ni.. Jom la gunakan Traveloka ni sebagai salah satu platform untuk korang book tiket flight atau book hotel idaman korang pada harga yang sangat berpatutan! Cepat cepattt.. Jangan lepaskan peluang yang ada ni! Sekian bebelan dari Cikgu Faiz.


Yang menaip,

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...